[{"title": "Sinopsis_Cerpen_Legasi_Tapai_Ubi", "content": "Sejak kecil Parjo membantu ayahnya, Wak Salikon mengusaha tapai ubi secara kecil-kecilan. Penduduk kampung dan rakan sekolah tahu tentang perniagaan keluarganya. Dia ditugaskan untuk menghantar tapai ubi ke pasar, warung, kedai kampung, dan kantin sekolah. Aktiviti yang dilakukannya ini menyebabkanrakan-rakan sekolah menggelarnya \u2018Parjo Tapai\u2019. Pada mulanya, Parjo berasa hati terhadap panggilan tersebut. Lama-kelamaan dia sudah lali dengan ejekan rakan-rakannya. Tambahan pula, dia hanya membantu ibu dan ayahnya mencari rezeki. Bapa dan ibunya tidak pernah jemu mengusahakan tapai ubi. Pada awal pagi, bapanya akan mencabut ubi dan ubi itu akan dikopek oleh ibunya sebelum dipotong. Kerja memotang ubi biasanya dilakukan Parjo. Kemudian, ubi itu dijerang dan dituskan lalu kerja-kerja memt tapai dilakukan. Menurut ibunya, ada banyak pantang larang untuk membuat tapai ubi seperti tidak boleh memberitahu orang lain, jangan terkena kotoran, dan tidak boleh bising-bising. Sekiranya pantang larang itu dilanggar, tapai ubi tidak akan manis. Oleh itu, tapai itu tidak akan dibeli orang. Namun begitu, selama ini tapai ubi Wak Salikon tetap laris. Tapai ubi merupakan mata pencarian bapa Parjo dan kelangsungan hidup keluarganya. Hasil jualan tapai ubi menyebabkan Parjo dan adik beradiknya berjaya ke universiti untuk melanjutkan pelajaran mereka. Parjo yang mengikuti kursus perubatan terkejut apabila pensyarahnya Profesor Haidar mahu membuat projek tentang tapai ubi. Menurut pensyarahnya tapai ubi mampu mengurangkan serangan kanser. Setelah melakukan beberapa kajian, Parjo menemukan kebenaran tentang tapai ubi dalam mencegah penyakit kanser. Penemuan ini telah mendapat pengiktirafan dan menjadi tesis kedoktorannya. Hasil kajiannya juga dibawa ke peringkat antarabangsa. Jika sebelum ini Parjo agak muak makan tapai ubi, tetapi kini dia menjadi pelanggan tetap tapai ubi Wak Salikon. Semasa majlis konvokesyen, bapa dan ibu Parjo turut hadir. Parjo dengan bangga telah memperkenalkan ibu dan bapanya yang merupakan pengusaha tapai ubi yang terkenal di kampung mereka kepada pensyarah dan rakan-rakannya. Liputan yang meluas mengenai hasil kajiannya tentang tapai ubi telah menyebabkan permintaan terhadap tapai ubi semakin meningkat. Tapai ubi kini diusahakan secara komersial dan turut dihidangkan di hotel-hotel besar di seluruh negara. Perusahaan tapai ubi Wak Silikon semakin berkembang. Sebuah kilang didirikan dan bapa dan ibu Parjo kini menjadi pengurus Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon. Jumlah pekerja juga semakin bertambah. Parjo yang bertugas sebagai pensyarah perubatan di universiti terus membuat kajian tentang khasiat tapai ubi terhadap pelbagai jenis penyakit terutamanya kanser. Parjo berasa sangat bangga hidup dalam legasi tapai ubi.", "url": "https://karangan.net/cerpen-legasi-tapai-ubi/"}, {"title": "Tema_Cerpen_Legasi_Tapai_Ubi", "content": "TemaCerpen Legasi Tapai Ubi ialah kegigihan seorang anak kepada peniaga tapai ubi. Dia ingin membuktikan bahawa makanan tradisional tersebut mampu menjadi penawar penyakit berbahaya seperti kanser. Parjobersungguh-sungguh untuk melakukan kajian tentang tapai ubibagi membuktikan bahawa tapai ubi dapatmengubati penyakit kanser. Akhirnya,kajiannya mendapat pengiktirafan universiti dan dibawa ke peringkat antarabangsa.Parjo jugamenghasilkan tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada berbagai-bagai penyakit terutamanya kanser.", "url": "https://karangan.net/cerpen-legasi-tapai-ubi/"}, {"title": "Persoalan_Cerpen_Legasi_Tapai_Ubi", "content": "Persoalan Ketaatan seorang anak kepada ibu bapa.Contoh Peristiwa: Setiap hari Parjo terpaksa menjinjit karung yang berisi tapai ubi untuk dibawa ke sekolah. Pada masa yang sama, dia juga membawa tapai ubi itu ke pasar, warung-warung, kedai kampung, dan ke mana-mana sahaja jika ada tempahan. Persoalan Ketelitian semasa melakukan sesuatu.Contoh Peristiwa: Emak dan bapa Parjo amat teliti semasa membuat tapai. Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi seperti tidak boleh memberitahu orang lain semasa membuat tapai, tidak boleh terkena kotoran atau minyak, dan tidak boleh membuat bising semasa membuat tapai. Persoalan Kanser yang boleh mengakibatkan kematian.Contoh Peristiwa: Bilangan pesakit kanser semakin bertambah. Pada tahun 2000, didapati sebanyak 1,050,346 kes kanser payudara dan 372,965 kematian daripada kanser ini dilaporkan di seluruh dunia. Pengorbanan ibu bapa untuk menyekolahkan anak-anak.Contoh Peristiwa: Parjo dan adik-adiknya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading hasil daripada usaha emak dan bapanya menjual tapai ubi. Persoalan Menghargai pengorbanan dan membalas jasa ibu bapa.Contoh Peristiwa: Dr. Parjo mengatakan bahawa kejayaannya selama ini sebenarnya hasil daripada inspirasi emak dan bapanya sebagai seorang pengusaha tapai ubi yang terkenal di kampungnya. Persoalan Bercita-cita tinggi demi kemajuan pada masa depan.Contoh Peristiwa: Wak Salikon bercadang untuk mempergiat perusahaan tapai ubinya setelah kajian Dr. Parjo tentang tapai itu berjaya.", "url": "https://karangan.net/cerpen-legasi-tapai-ubi/"}, {"title": "Binaan_Plot_Cerpen_Legasi_Tapai_Ubi", "content": "Permulaan Sejak kecil lagi, Parjo membantu emak dan bapanya menjual tapai ubi sehingga dipanggil \u201cParjo Tapai\u201d. Walaupun dia berasa muak dengan panggilan itu, namun lama-kelamaan dia sudah terbiasa dengan gelaran tersebut kerana dia ingin membantu emak dan bapanya mencari rezeki. Perkembangan Proses membuat tapai ubi agak rumit. Bermula dengan proses mencabut ubi, mengopek kulit, memotong pendek, menjerang air, merebus sehinggalah proses memeram sebelum ubi matang untuk dimakan. Banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa membuat tapai ubi. Melalui hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan adik-adiknya berjaya menjejakkan kaki ke manara gading. Perumitan Profesor Haidar mengarahkan Parjo membuat kajian tentang tapai ubi yang dikatakan dapat membantu mengurangkan serangan kanser.Proses kajian dilakukan dengan mengenal pasti jenis kanser,cara kanser merebak,dan langkah mngesan kanser sehingglah kepada proses membuat uji kaji tindak balas tapai ubi terhadap sel kanser. Klimaks Parjo berjaya membuktikan bahawa tapai ubi dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Kajian Parjo telah diiktiraf oleh pihak universiti dan dibawa pada peringkat antarabangsa. Parjo berjaya memperoleh ijazah kedoktoran sekali gus mendapat gelaran Dr. Parjo. Peleraian Dr. Parjo bertugas sebagai pensyarah. Dia masih meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada pelbagai jenis penyakit yang lain, terutamanya penyakit kanser. Perniagaan tapai ubi bapanya di kampung semakin berkembang sehinggalah terbinanya kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon.", "url": "https://karangan.net/cerpen-legasi-tapai-ubi/"}, {"title": "Teknik_Plot_Cerpen_Legasi_Tapai_Ubi", "content": "DialogContoh: \u201cParjo, jangan lupa nanti hantar tapai ke pasar!\u201d jerit bapa dengan loghat Jawanya yang pekat. Imbas Kembali Contoh: Aku tidak menjawab. Fikiranku melayang ke zaman kanak-kanak. Teringatk aku akan bapa dan emak yang masih membuat tapai ubi sehingga kini. MonologContoh: Ah, betapanya penyakit kanser! Getus hati kecilku. SaspenContoh: \u201cParjo, kita ada projek baharu semester ini,\u201d kata Profesor Haidar ketika kami berada di makmal, sebaik-baik sahaja semester bermula. Entah mengapa Profesor Haidar menyebut namaku, tidak rakan-rakan sekuliahku. Barangkali kerana aku menunjukkan minat yang mendalam terhadap kajian-kajiannya sebelum ini.", "url": "https://karangan.net/cerpen-legasi-tapai-ubi/"}, {"title": "Watak_Perwatakan_Cerpen_Legasi_Tapai_Ubi", "content": "Watak Utama \u2013 Parjo Taat akan emak dan bapanyaParjo sanggup menghantar tapai ubi ke kantin sekolah dan warung-warung di kampungnya tanpa membantah. Dia juga mengenang budi dan tidak melupakan jasa emak dan bapanya walaupun dia sudah berjaya di menara gading. Bersungguh-sungguh melakukan sesuatParjo melakukan kajian bagi membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan kanser. Seorang yang telitiProses kajian terhadap kanser telah dilakukannya mengikut prosedur dan peringkat demi peringkat bagi memastikan kajian tersebut berjaya. Watak Sampingan \u2013 Wak Salikon Bapa kepada Parjo Seorang yang gigih melakukan pekerjaanWak Salikon menanam pokok ubi dan seterusnya membuat tapai ubi untuk dijual. Seorang yang mementingkan pendidikan anaknyaDia menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke menara gading dengan hasil titik peluhnya menjual tapai ubi. Bercita-cita tinggiWak Salikon berhasrat untuk mengembangkan perniagaan tapai ubinya. Teliti ketika melakukan kerjaWak Salikon mengamalkan pantang larang yang perlu dipatuhi semasa membuat tapai ubi. Watak Sampingan \u2013 Emak Emak kepada Parjo dan isteri kepada Wak Salikon Seorang yang gigih membantu suamiDia membantu Wak Salikon untuk membuat tapai ubi. Seorang yang teliti melakukan kerja.Emak sentiasa mematuhi pantang larang semasa membuat tapai ubi. Prihatin terhadap anakEmak mendengar penjelasan Parjo bahawa dia berjaya berkat kajiannya terhadap tapai ubi. Watak Sampingan \u2013Profesor Haidar Pensyarah Parjo semasa di universiti. Seorang yang berpandangan jauhDia meminta Parjo untuk membuat kajian tapai ubi yang dikatakan dapat membantu mengurangkan serangan kanser.", "url": "https://karangan.net/cerpen-legasi-tapai-ubi/"}, {"title": "Gaya_Bahasa_Cerpen_Legasi_Tapai_Ubi", "content": "Kata gandaContoh: Kemudian ubi itu dipotong pendek-pendek dalam seinci setengah. PeribahasaContoh: namun alah bisa tegal biasa. Anafora (Perulangan kata dalam ayat berturutan)Contoh: Aku akur dengan petua emak.Aku hanya diam. RepetisiContoh: Tapai! Tapai! Tapai! SinkopeContoh: \u201cBuat tapai ubi tak boleh bagitahu orang tahu!\u201d DiksiPengarang telah menggunakan laras bahasa Sains. Contohnya,bakteriosin; manihot esculanta; metastasis.", "url": "https://karangan.net/cerpen-legasi-tapai-ubi/"}, {"title": "Latar_Cerpen_Legasi_Tapai_Ubi", "content": "", "url": "https://karangan.net/cerpen-legasi-tapai-ubi/"}, {"title": "Nilai_Cerpen_Legasi_Tapai_Ubi", "content": "Nilai KegigihanWak Salikon dan isterinya gigih mengusahakan perniagaan tapai ubi sehingga berkembang membuka sebuah kilang. Nilai tolong \u2013 menolongParjo rajin membantu ayah dan ibunya membuat tapai ubi. Nilai mengenang jasaParjo menjelaskan bahawa kejayaannya menggengam ijazah berkat inspirasi ayah dan ibunya. Nilai tanggungjawabParjo ingin berkhidmat kepada masyarakat melalui kajiannya terhadap tapai ubi yang dapat mencegah dan merawat penyakit kanser. Nilai kesyukuranSemasa disoal oleh wartawan, Parjo mengatakan bahawa kejayaannya itu hasil inspirasi emak dan bapanya yang mengusahakan perniagaan tapai ubi.", "url": "https://karangan.net/cerpen-legasi-tapai-ubi/"}, {"title": "Pengajaran_Cerpen_Legasi_Tapai_Ubi", "content": "Kita hendaklah tabah mengharungi susah payah dalam kehidupan.Sejak di bangku sekolah menengah lagi, Parjo akan menjinjit karung tapai ke kantin sekolah. Dia telah digelar \u2018Parjo Tapai\u2019 oleh kawan-kawannya. Namun begitu, dia tabah kerana mahu membantu emak dan bapanya mencari rezeki. Janganlah kita memandang hina terhadap orang lainRakanrakan sekolah Parjo telah mengejeknya dengan panggilan \u2018Parjo Tapai\u2019 kerana dia sering menjinjit karung tapai semasa menaiki bas ke sekolah. Kita haruslah rajin untuk mencari rezeki.Pagi-pagi lagi Wak Salikon akan ke kebun untuk mencabut ubi, manakala emak Parjo akan mengopek kulit ubi itu. Parjo pula akan membantu emaknya untuk memotong ubi itu. Kita perlulah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara.Parjo banyak membaca kajian tentang kanser payudara sebelum memulakan kajiannya. Dia melakukan kajiannya dengan teliti untuk memastikan kajian itu berjaya. Kita mestilah bijak mengambil peluang demi kemajuanSebuah kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon telah didirikan di kampung Parjo untuk memenuhi permintaan tapai ubi yang semakin meningkat. Kita perlulah menghargai jasa ibu bapaSetelah Parjo berjaya, dia telah membina sebuah kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon di kampungnya dan melantik emak dan bapanya sebagai pengurus kilang itu.", "url": "https://karangan.net/cerpen-legasi-tapai-ubi/"}, {"title": "Latihan_Cerpen_Legasi_Tapai_Ubi", "content": "Berdasarkan petikan cerpen \u201cLegasi Tapai Ubi\u201d, ke manakah Parjo akan menghantar tapai ubi Wak Salikon? Jawapan: Parjo akan menghantar tapai ubi Wak Salikon ke pasar, ke warung, ke kedai kampung dan ke mana-mana sahaja jika ada tempahan. Terdapat beberapa latar masyarakat yang dapat diperoleh daripada petikan cerpen \u201cLegasi Tapai Ubi\u201d. Nyatakan latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut. Masyarakat yang gigih berusahaContoh: Kegigihan Wak Salikon dan isterinya mengusahakan perniagaan tapai ubi dari muda sampai ke tua. Masyarakat yang bertanggungjawabContoh: Parjo bertanggungjawab menjalankan kajian terhadap tapai ubi seperti yang diminta oleh Profesor Haidar. Masyarakat yang prihatinContoh: Parjo prihatin akan penghidap penyakit kanser dan berazam mahu membantu mereka melalui kajian yang dilakukannya. Parjo gigih membantu bapa dan emaknya menjual tapai ubi. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan anak-anak sentiasa membantu ibu dan bapa mereka? Jawapan: Pada pendapat saya, langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan anak-anak sentiasa membantu ibu dan bapa mereka termasuklah ibu bapa memberi ganjaran kepada anak-anak seperti pujian dan hadiah . Seterusnya, ibu bapa boleh membuat jadual mengemas rumah kepada anak-anak . Selain itu, ibu bapa mengehadkan penggunaan telefon pintar anak-anak. Berdasarkan petikan cerpen, nyatakan tiga pantang larang membuat tapai ubi? Jawapan: Tiga pantang larang membuat tapai ubi ialah pertama, tidak boleh memberitahu orang semasa membuat tapai ubi. Kedua, tidak boleh membuat bising. Selain itu, elakkan daripasa terkena kotoran atau minyak kerana dikhuatiri tapai tidak menjadi. Nyatakan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan tersebut. Jawapan: Nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah mengenang budi. Contohnya Parjo tidak melupakan jasa kedua ibu bapanya serta dia menghargai pengorbanan dan membalas jasa ibu bapanya. Nilai yang seterusnya ialah tidak mudah berputus asa. Sebagai contoh, Parjo sentiasa bersemangat untuk belajar sehingga dirinya berjaya ke menara gading dan menjadi seorang pensyarah. Bidang perniagaan boleh mendatangkan pulangan yang lumayan kepasa pengusahanya. Berdasarkan penyataan di atas, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh seseorang peniagaanya terus maju? Jawapan: Usaha yang boleh dilakukan supaya perniagaan terus maju adalah dengan bersikap rasional ketika melakukan segala kerja agar diri tidak mudah bermasalah ketika melalukan kerja. Selain itu, peniaga perlulah bijak mengambil peluang seperti mempromosikan produk mereka ke kaca televisyen atau membuat pamplet dan edarkan ke agen agen mereka. \u201cUsaha itu tangga kejayaan.\u201dBerdasarkan pernyataan di atas, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membolehkan anda mencapai kejayaan dalam peperiksaan? Antara usaha yang boleh dilakukan untuk membolehkan saya mencapai kejayaan dalam peperiksaan ialah saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh. Saya akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran agar saya tidak tercicir. Selain itu, saya akan membuat lebih banyak latihan dan saya juga akan mengulang kaji pelajaran secara berterusan melalui pengurusan masa dengan bijak dan baik. Dengan itu, saya dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan bersedia. Nyatakan dua perwatakan emak yang terdapat dalam petikan cerpen. Jawapan: Salah satu perwatakan emak ialah rajin. Emak melakukan tugasnya dengan rajin dan tanpa jemu membuat tapai ubi. Perwatakan kedua ialah mematuhi pantang larang. Emak sangat mematuhi pantang larang membuat tapai kerana ingin menghasilkan tapai ubi yang manis dan laris jualannya. \u201cKerjasama antara ahli keluarga sangat penting dalam menjayakan perniagaan keluarga.\u201d Berdasarkan pernyataan di atas, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengekalkan kerjasama yang erat? Usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengekalkan kerjasama yang erat ialah dengan melibatkan semua ahli keluarga dalam perkara yang dilakukan. Hal ini penting untuk mengelakkan ada antara mereka yang berasa tersisih dan mengamalkan sikap berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Selain itu, kejujuran dan amanah harus ada dalam diri setiap ahli. Sikap ini membolehkan perniagaan dikembangkan dengan baik dan terancang tanpa sebarang prasangka buruk. Nyatakan dua harapan Parjo berhubung kejayaan kajiannya. Parjo berharap kejayaan kajian tapai ubinya akan membawa kejayaan kepada ayah dan ibunya mengusahakan tapai ubi tradisi mereka dengan lebih giat lagi. Selain itu, dia juga berharap tapai ubi akan menjadi makanan sampingan yang popular hingga ke peringkat antarabangsa pada suatu hari nanti. Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen. Salah satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen itu ialah kita hendaklah bijak mengambil peluang yang ada dan berusaha untuk memanfaatkannya. Wak Salikon akhirnya berjaya membuka kilang pemprosesan tapai ubi bagi meningkatkan pengeluaran. Pada masa yang sama, kita hendaklah sentiasa berbangga dengan warisan keluarga yang pastinya tidak dimiliki oleh orang lain. Parjo kini berbangga kerana hidup dalam legasi tapai ubi. \u201cMakanan tradisi boleh menjadi punca pendapatan yang lumayan kepada pengusahanya.\u201dBerdasarkan pernyataan di atas, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menarik minta orang ramai menyukai makan tradisi? Antara usaha yang boleh dilakukan untuk menarik minta orang ramai menyukai makan tradisi adalah dengan mengadakan acara makan secara percuma bagi membolehkan mereka mencuba pelbagai jenis makanan tradisi. Selain itu, pihak pengusaha makanan tradisi harus membuat pendedahan tentang kebaikan dan kelebihan makanan ini berbanding makanan lain. Seterusnya, makanan ini boleh dijadikan hidangan wajib kepada para pelancong dan pelawat tempat pengeluar makanan tersebut. Apakah kaitan tapai ubi dengan dunia perubatan? \u2013 Dipercayai mampu menjadi pencegah kanser.\u2013 Proses penapaian ubi menghasilkan sejenis bahan yang dikenali sebagai bakteriosin.\u2013 Proses penapaian juga menghasilkan sejenis bakteria asid laktik yang terpencil daripada tapai dikenali manihot esculanta \u201cMakanan tradisional mempunyai prospek yang luas.\u201d Pada pendapat anda, apakah usaha yang harus dilakukan untuk mempromosikan makanan tradisional? \u2013 Strategi pemasaran makanan tradisional yang lebih berkesan, iaitu mempromosikan makanan tradisional melalui media massa dan media sosial.\u2013 Pembungkusan makanan tradisional yang menarik seperti menggunakan kombinasi warna yang bersesuaian.\u2013 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan memainkan peranan penting memperkenalkan makanan tradisional di peringkat antarabangsa. Apakah perkara yang bermain-main dalam minda Parjo ketika dia menjalankan kajian? \u2013 Sudah ditakdirkan kajian Parjo berkaitan tapai ubi sesuai dengan nama panggilan oleh rakan-rakannya.\u2013 Parjo terbayang akan pekerjaan ibu bapanya membuat tapai ubi.\u2013 Parjo bertekad menghasilkan kajian yang bermanfaat untuk industri makanan yang dibekukan. Nyatakan tiga perwatakan Parjo berdasarkan cerpen tersebut. Seorang mahasiswa yang bertanggungjawabHuraian: Parjo bertanggungjawab menjalankan kajian yang diberikan oleh Profesor Haidar tentang kebaikan tapai ubi. Seorang murid yang bijakHuraian: Parjo bijak dalam pelajarannya dan diterima masuk ke fakulti perubatan. Seorang yang prihatinHuraian: Parjo prihatin akan penghidap penyakit kanser dan berharap agar hasil kajiannya nanti dapat dimanfaatkan untuk mencegah kanser. \u201cSeorang anak harus mengenang jasa ibu bapa membesarkan mereka.\u201dPada pendapat anda, bagaimanakah cara anak-anak membalas jasa ibu bapa? \u2013 Anak-anak perlu sentiasa patuh akan kata-kata ibu bapa.\u2013 Anak-anak hendaklah menjaga kebajikan ibu bapa mereka dengan baik seperti memberikan wang belanja dan keperluan lain.\u2013 Anak-anak mestilah mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan agar pengorbanan ibu bapa tidak sia-sia.\u2013 Anak-anak yang bekerja di bandar harus sering pulang ke kampung untuk menziarahi ibu bapa", "url": "https://karangan.net/cerpen-legasi-tapai-ubi/"}, {"title": "Latar_Tempat_Cerpen_Legasi_Tapai_Ubi", "content": "Kampung Wak SalikonTempat Parjo menghantar tapai ubi sama ada ke pasar, ke warung, atau ke kedai kampung. Kantin sekolahParjo menghantar tapai ubi di kantin sekolah pada setiap hari sehinggakan dia digelar \u2018Parjo Tapai\u2019 oleh kawan-kawannya. Rumah Wak SalikonTempat emak dan bapa Parjo membuat tapai yang memerlukan proses pembuatan yang teliti. Fakulti perubatan di universitiTempat Parjo melanjutkan pelajaran dan tempat Profesor Haidar mengarahkan dia membuat kajian tentang tapai ubi yang dikatakan dapat mengurangkan serangan kanser. Amerika SyarikatTempat yang menunjukkan bahawa kajian kadar kanser payudara di negara itu adalah berbeza antara kaum, iaitu kes paling tinggi berlaku dalam kalangan wanita berkulit putih berbanding dengan wanita berkulit hitam atau berketurunan Hispanic atau berketurunan Asia. Kilang perusahaan Tapai Ubi Wak SalikonEmak dan bapa Parjo bekerja sebagai pemilik dan pengurus kilang tersebut dan pengeluaran tapai ubi dipertingkatkan di kilang ini kerana banyak mendapat tempahan.", "url": "https://karangan.net/cerpen-legasi-tapai-ubi/"}, {"title": "Latar_Masa_Cerpen_Legasi_Tapai_Ubi", "content": "Waktu pagiBapa Parjo telah menjerit dalam loghat Jawanya yang pekat agar Parjo tidak lupa untuk menghantar tapai ubi ke pasar. Setiap pagi emak akan melumatkan ragi juga. Selepas sembahyang isyakEmak meneruskan tugasannya membuat tapai ubi yang dikatakan banyak pantang larangnya. Permulaan semesterProfesor Haidar memberitahu Parjo bahawa mereka ada projek untuk dijalankan, iaitu projek tapai ubi yang dikatakan dapat mengurangkan risiko serangan kanser. Enam puluh hariBakteria UL4 tapai ubi didapati mampu bertahan pada suhu setinggi 121 darjah celsius selama lima belas minit dan suhu serendah 15 darjah celcius selama enam puluh hari.", "url": "https://karangan.net/cerpen-legasi-tapai-ubi/"}, {"title": "Latar_Masyarakat_Cerpen_Legasi_Tapai_Ubi", "content": "Masyarakat yang bersungguh-sungguh melakukan kerja.Parjo bersungguh-sungguh membantu emak dan bapanya menghantar tapai ubi pada setiap pagi. Semasa di universiti pula, Parjo bersungguh-sungguh untuk membuat kajian tentang projek tapai ubi yang diarahkan oleh Profesor Haidar. Masyarakat yang teliti semasa melakukan sesuatu kerja.Wak Salikon dan isterinya sentiasa mematuhi pantang larang semasa membuat tapai ubi untuk memastikan kualiti tapai itu terjamin. Masyarakat yang berpandangan jauh.Profesor Haidar mengarahkan Parjo membuat kajian tentang tapai ubi kerana terdapat penemuan yang membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan kanser.", "url": "https://karangan.net/cerpen-legasi-tapai-ubi/"}] |