[{"title": "Sinopsis_Cerpen_Banjir_di_Mata_Emak", "content": "Cerita berkisar pada watak \u201csaya\u201d yang hendak menelefon temannya tetapi tersalah tekan nombor telefon rumah Mak Piah. Mak Piah menyangka orang yang membuat panggilan telefon itu ialah anaknya, Nana. Mak Piah memberitahu \u201cNana\u201d (saya) bahawa dia tidak ada bekalan makanan disebabkan banjir yang melanda kampungnya sudah sampai ke paras dada. Mak Piah berterima kasih kepada \u201cNana\u201d (saya) kerana menelefon untuk bertanya khabar tentang dirinya. Malangnya, abang Nana yang duduk dekat tidak menjenguk Mak Piah langsung walaupun banjir sedang melanda kampung emaknya itu. Belum sempat \u201csaya\u201d hendak memberitahu Mak Piah tentang dirinya yang sebenar, talian telefon sudah terputus. Hujan sudah turun empat hari empat malam tanpa henti. \u201cSaya\u201d cuba menelefon Mak Piah sekali lagi tetapi panggilannya tidak dijawab. \u201cSaya\u201d bimbang akan keadaan Mak Piah. Banjir pada kali ini telah meragut dua nyawa. Mengikut cerita Mak Piah tadi, bekalan makanannya sudah habis. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan banjir. Mak Piah tidak mahu pergi ke pusat pemindahan. \u201cSaya\u201d tertanya-tanya sebab Mak Piah tidak mahu berpindah. Anak lelakinya sudah tiga bulan tidak menelefon untuk bertanya khabar, apatah pulang untuk menjenguknya. \u201cSaya\u201d berasa sangat cemas apabila memikirkan perkara yang mungkin berlaku kepada Mak Piah. \u201cSaya\u201dmendail nombor telefon Mak Piah sekali lagi. Mak Piah menjawab pangilan \u201csaya\u201d. Mak Piah meminta \u201csaya\u201d yang disangkakannya Nana agar tidak bimbang tentangnya. Mak Piah sempat berpesan kepada \u201csaya\u201dagar menjaga anak dan suaminya baik-baik. \u201cSaya\u201d ingin bertemu dengan Mak Piah supaya \u201csaya\u201d dapat melepaskan rindu terhadapnya yang telah kembali kepada Yang Maha Pencipta. Mak Piah merindui anak-anaknya. \u201cSaya\u201d merindui emaknya. \u201cSaya\u201d menemukan alamat Mak Piah di dalam buku panduan telefon. \u201cSaya\u201d pergi ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan. Mak Piah menyambut kedatangan \u201csaya\u201d dengan ceria. Kerja \u201csaya\u201d menjadi senang kerana Mak Piah sangat peramah. Mak Piah memberitahu \u201csaya\u201d bahawa Nubhan, abang Nana takut akan isterinya, manakala Nana pulak takut akan suaminya. \u201cSaya\u201d bertanya kepada Mak Piah tentang sebab dia tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan. Mak Piah menyatakan bahawa dia tidak mahu mengganggu mereka di tempat pemindahan itu kerana keadaannya yang kerap membuang air kecil sehinggakan kadang-kadang tidak sempat ke bilik air. \u201cSaya\u201d berjanji akan menemani Mak Piah selagi banjir tidak surut. Mak Piah memeluk \u201csaya\u201d selepas mendengar kata-kata \u201csaya\u201d itu. \u201cSaya\u201d mengajak Mak Piah makan. Mak Piah bertanya sama ada Nana yang masak dan menyuruh \u201csaya\u201d menghantar makanan itu. \u201cSaya\u201d mengangguk sambil tersenyum. \u201cSaya\u201d terpaksa berbohong dan menanggung dosa hanya kerana hendak melihat Mak Piah berasa bahagia. Selepas makan \u201csaya\u201d menolong Mak Piah mencuci dan menyimpan barang-barang makanan yang \u201csaya bawa ke dalam peti sejuk. \u201cSaya\u201d memohon izin untuk pulang dan berjanji untuk mengunjungi Mak Piah lagi. Mak Piah meminta \u201csaya\u201d menyampaikan salam kepada anaknya, Nana. Sekembalinya ke rumah, \u201csaya\u201d diserang demam selama lima hari. Setelah sihat, \u201csaya\u201d pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini. Apabila \u201csaya\u201d sampai di pekarangan rumah Mak Piah, orang ramai sedang berkumpul. Mak Piah telah meninggal dunia kerana tergelincir jatuh dan kepalanya cedera semasa hendak membersihkan rumahnya selepas banjir. Nana dan Nubhan berasa kesal. Kata Nana, dua hari sebelumnya, Mak Piah bercerita kepada jiran-jiran bahawa Nana telah mengirimkan makanan kepadanya semasa banjir. Mak Piah berasa sangat gembira. Nana menyatakan bahawa dia bukan sahaja tidak pernah mengirimkan apaapa kepada emaknya malahan dia tidak pernah menelefon emaknya kerana emaknya mengalami masalah pendengaran. Nana mengakui betapa mulia hati emaknya kerana sanggup berbohong kepada masyarakat untuk menjaga maruah dan namanya. Nana berasa sangat menyesal atas perbuatannya terhadap emaknya selama ini.", "url": "https://karangan.net/cerpen-banjir-di-mata-emak/"}, {"title": "Tema_Cerpen_Banjir_di_Mata_Emak", "content": "Tema cerpenBanjir di Mata Emak ialah kehilangan sesuatu yang bermakna telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan seseorang. Perkara tersebut mengundang rindu yang berpanjangan. Mak Piah sangat merindui anak-anaknya yang telah beberapa bulan tidak menghubunginya apatah lagi untuk pulang menjenguknya. Keengganan anak-anaknya pulang menjenguknya merupakan suatu kehilangan bagi dirinya yang mendambakan kasih sayang dan perhatian. \u201cSaya\u201d pula mendambakan kasih sayang daripada seorang emak. Emak \u201csaya\u201d telah kembali kepada Yang Maha Pencipta. \u201cSaya\u201d amat rindu akan emaknya. Pertemuan \u201csaya\u201d dengan Mak Piah menambah kerinduan terhadap emaknya. Nasib yang menimpa Mak Piah meraih simpati \u201csaya\u201d untuk mendekati Mak Piah. Kehadiran Mak Piah membuka peluang untuk \u201csaya\u201d melepaskan rindu terhadap emaknya.", "url": "https://karangan.net/cerpen-banjir-di-mata-emak/"}, {"title": "Persoalan_Cerpen_Banjir_di_Mata_Emak", "content": "Nasib ibu tua yang tidak mendapat perhatian daripada anak-anakPeristiwa: Mak Piah terpaksa hidup keseorangan kerana anak-anak jarang-jarang menjenguknya. Kehilangan kasih sayang akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jiwa seseorangPeristiwa: \u201cSaya\u201d dilamun rindu yang sangat hebat kerana telah kehilangan ibu untuk selama-lamanya. Kasih ibu tidak berbelah bagiPeristiwa: Walaupun Nana sudah lama tidak menjenguk emaknya, Mak Piah tetap memuji Nana di hadapan jiran-jirannya. Menyesal kemudian tiada gunanyaPeristiwa: Penyesalan Nana dan abangnya, Nubhan sudah terlambat. Emak mereka telah pergi meninggalkan mereka untuk selamalamanya. Anak-anak yang tidak bertanggungjawabPeristiwa: Nana dan Nubhan ialah anak-anak yang tidak bertanggungjawab. Mereka membiarkan pasangan masing-masing mempengaruhi mereka untuk tidak mengambil berat terhadap ibu mereka. Mereka lebih mementingkan keluarga mereka dan mengabaikan ibu mereka sendiri. Perasaan simpati yang wujud dalam diri seseorang.Peristiwa: \u201cSaya\u201d sangat simpati terhadap keadaan Mak Piah lalu bersungguh-sungguh mencari rumah Mak Piah dan berjanji untuk menemani Mak Piah sehingga banjir surut. Sikap prihatin terhadap orang lainPeristiwa: \u2018Saya\u2019 menghukurkan bantuan makanan kepada Mak Piah yg terkepung oleh banjir. Isu anak yang bersikap kacang lupakan kulitPeristiwa: Hana telah melupakan ibunya di kampung yg sedang terkepung dengan banjir.", "url": "https://karangan.net/cerpen-banjir-di-mata-emak/"}, {"title": "Binaan_Plot_Cerpen_Banjir_di_Mata_Emak", "content": "Permulaan Cerpen Banjir di Mata Emak mengisahkan \u201cSaya\u201d yang hendak menelefon temannya, tetapi tersalah tekan nombor telefon rumah Mak Piah. Mak Piah mengadu kepada \u201csaya\u201d yang disangkakan anak perempuannya, Nana, bahawa orang menjual ikan dan mamak menjual roti sudah tidak masuk ke kampung. Hal ini berlaku demikian kerana air banjir sudah naik ke paras dada. Malangnya, abang Nana yang duduk dekat tidak menjenguk Mak Piah langsung walaupun banjir sedang melanda kampung emaknya itu. Mak Piah berterima kasih kepada \u201cNana\u201d (saya) kerana menelefon untuk bertanya khabar tentang dirinya. Tanpa sempat \u201csaya\u201d memberikan penjelasan tentang dirinya yang sebenar, Mak Piah sudah memutuskan talian telefon. Perkembangan \u201cSaya\u201d mendail nombor telefon Makkepada Piah tetapi tidak berjawab. \u201cSaya\u201d bimbang akan keselamatan Mak Piah. Hal ini berlaku demikian kerana Mak Piah tinggal seorang diri dalam keadaan banjir. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan mangsa banjir. Akhirnya, Mak Piah menjawab panggilan telefon \u201csaya\u201d, tetapi hanya sekejap. \u201cSaya\u201d tidak sempat hendak berbicara lebih panjang. Hati \u201csaya\u201d mula resah apabila memikirkan Mak Piah. \u201cSaya\u201d ingin bertemu dengan Mak Piah supaya \u201csaya\u201d dapat melepaskan rindu terhadap ibunya yang telah meninggal dunia. Mak Piah merindui anak-anaknya. Manakala hal ini telah menambahkan rasa rindu kepada ibunya yang sudah meninggal dunia. \u201cSaya\u201d memperoleh alamat rumah Mak Piah dalam buku panduan telefon. \u201cSaya\u201d pergi ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan. Mak Piah menyambut kedatangan \u201csaya\u201d dengan gembira. \u201cSaya\u201d mengajak Mak Piah makan. Mak Piah bertanya sama ada Nana yang memasak makanan itu dan menyuruh \u201csaya\u201d menghantar makanan tersebut. \u201cSaya\u201d mengangguk sambil tersenyum. \u201cSaya\u201d terpaksa berbohong di hadapan Mak Piah bahawa makanan yang dibawanya itu merupakan kiriman daripada anak perempuannya, Nana. Klimaks \u201cSaya\u201ddiserang demam panas selama lima hari. Setelah sihat,\u201cSaya\u201d pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini. \u201cSaya\u201d berasa hairan apabila melihat orang ramai membanjiri pekarangan rumah Mak Piah. Belum pun sempat \u201csaya\u201d melangkah masuk ke rumah Mak Piah, usungan jenazah dibawa keluar. Saya mengiringi jenazah Mak Piah hingga ke tanah perkuburan. Peleraian Anak-anak Mak Piah, Nana dan Nubhan berasa sangat sedih atas kematian Mak Piah. Mereka menyesal kerana tidak pulang menjenguk emak mereka semasa banjir. Emak mereka tergelincir jatuh dan kepalanya cedera semasa hendak membersihkan rumahnya selepas banjir. Setelah tubuh Mak Piah kaku, barulah jenazahnya ditemui jirannya.", "url": "https://karangan.net/cerpen-banjir-di-mata-emak/"}, {"title": "Teknik_Plot_Cerpen_Banjir_di_Mata_Emak", "content": "DialogContoh: \u201cOrang jual ikan dah tiga hari tak datang. Mamak jual roti pun tak boleh masuk kampung. Mak tak ada makanan. Banjir dah sampaii ke paras dada \u2026\u201d PemerianContoh: Suara tua yang tadinya berbicara tanpa memberi saya walau sedikit kesempatan untuk menerangkan bahawa saya bukanlah Nana, kembali menujah-nujah telinga. Saya capai telefon, mencari di menu panggilan keluar. Saya tekan butang panggilan ke nombor itu sekali lagi. SaspensPada permulaan cerita, pembaca tertanya-tanya pemilik suara tua yang sedang bercakap dengan watak \u201csaya\u201d melalui telefon.Contoh: Dia memanggil saya dengan nama yang tidak tercatat pada kad pengenalan, tidak juga nama timangan sejak dilahirkan. Siapakah empunya suara tua yang rusuh di hujung talian sana? Seperti saya yang terburu-buru mendail nombor rumah teman yang baru diberikan pagi tadi, suara tua itu juga pantas mengatur kata, selaju jejari saya salah menekan nombor rumahnya. Selepas menyampaikan kisah yang sesetengahnya tidak saya fahami, suara tua itu menamatkan pengisahan dengan penghargaan dan pesanan.", "url": "https://karangan.net/cerpen-banjir-di-mata-emak/"}, {"title": "Watak_Perwatakan_Cerpen_Banjir_di_Mata_Emak", "content": "\u201cSaya\u201d Seorang yang penyayang\u2018Saya\u2019 melayan Mak Piah yang baru dikenalinya dengan penuh kasih sayang. Seorang yang Prihatin dan Peka\u2018Saya\u2019 mengambil berat terhadap masalah kekurangan bahan makanan di rumah Mak Piah yang dilanda banjir. Mak Piah Seorang yang bersangka baikMak Piah sentiasa menyebut kebaikan anaknya Nana walaupun pada hakikatnya Nana mengabaikannya. Nana", "url": "https://karangan.net/cerpen-banjir-di-mata-emak/"}, {"title": "Latar_Cerpen_Banjir_di_Mata_Emak", "content": "", "url": "https://karangan.net/cerpen-banjir-di-mata-emak/"}, {"title": "Gaya_Bahasa_Cerpen_Banjir_di_Mata_Emak", "content": "Ayat pendekContoh: \u201cDah tu, macam mana?\u201d Bahasa ArabContoh: Ya Allah; zuhur; assalamualaikum; alhamdulillah; insya-Allah. MetaforaContoh: lembah kepiluan; bungkusan takdir; lautan fikir. SimileContoh: Ataukah agaknya dia bimbangkan bil telefon \u201canak\u201d ini akan menjadi seperti harga ikan di pasar kami? PersonifikasiContoh: banjir kali ini menelan dua nyawa; getar suaranya menggegarkan perasaan. PeribahasaContoh: isi hati. SinkopeContoh: Tak apa Mak Piah, selagi banjir tak surut, insya-Allah, saya akan temankan Mak Piah. Repetisi. Contohnya, Saya yakin sungguh. Benar-benar yakin!", "url": "https://karangan.net/cerpen-banjir-di-mata-emak/"}, {"title": "Nilai_Cerpen_Banjir_di_Mata_Emak", "content": "Nilai SimpatiContoh: \u201cSaya\u201d berasa simpati dengan keadaan Mak Piah yang tinggal keseorangan serta keadaan Mak Piah yang terlalu merindui anak-anaknya. Nilai Baik hatiContoh: \u201cSaya\u201d membawa bekalan makanan untuk Mak Piah yang telah terputus bekalan makanan akibat kejadian banjir. Nilai KeprihatinanContoh: \u201cSaya\u201d sanggup mengharungi banjir untuk melihat keadaan hidup Mak Piah yang tinggal seorang diri. Nilai Kasih sayangContoh: Walaupun anak-anak Mak Piah tidak mengambil berat tentang kehidupannya di kampung, Mak Piah masih mengingati dan menyayangi anak-anaknya.", "url": "https://karangan.net/cerpen-banjir-di-mata-emak/"}, {"title": "Pengajaran_Cerpen_Banjir_di_Mata_Emak", "content": "Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap ibu bapa kita. Kita mestilah menghargai kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Kita hendaklah mengamalkan sikap perikemanusiaan dan tolong-menolong sesama manusia. Kita hendaklah sikap baik hati dengan membantu golongan warga emas. Kita hendaklah bersimpati kepada golongan yang susah. Kita hendaklah menjaga nama baik seseorang, terutamanya nama baik ahli keluarga sendiri. Kita mestilah berpendirian tegas dalam hal-hal tertentu terutamanya tentang hak terhadap ibu bapa kita.", "url": "https://karangan.net/cerpen-banjir-di-mata-emak/"}, {"title": "Soalan_Cerpen_Banjir_di_Mata_Emak", "content": "Siapakah\u201cSaya\u201d dalam cerpen tersebut? \u201cSaya\u201d adalah seorang insan yang amat bersimpati dengan nasib Mak Piah.\u201cSaya\u201d mengenali Mak Piah tanpa sengaja apabila tersalah mendail nombor telefon rumah rakannya. Nyatakan dua perwatakan watak utama yang terdapat dalam cerpen ini. \u2013 Seorang yang prihatin.\u2013 Seorang yang menepati janji. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita perlu menghormati kedua-dua ibu bapa kita? \u2013 Sentiasa menziarahi mereka dan bertanya khabar\u2013 Melengkapi keperluan fizikal seperti makanan, minuman dan memantau masalah kesihatan mereka. Apakah persoalan yang terdapat dalam cerpen \u2018Banjir di Mata Emak\u2019? Kemuliaan hati seorang ibu yang sangat menyayangi anak-anaknya. Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen tersebut. \u2013 Masyarakat kampung.\u2013 Masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Pada pendapat anda, apakah cara yang boleh kita lakukan untuk menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa kita? \u2013 Sentiasa meluangkan waktu untuk menziarahi mereka.\u2013 Memastikan keperluan mereka mencukupi. Mengapakah Mak Piah begitu selesa berbual dengan \u2018saya\u2019 di telefon? Kerana Mak Piah menyangkakan bahawa anak perempuannya yang sedang menelefon bertanya khabarnya.", "url": "https://karangan.net/cerpen-banjir-di-mata-emak/"}, {"title": "Latar_Masa_Cerpen_Banjir_di_Mata_Emak", "content": "Empat hari empat malamContoh: Hujan turun selama empat hari empat malam. Ketika banjirContoh: Mak Piah tiada bekalan makanan kerana banjir yang melanda kampung Mak Piah sudah sampai ke paras dada. Lima hariContoh: Watak \u201csaya\u201d demam selama lima hari. Selepas banjirContoh: Mak Piah jatuh tergelincir dan kepalanya cedera ketika membersihkan rumah selepas kejadian banjir. Mak Piah meninggal dunia selepas kejadian banjir melanda kampungnya. Waktu pagiContoh: Watak \u201csaya\u201d mendapatkan nombor telefon rumah temannya, iaitu Ameera pada waktu pagi.", "url": "https://karangan.net/cerpen-banjir-di-mata-emak/"}, {"title": "Latar_Tempat_Cerpen_Banjir_di_Mata_Emak", "content": "KampungContoh: Tempat tinggal \u201csaya\u201d dan Mak Piah serta tempat berlakunya kejadian banjir. Rumah \u201csaya\u201dContoh: Tempat \u201csaya\u201d membuat panggilan telefon ke rumah Mak Piah. Rumah Mak PiahContoh: Tempat \u201csaya\u201d menemui Mak Piah yang tinggal keseorangan. Tanah perkuburanContoh: Tempat jenazah Mak Piah dikebumikan.", "url": "https://karangan.net/cerpen-banjir-di-mata-emak/"}, {"title": "Latar_Masyarakat_Cerpen_Banjir_di_Mata_Emak", "content": "Masyarakat kampungContoh: Watak \u201csaya\u201d dan Mak Piah merupakan masyarakat yang tinggal di kampung. Masyarakat yang prihatin.Contoh: Watak \u201csaya\u201d sangat mengambil berat tentang keadaan Mak Piah yang tinggal keseorangan. Masyarakat yang tidak bertanggungjawabContoh: Nana dan Nubhan membiarkan emak mereka hidup keseorangan di rumah usang tanpa bertanya khabar atau menjenguknya walaupun Nubhan tinggal berdekatan dengan rumah emaknya. Masyarakat yang mementingkan kasih sayangContoh: Mak Piah masih mengingati dan sangat merindui anaknya, Nana serta mengharapkan Nana sekeluarga berada dalam keadaan baik. Masyarakat yang terlalu merindui ibunyaContoh: Watak \u201csaya\u201d sangat merindui emaknya yang telah meninggal dunia dan dia begitu teruja untuk berjumpa dengan Mak Piah yang tinggal keseorangan itu. Masyarakat yang taat akan perintah agamaContoh: Mak Piah masih menunaikan solat walaupun keadaannya sudah tua dan rumahnya dilanda banjir.", "url": "https://karangan.net/cerpen-banjir-di-mata-emak/"}] |