File size: 14,666 Bytes
e572f38
1
[{"title": "Tema_Cerpen_Hipertensi", "content": "Keinginan yang tinggi dalam bidang sains angkasa. Aiman Aqil yang berminat dengan aeroangkasa sehingga membayangkan dirinya berada dalam suasana di angkasa dan mendapat ijazah pertama dalam bidang aeroangkasa. Sedekad selepas itu, dia berjaya menjejakkan kaki ke bulan di bawah program aeroangkasa bersama dengan pihak Rusia.", "url": "https://karangan.net/cerpen-hipertensi/"}, {"title": "Persoalan_Cerpen_Hipertensi", "content": "Adab menuntut ilmuContoh : Aiman Aqil selalu tidak fokus terhadap pengajaran Cikgu Faridah menyebabkan Cikgu Faridah hilang kesabarannya. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknyaContoh : Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan suaminya yang sering merotan Aiman kerana perilaku Aiman sering berkontradiksi dan berkontras dengan watak babahnya. Amalan hormat terhadap guruContoh : Aiman Aqil membetulkan jawapan soalan Teori Graviti dengan baiknya dan serius apabila melihat gurunya tidak suka akan gurauannya. Kepentingan prinsip hidupContoh : Aiman Aqil bertekad tidak akan menjadi seperti Si Luncai dan Mat Jenin yang hanya memasang angan-angan tanpa merealisasikan angan-angan tersebut. Pengorbanan seorang guru terhadap anak murid.Contoh : Cikgu Faridah mengajar Aiman Aqil dan murid-murid yang lain subjek Sains dengan bersungguh-sungguh.", "url": "https://karangan.net/cerpen-hipertensi/"}, {"title": "PLOT_Cerpen_Hipertensi", "content": "Plot cerpen ini disusun mengikut kronologi.", "url": "https://karangan.net/cerpen-hipertensi/"}, {"title": "Teknik_PLOT_Penceritaan_Hipertensi", "content": "Imbas mukaContoh: Aiman membayangkan dirinya sudah lulus dalam peperiksaan pada peringkat pengajian tinggi dengan memperoleh ijazah kelas pertama dalam bidang aeroangkasa. Imbas KembaliContoh: Ketika belajar di sekolah rendah, Aiman Aqil selalu ponteng sekolah kerana bosan dengan pembelajaran yang dianggapnya tidak sesuai dengan tahap IQ yang dimilikinya. Teknik dialogContoh: dialog antara Aiman dengan Cikgu Faridah berhubung dengan Teori Graviti yang diperkenalkan oleh Isaac Newton. Teknik monolog dalamanContoh: Aiman bermonolog bahawa dia tidak akan berasa hairan dengan Teori Graviti yang diperkenalkan oleh Isaac Newton sekiranya dia lahir pada tahun yang sama dengan beliau. Teknik pemerianContoh: Penulis memerihalkan keadaan Aiman sewaktu dia dilahirkan. Teknik saspensContoh: Peristiwa percanggahan pendapat antara Aiman dengan Cikgu Faridah benar- benar menimbulkan perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang penyelesaian pendapat mereka itu.", "url": "https://karangan.net/cerpen-hipertensi/"}, {"title": "Watak_Perwatakan_Cerpen_Hipertensi", "content": "", "url": "https://karangan.net/cerpen-hipertensi/"}, {"title": "Latar_Cerpen_Hipertensi", "content": "", "url": "https://karangan.net/cerpen-hipertensi/"}, {"title": "Gaya_Bahasa_Cerpen_Hipertensi", "content": "", "url": "https://karangan.net/cerpen-hipertensi/"}, {"title": "Nilai_Cerpen_Hipertensi", "content": "KebijaksanaanContoh : Aiman Aqil mampu menyelesaikan masalah Matematik Tingkatan Lima walaupun berusia lapan tahun Kasih sayangContoh : Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan bapanya yang sering merotannya tetapi terpaksa memprotes dalam hati sahaja Hormat-menghormatiContoh : Aiman Aqil membetulkan jawapan kepada soalan teori graviti dengan baiknya dan serius apabila melihat gurunya tidak suka akan gurauannya KetegasanContoh : Bapa Aiman mengambil tindakan tegas dengan merotan Aiman atas kesalahannya yang membuat onar di dalam kelas BertanggungjawabContoh: Ibu menyediakan makanan seimbang untuk Aiman Aqil sehingga Aiman Aqil membesar dengan sihatnya", "url": "https://karangan.net/cerpen-hipertensi/"}, {"title": "Pengajaran_Cerpen_Hipertensi", "content": "Kita haruslah bijak dalam menyelesaikan masalah.Contoh : Aiman bijak menyelesaikan latihan matematik murid Tingkatan 5 walaupun baru berusia 8 tahun, Aiman bijak semasa berdebat dengan Cikgu Faridah tentang teori graviti Kita perlulah bertangungjawab terhadap keluarga di bawah tanggungan kitaContoh: Ibu menyediakan makanan seimbang untuk Aiman Aqil sehingga Aiman Aqil membesar dengan sihatnya Kita hendaklah menghormati guru yang banyak berjasa Contoh : Aiman Aqil membetulkan jawapan kepada soalan teori graviti dengan baiknya dan serius apabila melihat gurunya tidak suka akan gurauannya. Kita hendaklah saling menyayangi sesama ahli keluargaContoh : Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan bapanya yang sering merotannya tetapi terpaksa memprotes dalam hati sahaja Kita hendaklah tegas dalam memberikan didikan kepada anak-anakContoh : Bapa Aiman mengambil tindakan tegas dengan merotan Aiman atas kesalahannya yang membuat onar di dalam kelas", "url": "https://karangan.net/cerpen-hipertensi/"}, {"title": "Sinopsis_Cerpen_Hipertensi", "content": "Cerpen ini mengisahkan kehidupan seorang budak lelaki genius bernama Aiman Aqil. Kepintarannya menyebabkan dia berasa bosan belajar di dalam kelas. Pada usia yang muda, dia telah dapat menyelesaikan masalah Matematik Tingkatan Lima. Aiman Aqil juga sering memperkecil adik dan rakan-rakannya yang sukar menyelesaikan soalan Matematik. Aiman Aqil memberikan alasan kepada bapanya bahawa dia seorang yang pintar. Akibat tindakan Aiman Aqil itu, bapanya sering merotannya. Ibunya tidak setuju dengan tindakan bapanya tetapi berdiam diri sahaja. Situasi bertambah buruk apabila dia mengambil tindakan untuk ponteng sekolah dan ponteng kelas sebagai tanda bantahan terhadap tindakan bapanya yang sering merotannya. Aiman sentiasa mengambil kesempatan untuk mewujudkan halusinasi futuristik penuh cabaran. Dia pernah membayangkan dirinya telah lulus pengajian tinggi dalam bidang aeroangkasa. Walaupun Aiman Aqil sering berhalusinasi, namun dia mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Dia tidak mahu berangan-angan seperti Mat Jenin dan Si Luncai. Angan-angan Aiman terus mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan intensif di bawah program aeroangkasa di bawah Rusia. Pada suatu hari, Aiman Aqil memanjat pokok kelapa untuk berangan-angan fantasi futuristik. Aiman Aqil telah berfantasi menjadi seorang angkasawan yang telah ke Stesen Angkasa Antarabangsa dan ke bulan. Angan-angan Aiman terus mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan intensif di bawah program aeroangkasa di bawah Rusia. Kemudian, dia terus berangan-angan hendak memantapkan diri sebagai persediaan untuk berlepas ke angkasa. Halusinasi Aiman tidak terhenti setakat itu sahaja, malah dia turut membayangkan jutaan khalayak menyaksikan siaran langsung perlepasan kapal angkasa yang dinaikinya. Aiman akhirnya berjaya mendarat di bulan dalam halusinasinya itu. Ketika berfantasi, Aiman Aqil terdengar suara halus yang mengajaknya supaya mendekatkan diri kepada Tuhan. Pada masa yang sama, suara halus itu meminta Aiman Aqil supaya tidak membinasakan alam sekitar di bumi. Akhirnya, Aiman sedar daripada khayalannya bahawa dia perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu bukan sekadar berangan-angan. Jauh di sudut hati Aiman, dia memanjatkan doa dan harapan ke hadrat Ilahi.", "url": "https://karangan.net/cerpen-hipertensi/"}, {"title": "PermulaanEksposisi", "content": "Aiman yang berada di banglo keluarganya merenung lereng bukit yang terhakis dan runtuhan tanahnya yang menimpa sebuah banglo melalui celah jari-jemari tangannya yang kurus runcing. Tiba-tiba sebiji mempelam yang jatuh di hadapannya telah mengingatkannya tentang Teori Graviti oleh Isaac Newton, sainstis berbangsa Inggeris serta peristiwa ketika Cikgu Faridah bersoal jawab tentang Teori Graviti semasa di kelas.", "url": "https://karangan.net/cerpen-hipertensi/"}, {"title": "Perkembangan", "content": "Aiman digambarkan sebagai seorang murid pintar yang digelari Cikgu Faridah sebagai profesor ekoran memiliki IQ yang tinggi. Dia bersikap angkuh, suka memberontak, dan marah-marah kepada suasana persekitarannya. Di rumah, dia suka menyakat dan mengganggu adik-adiknya ketika mereka membuat kerja rumah. Di sekolah pula, dia selalu memandang rendah dan menyindir rakan-rakannya yang gagal menjawab soalan Matematik. Akibatnya, dia dipanggil oleh Guru Besar kerana menimbulkan masalah di kelas. Akibat tindakan Aiman itu, bapanya sering merotannya. Ibunya tidak setuju dengan tindakan bapanya tetapi berdiam diri sahaja. Situasi bertambah buruk apabila dia mengambil tindakan untuk ponteng sekolah dan ponteng kelas sebagai tanda bantahan terhadap tindakan bapanya yang sering merotannya. Keadaan ini menyebabkan Aiman mula berhalusinasi dengan membayangkan dirinya menjalani latihan intensif di bawah program aeroangkasa di Rusia. Dia berhalusinasi berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa dan sampai ke bulan.", "url": "https://karangan.net/cerpen-hipertensi/"}, {"title": "Perumitan", "content": "Aiman teringat akan perbuatannya yang selalu ponteng sekolah kerana bosan dengan silibus sekolah rendah yang tidak setanding dengan daya pemikirannya pada waktu itu. Oleh hal yang demikian, Aiman gemar menyakat kawan-kawannya yang agak lambat menyiapkan latihan. Perbuatannya yang suka menyakat kawan-kawannya dan merayau di dalam kelas itu menyebabkan Aiman selalu ditegur oleh guru kelasnya. Beliau melaporkan perkara itu kepada ibu bapa Aiman. Akibatnya, Aiman dirotan oleh bapanya pada bahagian pinggul sehingga lebam.", "url": "https://karangan.net/cerpen-hipertensi/"}, {"title": "Klimaks", "content": "Daya imaginasi Aiman terhadap dunia penerokaan sains angkasa lepas itu masih begitu kuat setelah Aiman meningkat remaja. Keadaan tersebut menyebabkan bapanya sering menampar Aiman yang kuat berangan-angan sehingga menyebabkan dia menjadi gagap. Bagi mengatasi masalah Aiman yang gagap, ibu bapa Aiman telah membawa Aiman menjalani latihan intensif dan latihan terapi.", "url": "https://karangan.net/cerpen-hipertensi/"}, {"title": "Peleraian", "content": "Akhirnya Aiman sedar daripada imaginasi dan angan-angannya selama ini. Hal ini demikian kerana dia terdengar suara ghaib yang mengajaknya agar berpijak di bumi yang nyata, iaitu melihat dirinya dalam kehidupan yang realiti dan lebih mendekatkan diri kepada Ilahi. Aiman nekad untuk berubah. Dia tidak mahu melayan halusinasi dunia aeroangkasanya lagi. Aiman berdoa kepada Tuhan agar membantunya untuk hidup dalam dunia realiti.", "url": "https://karangan.net/cerpen-hipertensi/"}, {"title": "Aiman_Aqil", "content": "Mementing kesihatanContoh : Aiman Aqil mementingkan pengambilan makanan seimbang dan mengamalkan gaya hidup sihat. Seorang murid genius Contoh : Aiman Aqil pintar dalam menyelesaikan masalah Matematik pelajar Tingkatan Lima pada usia lapan tahun. Seorang yang sombongContoh: Aiman Aqil juga sering memperlekeh adik dan rakan-rakannya yang sukar menyelesaikan soalan Matematik. Seorang murid yang menghormati guruContoh : Aiman Aqil cepat-cepat membetulkan jawapan kepada soalan teori graviti dengan baiknya dan serius apabila melihat gurunya tidak suka akan gurauannya. Seorang pendendamContoh: Aiman Aqil menyimpan dendam terhadap kebengisan bapanya yang sering merotan dan menamparnya. Seorang yang bercita-cita tinggiContoh : Aiman Aqil menyimpan angan-angan untuk menjadi seorang angkasawan yang berjaya seperti Neil Armstrong.", "url": "https://karangan.net/cerpen-hipertensi/"}, {"title": "Bapa_Aiman", "content": "Seorang yang tegasContoh : Babah sering merotan Aiman Aqil kerana Aiman selalu berkontradiksi dengannya sehingga lebam di pinggul Aiman. Seorang yang penyayangContoh: Babah berusaha merawat masalah kegagapan anaknya, Aiman Aqil dengan membawanya menjalani latihan intensif dan terapi.", "url": "https://karangan.net/cerpen-hipertensi/"}, {"title": "Ibu_Aiman", "content": "Seorang ibu yang penyayangContoh : Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan suaminya yang sering merotan Aiman kerana Aiman selalu ponteng sekolah dan melawan kata-katanya. Seorang ibu yang bertanggungjawab.Contoh: Ibu menyediakan makanan seimbang untuk Aiman Aqil sehingga Aiman Aqil membesar dengan sihatnya Seorang yang penyabarContoh : Ibu sabar dengan sikap garang suaminya dalam mendidik anak-anak terutamanya Aiman Aqil yang bersikap kontras dengan suaminya.", "url": "https://karangan.net/cerpen-hipertensi/"}, {"title": "Cikgu_Faridah", "content": "Seorang yang berdedikasiContoh : Cikgu Faridah menerangkan ilmu Teori Graviti secara bersungguh-sungguh kepada Aiman dan kawan-kawannya. Seorang yang bijakContoh : Cikgu Faridah bijak melihat potensi yang ada pada Aiman Aqil dan menggelarnya sebagai profesor kerana kepintaran dan kecerdikan muridnya itu. Seorang yang sensitifContoh : Wajah Cikgu Faridah segera berubah apabila Aiman Aqil mempertikaikan Teori Graviti yang diajarnya dengan kuasa Tuhan", "url": "https://karangan.net/cerpen-hipertensi/"}, {"title": "Latar_Masa_Cerpen_Hipertensi", "content": "Waktu tengah hariContoh : Aiman Aqil sedang bersoal jawab dengan Cikgu Faridah tentang Teori Graviti dan kaitannya dengan alam sejagat. Waktu malamContoh : Aiman Aqil mengganggu adik-adiknya yang sedang membuat kerja rumah dengan menyindir mereka kerana tidak dapat menjawab soalan matematik. Zaman sekolah rendahContoh : Aiman Aqil mengganggu rakan-rakan sekelasnya yang sedang membuat latihan ketika sesi pembelajaran", "url": "https://karangan.net/cerpen-hipertensi/"}, {"title": "Latar_Tempat_Cerpen_Hipertensi", "content": "KelasContoh : Aiman Aqil sedang bersoal jawab dengan Cikgu Faridah tentang Teori Graviti dan kaitannya dengan alam sejagat. BulanContoh : Aiman Aqil berfantasi menjadi seorang angkasawan yang berjaya pergi ke bulan. Rumah keluarga AimanContoh : Aiman Aqil mengganggu adik-adiknya yang sedang membuat kerja rumah dengan menyindir mereka kerana tidak dapat menjawab soalan matematik.", "url": "https://karangan.net/cerpen-hipertensi/"}, {"title": "Latar_Masyarakat_Cerpen_Hipertensi", "content": "Masyarakat yang menghormati guruContoh : Aiman Aqil membetulkan jawapan kepada soalan teori graviti dengan baiknya dan serius apabila melihat gurunya tidak suka akan gurauannya. Masyarakat yang bertanggungjawabContoh: Ibu menyediakan makanan seimbang untuk Aiman Aqil sehingga Aiman Aqil membesar dengan sihatnya Masyarakat yang terlalu bijakContoh : Aiman Aqil mampu menyelesaikan masalah Matematik Tingkatan Lima walaupun berusia lapan tahun Masyarakat yang penyayangContoh : Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan bapanya yang sering merotannya tetapi terpaksa memprotes dalam hati sahaja Masyarakat yang terlalu meminati bidang sains angkasaContoh : Aiman Aqil sangat berminat dengan aeroangkasa. Dia membayangkan dirinya mendapat ijazah pertama dalam bidang aeroangkasa dan berangan-angan menjejakkan kaki ke bulan.", "url": "https://karangan.net/cerpen-hipertensi/"}]