File size: 38,079 Bytes
e572f38 |
1 |
[{"title": "Peristiwa_Novel_Sejambak_Bakti", "content": "", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Sinopsis_Novel_Sejambak_Bakti", "content": "", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Peristiwa_Bab_1", "content": "(KERJASAMA / TOLONG MENOLONG)Peristiwa tentang Swee Lan, Saridevi dan Harun selaku ahli lembaga pengarah koperasi sekolah telah bekerjasama mengurus jualan koperasi sekolah mereka dengan dibantu oleh Norlela pembantu kedai koperasi. (TANGGUNGJAWAB / AMANAH)Peristiwa mereka melayani pembeli-pembeli dengan sabar dan baik. Walaupun kadang kala didesak dan disindir, namun senyuman mereka sentiasa terukir di bibir. (KEJUJURAN / AMANAH)Peristiwa tentang seorang daripada murid cuba mencuri sebatang pen dan memasukkan pen tersebut ke dalam saku seluarnya tetapi berjaya dihalang oleh Harun.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Peristiwa_Bab_2", "content": "(TANGGUNGJAWAB / AMANAH/ BEKERJASAMA)Peristiwa satu Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah telah bersetuju untuk melaksanakan tiga usul/cadangan untuk menambahkan hasil koperasi seterusnya mamajukan koperasi sekolah dengan usul koperasi akan berusaha menternak ayam telur, koperasi akan menjual barang-barang makanan dan keperluan lain selain alat tulis dan koperasi akan menubuhkan sebuah bilik bacaan dan menambah bahan bacaan.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Peristiwa_Bab_3", "content": "(KEMAAFAN / BAIK HATI)Pertistiwa Munir berasa tidak berpuas hati, cemburu dan menyimpan dendam terhadap Razali kerana razali dipilih sebagai penolong setiausaha koperasi. (BAIK HATI / HORMAT MENGHORMATI)Peristiwa Munir berasa cemburu melihat perhubungan akrab antara Ramlah dan Razali ketika mereka menjalankan tugas di koperasi sekolah. (TANGGUNGJAWAB / TOLONG MENOLONG / AMANAH)Peristiwa Ramlah membantu razali menyiapkan minit mesyuarat koperasi manakala Swee Lan membantu Cikgu Robeah mengira jumlah wang hasil jualan kedai koperasi pada hari itu.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Peristiwa_Bab_4", "content": "(KERAJINAN / AMANAH)Peristiwa Cikgu Zulkifli bersama-sama Razali, Ramlah dan Swee Lan membeli barang-barang yang kurang di koperasi sekolah di kedai Aik Hong kepunyaan bapa Swee Lan. Bapa Swee Lan bersetuju membantu memajukan koperasi sekolah dengan memberikan harga serendah mungkin. (KERJASAMA / TOLONG MENOLONG)Peristiwa Encik Aziz pemilik kedai buku Indera Store juga bersetuju membantu koperasi sekolah dengan memberikan diskaun 20% atas buku dan majalah yang dibeli supaya koperasi lebih maju dan murid-murid boleh berlatih berniaga.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Peristiwa_Bab_5", "content": "(HORMAT MENGHORMATI/ KEJUJURAN)Peristiwa Munir, Selvam dan Leong mengajak Ramlah Swee Lan dan Saridevi menonton filem pada petang itu tetapi ditolak dengan baik oleh mereka dengan kerana mereka merancang untuk belajar di rumah Saridevi. (KESOPANAN)Peristiwa Munir cuba memberi sepucuk surat kepada Ramlah tetapi ditolak oleh Ramlah. (KEJUJURAN / HORMAT MENGHORATI)Peristiwa Razali cuba menasihati Munir dengan mengatakan tidak elok mereka bersurat-surat semasa masih belajar.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Peristiwa_Bab_6", "content": "(TANGGUNGJAWAB / AMANAH / KERJASAMA)Peristiwa Razali, Cikgu Zulkifli , Cikgu Hassan dan Swee Lan sibuk membersihkan bangsal ternakan ayam telur di hujung kawasan sekolah. (TANGGUNGJAWAB / AMANAH / KERJASAMA)Peristiwa Ramlah, Cikgu Robeah, Rozita, Harun, Selvam dan Leong sibuk membersihkan dan mengemaskan bahan bacaaan di dalam bilik bacaan. (AMANAH)Peristiwa Munir tidak menjalankan tugasnya di koperasi sebaliknya bermain bola di padang. (AMANAH / TANGGUNGJAWAB)Peristiwa Cikgu Zulkifli menasihati Munir supaya menjalankan tugasnya di koperasi sebagai ahli lembaga pengarah dan tidak mengganggu Ramlah.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Peristiwa_Bab_7", "content": "(TANGGUNGJAWAB / AMANAH / BAIK HATI)Peristiwa En Mansur, Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi , Bahagian fungsi Sekolah-sekolah melawat kedai koperasi, bilik bacaan koperasi dan bangsal ternakan ayam telur. Beliau memuji kemajuan koperasi sekolah dalam menyediakan kemudahan kepada murid dan usaha meningkatkan keuntungan koperasi sekolah. (HORMAT MENGHORMATI / KERAJINAN)Peristiwa Cikgu Syamsudin, memberitahu bahawa kemajuan koperasi sekolah adalah hasil usaha dan kerjasama guru-guru dan murid-murid. Akhirnya semua tetamu dan pelawat diraikan dalam majlis jamuan. (BAIK HATI / RASIONAL)Peristiwa lawatan Encik Mansur meninggalkan semangat dan dorongan kepada semua ahli lembaga pengarah untuk meneruskan kegiatan memajukan koperasi sekolah.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Peristiwa_Bab_8", "content": "(BAIK HATI / HEMAH TINGGI / AMANAH)Peristiwa Cikgu Saiful menegur dan menasihati Munir yang tidak menumpukan perhatian ketka pengajaran mata pelajaran Perdagangan. Munir sibuk mengganggu rakannya yang sedang belajar. Munir juga didenda keluar lewat dari kelas supaya dapat menyiapkan notanya. (BANTU MEMBANTU / BAIK HATI / KERAJINAN)Peristiwa Ramlah dan rakan-rakannya bercadang untuk belajar dan berbincang tentang pelajaran Penyata Wang Tunai di rumah Razali pada petang itu. Hal ini kerana Razali pandai dalam pelajaran itu. Razali bersetuju.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Peristiwa_Bab_9", "content": "(HEMAH TINGGI / BAIK HATI)Peristiwa ketika Ramlah dan rakan-rakanya sampai ke rumah Razali, mereka disambut dengan mesra oleh Razali dan ibunya Mak cik Sopiah. Mak cik Sopiah menjemput mereka masuk ke dalam rumah dengan ramah dan mesra. (BAIK HATI / HORMAT MENGHORMATI)Peristiwa Mak Cik Sopiah menghidangkan air dan pisang goreng untuk kawan-kawan Razali yang sedang belajar di pondok di tepi sawah. (BAIK HATI / TOLONG MENOLONG / HEMAH TINGGI / KERAJINAN)Peristiwa Razali menerangkan kaedah membuat Penyata Wang Tunah yang diajarkan oleh Cikgu Syaiful sehingga kawan-kawannya benar-benar faham.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Peristiwa_Bab_10", "content": "(AMANAH /TANGGUNGJAWAB)Peristiwa Cikgu Zulkifli agak kecewa dengan masalah disiplin Munir kerana dia merupakan ahli lembaga pengarah koperasi. (RASIONAL / KEADILAN)Peristiwa Munir dipanggil oleh cikgu Muniam ke bilik kerjaya. Cikgu Muniam menasihati Munir supaya mengubah kelakuannya dan menumpukan perhatian kepada pelajaran, belajar bersungguh-sungguh, rajin membuat kerja rumah dan tidak mengganggu kawan-kawan kerana tidak lama lagi Munir akan mengambil peperiksan SPM. Munir membuat pengakuan akan mengubah perangainya.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Peristiwa_Bab_11", "content": "(KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL)Peristiwa Munir berdendam dengan Razali kerana menganggap Razali telah melaporkan tingkah laku buruknya kepada Cikgu Muniam. (BAIK HATI / RASIONAL)Peristiwa Munir, Leong dan Selvam juga marah dan cemburu dengan hubungan rapat Razali dengan Ramlah, Swee Lan dan Saridevi. (RASIONAL / KEINSAFAN / KEMAAFAN)Peristiwa Munir, Leong dan Selvam telah bertindak memukul Razali sehingga mlutnya berdarah. (BAIK HATI / TOLONG MENOLONG / HORMAT MENGHORMATI)Peristiwa Ramlah, Saridevi dan Rozita menolong Razali yang dipukul dan membantu mengambil beg dan bukubukunya yang berterabur serta basikalnya yang rebah. (RASIONAL)Peristiwa Razali melarang Ramlah daripada melaporkan peristiwa tersebut kepada Cikgu Zulkifli kerana takut mereka akan lebih berdendam dan takut jika perkara tersebut diketahui oleh bapa tirinya.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Peristiwa_Bab_12", "content": "(KASIH SAYANG / KEADILAN / RASIONAL)Peristiwa Mak Sopiah membela Razali Pak cik Zakaria menuduh Razali suka bergaduh. Beliau juga menuduh Razali sombong, angkuh dan selalu ingin menunjuk gagah. Menurut mak cik Sopiah, mereka belum tahu siapa yang salah dan siapa yang benar. Jadi tak adil terus menuduh Razali. Mak cik Sopiah akan mempertahankan Razali daripada cemuhan suaminya biarpun apa-apa yang akan berlaku. (KETAATAN / HEMAH TINGGI)Peristiwa selepas makan tengah hari Razali solat fardu Zuhur. (KERAJINAN)Peristiwa Razali membawa buku-buku ke pondok tengah sawah dan membuat kerja rumah di situ. Dia menumpukan penuh perhatian pada pelajaran kerana pelajaran itu dapat menjamin hidup pada masa depan. (AMANAH / BAIK HATI)Peristiwa Mak cik Sopiah merahsiakan kisah ayah kandung Razali walaupun sering ditanya oleh Razali kerana peristiwa itu merupakan sejarah pahit dalam hidupnya. Razali memeluk emaknya sambil menangis kerana simpati kepada emaknya.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Peristiwa_Bab_13", "content": "(TANGGUNGJAWAB / RASIONAL)Peristiwa Cikgu Zulkifli telah membawa Munir, Leong dan Selvam ke bilik tuan pengetua untuk melaporkan kes mereka memukul Razali. (RASIONAL / AMANAH)Peristiwa mereka telah didapati besalah dan dikenakan hukuman rotan dua kali oleh tuan pengetua di bilik pengetua. Jawatan mereka sebagai ahli lembaga pengarah koperasi sekolah juga dilucutkan.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Peristiwa_Bab_14", "content": "(KERAJINAN / TANGGUNGJAWAB)Peristiwa Razali telah terpilih untuk mengikuti kursus koperasi bersama-sama wakil koperasi-koperasi sekolah seluruh Malaysia bertempat di bangunan Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya Selangor. (HEMAH TINGGI / BAIK HATI)Peristiwa Ibu Razali iaitu Mak Cik Sopiah dan kawan-kawannya telah menghantar Razali untuk menaiki bas bag menghadiri kursus di Petaling Jaya. (KASIH SAYANG / KETAATAN / KERAJINAN)Peristiwa Cikgu Zulkifli dan ibunya menasihati Razali supaya pandai-pandai membawa diri ketika di tempat orang dan bersungguh-sungguh menuntut ilmu.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Peristiwa_Bab_15", "content": "(KERAJINAN)Peristiwa Razali telah mengikuti ceramah dan memperoleh banyak pengetahuan tentang pembangunan koperasi. (KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL / RASIONAL)Peristiwa Razali dan peserta kursus juga dibawa melawat ke Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia dan dibawa melawat ke bandaraya Kuala Lumpur seperti bangunan Dayabumi, Bangunan Tabung Haji, Bangunan UMNO, Muzium Negara dan Tasik Perdana. (HORMAT MENGHORMATI / BAIK HATI)Peristiwa Razali dan seluruh peserta amat terhutang budi kepada Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia kerana memilih mereka untuk mengikuti kursus tersebut.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Peristiwa_Bab_16", "content": "(RASIONAL / TANGGUNGJAWAB)Peristiwa dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi, Razali memberi laporan tentang kurusus koperasi yang dihadirinya iaitu peranan koperasi dalam membangunkan ekonomi ahlinya dan ekonomi sesebuah negara. (AMANAH / KERAJINAN)Peristiwa semua ahli lembaga pengarah koperasi juga sebulat suara dan bersepakat bersetuju untuk memauki pertandingan koperasi sekolah anjurn Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA).", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Peristiwa_Bab_17", "content": "(KERAJINAN / HEMAH TINGGI)Peristiwa semua ahli lembaga pengarah koperasi sekolah sibuk membuat persediaan untuk pertandingan koperasi sekolah dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat. Mereka bekerja dengan ikhlas tanpa diarah dan dipaksa. (KERAJINAN / RASIONAL)Peristiwa mereka juga bergilir-gilir mengurus projek bangsal ternakan ayam telur, bilik bacaan dan menyusun dan mengemas barang serta menghias kedai koperasi.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Peristiwa_Bab_18", "content": "(AMANAH / KEADILAN / RASIONAL)Peristiwa Koperasi Sekolah telah diceroboh oleh satu lembaga hitam. barang-barang jualan berselerakan di lantai dan wang koperasi sebanyak RM200.00 telah hilang. (TANGGUNGJAWAB / KETAATAN)Peristiwa Razali dan rakan-rakannya berasa sedih kerana dua minggu lagi koperasi mereka akan diadili dalam pertandingan koperasi. Kejadian itu telah dilaporkan kepada pihak polis.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Peristiwa_Bab_19", "content": "(TANGGUNGJAWAB / RASIONAL / KETAATAN)Peristiwa Razali telah dibawa ke balai polis untuk disoal siasat ditemani cikgu Zulkifli. Peristiwa itu menjadi misteri dan tanda tanya bagaimana pencuri itu boleh masuk ke kedai koperasi sedangkan kunci ada pada Razali dan Cikgu Syamsudin. (BAIK HATI / HEMAH TINGGI)Peristiwa Ramlah dan rakan-rakannya bersimpati dan memujuk Razali supaya bersabar jika dia di pihak yang benar. Mereka semua yakin dan percaya Razali tidak bersalah.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Peristiwa_Bab_20", "content": "(RASIONAL / AMANAH / KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL)Peristiwa Pak Zakaria diberitahu oleh Munir bahawa Razali menceroboh kedai koperasi. Perasaan marah dan benci meluap-luap terhadap Razali. Pak Zakaria menghalau Razali keluar dari rumah. (RASIONAL / KASIH SAYANG)Peristiwa Mak cik Sopiah sangat sedih dan mempertahankan anaknya Razali. Beliau percaya Razali tidak melakukan perbuatan buruk itu. Mak cik Sopiah memberitahu pak Zakaria bahawa beliau akan turut pergi dari rumah itu dan mengikut Razali walau ke mana dia pergi.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Peristiwa_Bab_21", "content": "(BAIK HATI / KETAATAN / KEINSAFAN)Peristiwa Razali termenung dan bersedih atas tindakah ayahnya yang menuduhnya tanpa bukti dan tergamak menghalaunya dari rumah. (AMANAH / KASIH SAYANG)Peristiwa ketika mak cik Sopiah menemani Razali di pondok tepi sawah, Razali bertanya tentang ayah kandungnya. Mak Cik Sopiah sangat sedih dan tidak mahu Razali bertanya lagi tentang ayah kandungnya. Mak cik Sopiah sangat sayang kepada Razali dan tidak mahu berpisah dengan anaknya itu. Mak cik Sopiah tidak mahu Razali bertanya lagi kerana sejarah hidupnya dengan ayah Razali ialah sejarah hitam bagi beliau. (KASIH SAYANG / HEMAH TINGGI)Peristiwa Razali memeluk ibunya dan berjanji tidak akan bertanya dan menyakiti hati ibunya lagi.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Peristiwa_Bab_22", "content": "(RASIONAL / KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL / TANGGUNGJAWAB / KEADILAN)Peristiwa Kedai koperasi diceroboh lagi. Laci meja telah dikopak dan duit koperasi dicuri. Cikgu Zulkifli mengarahkan semua murid diperiksa secara mengejut. Akhirnya Munir berjaya ditangkap kerana menceroboh dan mencuri duit koperasi. (KEADILAN / AMANAH / RASIONAL)Peristiwa Cikgu Khalid telah menemui kunci yang sama dengan kunci koperasi dan wang RM 10 yang bertanda K. Cikgu Zulkifli bijak memerangkap pencuri dengan sengaja meninggalkan wang bertanda huruf \u2018K\u2019 sebagai umpan. (KEINSAFAN / KEMAAFAN)Peristiwa Munir mengakui perbuatannya menceroboh koperasi sekolah dan memfitnah Razali kerana cemburu hubungan rapat antara Razali dan Ramlah.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Peristiwa_Bab_23", "content": "(RASIONAL / AMANAH)Peristiwa Munir bin Ibrahim telah dikenakan hukuman rotan sebanyak tiga kali di hadapan perhimpunan, digantung sekolah selama seminggu. (KEINSAFAN / KEMAAFAN / RASIONAL / KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL)Peristiwa Munir telah insasf dan meminta maaf kepada Razali dan mereka berpelukan sambil menangis. Razali juga mengangguk-anggukkan kepala tanda memaafkan Munir.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Peristiwa_Bab_24", "content": "(KETAATAN)Peristiwa Razali menunaikan solat Asar dan berdoa memohon ampun dan ditunjukkan jalan yang benar. (KEMAAFAN / KEINSAFAN / RASIONAL / KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL)Peristiwa Munir telah datang menemui Razali, Mak Sopiah dan pak Zakaria untuk meminta maaf atas segala kesalahan yang dilakukannya terhadap Razali. (BAIK HATI / TOLONG MENOLONG / TANGGUNGJAWAB)Peristiwa Razali bersetuju membantu Munir untuk belajar bersama-sama di pondok tepi sawah setiap petang kerana SPM semakin dekat. Hal ini kerana Munir digantung persekolahannya dan dia tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran. Munir berasa dirinya menjadi orang Baharu dan mendapat sahabar baharu iaitu Razali. Munir akan memasuki dunia orang berbudi bahasa, bersopan, dan gigih menuntut ilmu.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Peristiwa_Bab_25", "content": "(RASIONAL / HEMAH TINGGI)Peristiwa Hakim Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah dari ANGKASA telah datang menghakimi koperasi sekolah. Para hakim sangat tertarik melihat usaha koperasi menyumbangkan ilmu pengetahuan kepada ahli-ahli dan murid sekolah mereka. (KERAJINAN / AMANAH / RASIONAL)Peristiwa Perhimpunan khas diadakan. Tuan Penarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Perlis turut hadir. Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan telah berjaya menjadi johan. Razali telah tampil menerima hadiah berupa piala. Kemenangan itu hasil kerjasama semua ahli lembaga pengarah koperasi. (KEMAAFAN / KEINSAFAN / RASIONAL)Peristiwa Mak cik Sopiah bertemu dengan bekas suaminya Pak Ramli.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Peristiwa_Bab_26", "content": "(RASIONAL / KASIH SAYANG / HEMAH TINGGI / HORMAT MENGHORMATI)Peristiwa Pertemuan antara Razali dan ayah kandungnya pak Karim dibuat di bilik tuan pengetua. Pak Karim juga ialah bapa kepada Ramlah. Oleh itu Ramlah ialah adik Razali. Razali akhirnya dapat bertemu dengan ayah yang selama ini dicari-carinya.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Sinopsis_Bab_1", "content": "Sekolah Menengah Seri Kayangan mempunyai empat buah bangunan yang bercat kuning. Sebuah bangunan satu tingkat terletak berhampiran dengan padang merupakan Kedai Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan. Pelbagai barang kelengkapan sekolah ada dijual. Kedai koperasi itu dikendalikan oleh sebuah Lembaga Pengarah dan ditubuhkan kira-kira lima tahun yang lalu. Semasa seorang pembantu kedai tersebut bersama-sama tiga orang Ahli Lembaga Pengarah begitu sibuk melayani pembeli-pembeli, terdapat seorang pelajar yang cuba mengambil sebatang pen dan memasukkan ke dalam saku seluarnya. Hal ini disedari oleh Harun lalu menegur perbuatan itu. Pelajar berasa malu lalu terus membayar harga pen sebelum keluar. Tidak lama kemudian Encik Zulkifli datang dan memaklumkan Mesyuarat Lembaga Pengarah akan diadakan. Ahli lembaga pengarah yang terdiri daripada Harun, Swee Lan, dan Saridevi dan pembantu kedai koperasi iaitu Norlela dijemput hadir. Pegawai daripada Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri juga turut hadir.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Sinopsis_Bab_2", "content": "Mesyuarat Lembaga Pengarah buat pertama kalinya diadakan di Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Seri Kayangan. Tuan pengetua, Cikgu Syamsudin selaku Pengerusi koperasi memaklumkan tujuan penubuhan koperasi yang tercatat dalam Undang-undang Kecil Koperasi. Pertama, menerapkan budaya berjimat. Kedua, koperasi menyediakan kemudahan menjual barang kepada murid sekolah. Ketiga, koperasi juga membuat dan mengadakan alat kelengkapan persekolahan serta menternak atau memelihara beberapa jenis binatang untuk kegunaan pelajaran ahli- ahli. Keempat, memberi sokongan kepada pengurusan sekolah bagi program yang memberi manfaat kepada murid. Proram bermanfaat yang dijalankan mesti mendapat persetujuan daripada Ketua Pendaftar. Pengetua menasihati guru dan pelajar supaya menjalankan koperasi mengikut dasar kerajaan iaitu bersih, cekap dan amanah. Tidak lama kemudian, Cikgu Zulkifli selaku setiasusaha mengemukakan usul, pertama melatih ahli-ahli koperasi memelihara dan menternak ayam telur untuk menambahkan hasil pendapatan koperasi. Kedua, selain menjual alat keperluan sekolah, dicadangkan juga menjual makanan dan barang-barang keperluan untuk kemudahan ahli-ahli koperasi, guru dan kakitangan sekolah. Ketiga, menubuhkan bilik bacaan. Usul tersebut tidak ada bangkangan. Lantaran itu, pengerusi menjemput Tuan Pegawai Koperasi untuk memberi pandangan. Tuan Pegawai Koperasi bersetuju dengan usul yang dikemukakan dan berharap tidak ada penyelewengan berlaku. Namun begitu, terdapat Ahli Lembaga Pengarah yang kurang berpuas hati.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Sinopsis_Bab_3", "content": "Munir tidak berpuas hati Razali terpilih sebagai Penolong Setiausaha dan berpakat dengan Silvam dan Leong supaya tidak bekerjasama dengan Razali. Mereka masuk ke dalam kedai koperasi lantas mengganggu Razali yang pada ketika itu sedang menyediakan minit mesyuarat. Munir bertambah sakit hati apabila dilihatnya Ramlah membantu Razali. Ketiga-tiga sahabat itu melontar kata-kata sindiran yang tidak disenangi oleh Razali dan Ramlah. Suasana agak tegang sebentar. Hal ini disedari oleh Cikgu Robeah yang pada ketika itu sedang menghitung jumlah wang hasil jualan koperasi. Cikgu Robeah menasihati Razali dan Ramlah supaya menegakkan kebenaran, jangan mempedulikan sindiran dan teruskan kerja-kerja yang baik. Razali dan Ramlah mengangguk tanda mengerti.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Sinopsis_Bab_4", "content": "Munir, Silvam dan Leong tidak menjalankan tanggungjawab mereka sebagai jurujual koperasi pada hari itu. Tempat mereka diganti oleh Ramlah, Harun dan Saridevi. Cikgu Zulkifli sangat kecewa dengan sikap pelajarnya dan akan menasihati mereka kelak. Razali kemudiannya menghulurkan sehelai kertas yang tertulis senarai barang yang perlu dibeli oleh Cikgu Zulkifli. Cikgu Zulkifli merungut kerana barang di kedai lama sangat mahal. Tiba-tiba Swee Lan menyampuk, ayahnya akan menawarkan barang-barang tersebut dengan harga yang murah. Cikgu Zulkifli kelihatan riang. Pada petang itu Cikgu Zulkifli bersama-sama dengan Razali dan Ramlah ke Kedai Aik Hong iaitu kedai kepunyaan ayah Swee Lan. Mereka dilayan baik oleh keluarga Swee Lan malah mereka dihidangkan dengan minuman. Encik Aik Hong mengotakan janjinya dengan menjual barang-barang yang diperlukan dengan harga yang murah. Dia juga memberi nasihat supaya bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk maju. Selepas itu Cikgu Zulkifli, Razali dan Ramlah menuju ke Kedai Buku Indera Store. Di Kedai Buku Indera Store juga mereka disambut baik oleh Encik Aziz, tuan punya kedai. Mereka membeli buku rujukan, buku bimbingan dan panduan termasuk juga buku teks sastera tingkatan satu hingga lima. Novel dan majalah-majalah pengetahuan juga dibeli oleh mereka untuk dipasarkan di kedai koperasi. Mereka mendapat potongan sebanyak dua puluh peratus. Encik Aziz menasihati mereka supaya belajar berniaga betul-betul kerana anak-anak bumiputera sangat kurang dalam dunia perniagaan.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Sinopsis_Bab_5", "content": "Munir, Silvam dan Leong cuba mengajak Ramlah, Swee Lan dan Saridewi menonton filem. Pelawaan mereka ditolak dengan baik oleh Ramlah kerana mereka merancang untuk belajar di rumah Saridevi. Munir terus menuduh Ramlah hendak ke rumah Razali malah menghina Razali dengan kata-kata yang tidak sepatutnya. Keesokan harinya Munir, Silvam dan Leong masuk ke kedai koperasi mengganggu Razali dan Ramlah yang sedang mengatur dan menyusun barang-barang di dalam kedai. Kekecohan berlaku apabila Munir cuba memberi sepucuk surat kepada Ramlah dan ditolak oleh Ramlah. Razali cuba menasihati Munir tetapi penghinaan yang diterimanya. Cikgu Zulkifli tiba sejurus selepas peristiwa itu dan dapat mengesan kekecohan yang berlaku. Beliau akan membuat tindakan. Cikgu Zukifli kemudian memaklumkan Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi akan melawat koperasi mereka. Beliau mengajak Ramlah dan Razali membersihkan reban-reban ayam dan mengemas bilik bacaan.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Sinopsis_Bab_6", "content": "Guru-guru dan pelajar sekolah bergotong royong mengemas bilik bacaan dan membersihkan reban-reban ayam, seperti biasa Munir menghilangkan diri. Ketiadaan Munir disedari oleh Cikgu Zulkifli. Cikgu Zulkifli mencari Munir di padang sekolah dan mendapati Munir sudah tidak bermain bola. Munir memberitahu gurunya itu dia dibuang padang. Cikgu Zulkifli menasihati Munir supaya bermain dengan baik dan jangan mengikut perasaan. Beliau juga menegur perlakuan Munir yang mengganggu Ramlah. Munir memberi alasan bahawa dia hanya olok-olok sahaja untuk memberi surat kepada Ramlah dan kandungan surat itu hanya memuji Ramlah kerana rajin menjalankan tugas di koperasi. Walau bagaimanapun, Cikgu Zulkifli menegaskan perlakuan itu tidak baik dan menasihati Munir supaya tidak mengulanginya lagi. Cikgu Zulkifli kemudiannya mengajak Munir bergotong royong bersama-sama dengan pelajar lain.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Sinopsis_Bab_7", "content": "Encik Mansur, Tuan Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi Bahagian Fungsi Sekolah-sekolah melawat koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan. Cikgu Syamsudin membawa Encik Mansur melawat koperasi, kawasan ternakan ayam dan bilik bacaan. Encik Mansur berpuas hati kerana buku-buku akaun dan penyata perbelanjaan disediakan dengan baik. Kejayaan menternak ayam sehingga berjaya memungut dua ratus biji telur ayam dan mendapat hasil sebanyak RM25.00 juga menarik perhatian Encik Mansur. Begitu juga dengan kejayaan koperasi menyediakan bilik bacaan disertai dengan pelbagai majalah dan akhbar dengan peruntukan kira-kira RM30.00 sebulan. Dalam ucapannya sebelum pulang Encik Mansur berharap agar Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan terus menjalankan usaha murni ini, demi kebaikan bersama-sama disamping pelajar tidak mengabaikan pelajaran.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Sinopsis_Bab_8", "content": "Cikgu Saiful mengajar mata pelajaran perdagangan dan menghabiskan pengajarannya tentang prinsip akaun. Beliau mengatakan pelajaran prinsip akaun amat berguna kepada Ahli Lembaga Pengarah Koperasi seperti Razali, Ramlah, Saridevi dan Munir. Seperti biasa Munir tidak memberi perhatian malah mengganggu rakannya yang lain. Perlakuan Munir disedari oleh Cikgu Saiful. Cikgu Saiful tidak membenarkan Munir pulang ke rumah sehingga dia menyalin catatan di papan hitam. Munir meradang dan duduk kembali meneruskan catatannya. Semua pelajar keluar dari kelas. Ramlah dan rakan-rakannya bercadang untuk berbincang tentang pelajaran Penyata Wang Tunai di rumah Razali. Razali bersetuju dengan cadangan Ramlah.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Sinopsis_Bab_9", "content": "Pada petang itu, Ramlah, Saridevi dan Rozita muncul di halaman rumah Razali. Mereka kemudian dibawa oleh Razali belajar di atas pondok kecil di atas permatang. Pondok itu beratapkan rumbia dan tidak berdinding, cuma terdapat pelenggar untuk tempat duduk. Mereka seronok belajar di situ sambil menjamah hidangan pisang goreng dan air oleh Mak Sopiah, ibu Razali.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Sinopsis_Bab_10", "content": "Munir disuruh berjumpa dengan Cikgu Muniam, guru kaunseling. Cikgu Muniam menerima laporan daripada guru-guru Munir mengganggu pelajar lain dalam kelas, ada juga yang mengadu Munir tidak membuat kerja sekolah. Pelajar-pelajar pula melaporkan tindakan Munir yang mengganggu pelajar perempuan. Cikgu Zulkifli juga mengadu yang Munir selalu tidak hadir bertugas di koperasi sekolah. Cikgu Muniam bersama-sama dengan Cikgu Zulkifli menasihati Munir. Munir mengaku dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Sinopsis_Bab_11", "content": "Kemewahan yang dikecap oleh petani di Kampung Serdang ialah ekoran daripada pembangunan yang berlaku. Ramai dalam kalangan mereka seolah-olah tenggelam dalam \u2018kejutan budaya\u2019. Mereka seolah-olah terkejut dengan kemewahan yang tiba-tiba mencurah ke daerah itu. Begitulah yang berlaku kepada Munir, Leong dan Silvam menunggang motosikal masing-masing dengan penuh keangkuhan. Desingan motosikal menyebabkan kerbau yang ditutun oleh petani terkejut. Kerbau- kerbau itu lari lintang-pukang masuk ke dalam hutan sambil teracak ekornya. Petani itu marah kepada mereka yang tidak bertimbang rasa itu. Pada suatu tempat yang dijanjikan mereka berhenti. Mereka merancang untuk melakukan sesuatu kepada Razali. Razali kemudiannya dibuli dan dipukul oleh kumpulan tersebut. Sejurus kemudian, Ramlah, Rozita dan Saridevi melalui jalan tersebut untuk ke rumah masing- masing terserempak dengan Razali yang kelihatan berdarah di bibirnya. Setelah mengetahui angkara Munir, Leong dan Silvam, mereka berasa marah dan bercadang untuk melaporkan peristiwa itu kepada Cikgu Zulkifli. Razali menghalang mereka daripada membuat laporan kerana hal itu akan membawa implikasi negatif.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Sinopsis_Bab_12", "content": "Ketika Razali sampai di rumah, Mak Sopiah ibu Razali melihat pakaian Razali yang kotor dan mulutnya yang berdarah. Mak Sopiah bertanya kepada Razali peristiwa yang berlaku. Razali memberitahu dia dipukul. Tiba-tiba Pak Zakaria, ayah tiri Razali bertanya kepada Mak Piah dan terus memarahi Razali dengan kata-kata yang kasar. Mak Piah cuba mempertahankan anaknya. Petang itu Razali membawa buku-buku pelajarannya ke pondok di tengah sawah. Di situ dia mendapat ketenangan, kerja-kerja itu dapat disiapkannya dengan baik. Ketika itu, Mak Sopiah telah siap memasak bengkang ubi kayu dan mengisikan kuih itu ke dalam piring. Kuih itu diletakkan di atas dulang bersama-sama dengan seteko kopi panas dan sebutir cawan. Dia mengangkat dulang, berjalan dengan hati-hati menuju ke tempat Razali belajar. Demikanlah kasih seorang ibu. Razali yang kehilangan kasih sayang seorang ayah kemudiannya bertanya kepada ibunya tentang ayahnya. Mak Piah tergamam dan meminta supaya Razali jangan bertanya tentang hal itu lagi.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Sinopsis_Bab_13", "content": "Cikgu Zulkifli membawa Razali, Munir, Leong dan Silvam ke bilik pengetua kerana mendapat aduan bahawa mereka bergaduh. Munir mengaku setelah didesak oleh Cikgu Syamsuddin. Alasannya kerana Razali mengadu kepada Cikgu Muniam bahawa dia berbuat jahat dalam kelas dan mengganggu pelajar perempuan. Cikgu Zulkifli menafikan, aduan itu sebenarnya daripada guru-guru dan pengawas. Silvam pula mengaku bahawa dia dan Leong disuruh oleh Munir. Munir, Silvam dan Leong kemudian dihukum rotan oleh pengetua sekolah.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Sinopsis_Bab_14", "content": "Razali telah dipilih mengikuti kursus koperasi bersama-sama dengan wakil koperasi \u2013 koperasi sekolah di seluruh Malaysia. Razali akan berangkat ke Selangor. Pada suatu petang, dia dihantar oleh Mak Sopiah, Cikgu Zulkifli, Harun, Ramlah dan Swee Lan ke perhentian bas Kangar. Mak Sopiah dan Cikgu Zulkfili berpesan kepada Razali supaya pandai membawa diri di tempat orang.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Sinopsis_Bab_15", "content": "Pagi 24 Julai, Razali bersama-sama dengan peserta-peserta kursus seluruh koperasi sekolah di Malaysia memasuki bilik kursus di Maktab Kerjasama, Petaling Jaya. Tujuan kursus ini diadakan untuk mendedahkan generasi muda yang bakal memimpin koperasi di negara tentang betapa pentingnya penubuhan koperasi dan cara-cara mengurus atau mengendalikannya. Kemudian, mereka dibawa melawat bandar raya Kuala Lumpur. Pihak Jabatan Pembangunan Koperasi juga membawa mereka melawat Koperasi Anggota-anggota Polis Malaysia, Koperasi Bekas-bekas Perajurit Tanah Air. Mereka kagum melihat koperasi-koperasi tersebut begitu berjaya sehingga dapat mendirikan bangunannya sendiri.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Sinopsis_Bab_16", "content": "Selama seminggu Razali meninggalkan rumah dan sekolahnya, kerinduan tersemai jua di hatinya. Pagi itu Razali disambut baik oleh rakan-rakannya. Dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi, Razali diminta berucap untuk menyampaikan maklumat yang diperoleh semasa mengikuti kursus di Kuala Lumpur. Hasil daripada mesyuarat, Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan bersetuju untuk menyertai pertandingan koperasi maju, berjaya dan baik pentadbirannya.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Sinopsis_Bab_17", "content": "Ahli Lembaga Pengarah Koperasi dan guru-guru bekerja dengan besungguh- sungguh untuk merealisasikan hasrat mereka untuk memasuki pertandingan koperasi kecuali Munir, Leong dan Silvam sedang bermain bola di padang. Hal ini ditegur oleh pengetua sekolah dan meminta mereka turut sama membantu. Munir masuk ke dalam koperasi, dia kemudiannya ternampak kunci. Dia mengambil dan meneliti kunci tersebut. Tidak lama kemudian, dia meletakkan kunci tersebut di tempat yang asal. Sewaktu pulang dari sekolah, Munir mengajak Leong dan Silvam berhenti pada sebuah tembok. Munir menyatakan ketidakpuasan hati terhadap Razali dan Ramlah yang semakin jauh dengannya. Munir bertekad untuk memusnahkan Razali. Silvam cuba menasihati Munir tetapi Munir tetap berkeras.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Sinopsis_Bab_18", "content": "Satu lembaga hitam telah menyelongkar koperasi sekolah. Barang-barang bersepah di sana sini dan berlonggok-longgok di atas lantai. Wang sebanyak RM52.00 telah hilang. Cikgu Zulkifli terkejut, tambahan pula pintu, tingkap, dinding, atap tidak ada yang pecah. Cikgu Zulkifli telah membuat laporan polis.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Sinopsis_Bab_19", "content": "Razali dan Cikgu Zulkifli disiasat. Munir dan Silvam menyindir dan menuduh Razali. Walau bagaimanapun, Cikgu Zulkilfli, Cikgu Robeah dan Cikgu Syamsudin tetap percayakan Razali. Cikgu Hassan bercadang untuk menyiasat dan memerangkap pencuri tersebut.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Sinopsis_Bab_20", "content": "Munir dan Leong mengadu kepada Pak Zakaria, Razali yang telah menceroboh kedai koperasi sekolah. Ayah tiri Razali sangat marah dan menghalaunya keluar dari rumah. Mak Sopiah mempertahan Razali dan mengugut jika Razali dihalau, dia akan turut mengikuti Razali.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Sinopsis_Bab_21", "content": "Razali berasa sedih kerana dihalau tanpa kesalahan yang nyata. Melalui pintu rumah, Mak Sopiah melihat Razali sedang termenung di pondok tengah sawah. Dia menuju ke pondok tersebut. Sekali lagi Razali bertanya tentang ayahnya. Mak Sopiah merayu agar Razali tidak bertanya lagi kerana itu adalah sejarah hitam dalam hidupnya.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Sinopsis_Bab_22", "content": "Kedai koperasi sekolah digeledah lagi. Cikgu Zulkifli meminta kebenaran pengetua membuat pemeriksaan mengejut. Misteri berakhir, Munir didapati bersalah. Munir melakukan perkara itu kerana cemburu tentang hubungan Razali dengan Ramlah. Munir dilucut daripada jawatan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi serta merta.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Sinopsis_Bab_23", "content": "Munir dihukum rotan sebanyak tiga kali di hadapan perhimpunan di sekolah. Ibu bapa Munir membenarkan pihak sekolah menghukum Munir. Munir benar-benar insaf dan meminta maaf dengan Razali.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Sinopsis_Bab_24", "content": "Munir ke rumah Razali menjelaskan perkara sebenar kepada Pak Zakaria dan Mak Sopiah. Dia meminta maaf. Munir juga menyatakan kebimbangan dia digantung sekolah selama seminggu. Razali bersedia untuk membantu Munir. Munir berasa dia telah masuk ke dunia baru.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Sinopsis_Bab_25", "content": "Tiga orang pengadil Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah dari ANGKASA datang mengadili Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan. Mereka masuk ke kedai koperasi, meninjau projek ternakan ayam telur dan berkunjung ke bilik bacaan. Tidak lama kemudian, satu perhimpunan diadakan. Turut hadir Tuan Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri, termasuk beberapa orang ibu bapa yang dijemput khas, terdiri daripada ahli-ahli keluarga Lembaga Pengarah Koperasi. Tuan Pengarah mengumumkan Sekolah Menengah Seri Kayangan mendapat tempat pertama atau johan. Guru-guru dan pelajar berasa gembira. Pada akhir majlis Cikgu Syamsudin dapat mengesan ada rahsia antara Pak Zakaria, Pak Ramli dan Mak Sopiah.", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Sinopsis_Bab_26", "content": "Akhirnya Razali dapat berjumpa dengan ayah sebenarnya iaitu Pak Ramli. Ramlah pula merupakan adik tirinya. Kejayaan koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan berjaya menemukan anak dengan ayahnya. Nota Novel Sejambak Bakti", "url": "https://karangan.net/peristiwa-dan-sinopsis-novel-sejambak-bakti/"}] |