File size: 29,737 Bytes
e572f38
1
[{"title": "Sinopsis_Novel_Sejambak_Bakti", "content": "Novel Sejambak Bakti mengisahkan usaha murid dan guru Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan untuk membangunkan koperasi sekolah mereka. Harun, Swee Lan dan Saridevi sedang bertugas di koperasi sekolah sebelum loceng untuk sesi pembelajaran berlangsung. Semasa sedang sibuk melayan pelanggan , seorang daripada murid yang berasak-asak di situ cuba mengambil sebatang pen tanpa membayarnya. Kehadiran Cikgu Zulkifli menamatkan perbualan mereka. Cikgu Zulkifli datang membawa surat panggil Mesyuarat Lembaga Pengarah untuk kali pertama pada tahun tersebut. Dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah kali pertama pada petang itu, sebanyak sebelas orang murid dan empat orang guru telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah. Cikgu Syamsudin, iaitu pengetua sekolah sebagai pengerusinya. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh pegawai daripada Jabatan Pembangunan Koperasi. Razali telah terpilih sebagai penolong setiausaha. Konflik bermula apabila Munir berasa cemburu dengan pelantikan Razali sebagai penolong setiausaha. Mulai saat itu Munir, Leong, dan Selvam sering tidak hadir bertugas. Munir sentiasa cuba untuk rapat dengan Ramlah. Namun begitu, cubaan untuk memberi surat dan mengajak Ramlah menonton wayang gagal. Hal ini demikian, kerana Ramlah sangat rapat dengan Razali. Sikap Munir yang sering menganggu pelajar perempuan dan tidak hadir bertugas telah dirujuk kepada guru kaunseling sekolah. Akibat daripada peristiwa tersebut, Munir telah menumbuk Razali sehingga berdarah. Perbuatan tersebut menyebabkan Munir dihukum rotan oleh pengetua. Razali juga terpilih untuk menghadiri kursus koperasi bersama-sama dengan wakil koperasi- koperasi sekolah seluruh Malaysia. Hal ini menambahkan lagi rasa cemburu Munir terhadap Razali. Dua minggu sebelum hakim pertandingan koperasi terbaik sekolah-sekolah datang mengadili pertandingan tersebut, seluruh warga Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan dikejutkan dengan berita koperasi sekolah mereka telah diceroboh. Barang-barang dalam koperasi telah dipunggah, barangan yang ada berselerakan dan wang koperasi sebanyak RM 200.00 turut dicuri. Pihak polis telah dipanggil untuk melakukan siasatan. Razali dan Cikgu Zulkifli telah dibawa ke balai polis untuk membantu siasatan. Hal ini demikian kerana tiada sebarang tanda-tanda bilik tersebut dipecahkan dan hanya Razali seorang sahaja yang memiliki kunci tersebut, manakala kunci di bilik pengetua tidak terusik. Kejadian tersebut menyebabkan ayah tiri Razali berasa malu sehingga sanggup menghalaunya keluar dari rumah. Penjenayah tersebut berjaya dikesan setelah pencerobohan dilakukan untuk kali yang kedua. Munir terperangkap kerana memiliki sekeping wang kertas RM10.00 yang bertanda \u2018K\u2019. Dia dihukum tiga kali sebatan di hadapan tapak perhimpunan dan digantung sekolah selama seminggu. Suasana menjadi bertambah pilu apabila Munir sendiri meminta maaf kepada Razali dan mereka berpelukan sambil diiringi air mata yang berderaian. Razali dan Munir, akhirnya menjadi sahabat baik. Masa terus berlalu, tiga orang hakim Pertandingan Koperasi Sekolah-Sekolah dari ANGKASA telah datang untuk menghakimi koperasi sekolah mereka. Berdasarkan penilaian ketiga-tiga hakim tersebut koperasi sekolah mereka telah diumumkan sebagai johan dalam pertandingan yang dianjurkan oleh pihak ANGKASA. Persoalan tentang ayah Razali yang sebenar turut terungkai semasa majlis penerimaan piala kemenangan tersebut. Peristiwa Novel Sejambak Bakti dan Sinopsis bab demi bab", "url": "https://karangan.net/novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Tema_Novel_Sejambak_Bakti", "content": "Novel Sejambak Bakti bertemakan perjuangan generasi muda untuk menubuhkan kedai koperasi di sekolah untuk mencapai matlamat demi kebaikan bersama. Tuan pengetua, Cikgu Syamsudin selaku Pengerusi koperasi memaklumkan tujuan penubuhan koperasi. Razali dan ahli-ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang lain seperti Ramlah dan Saridevi telah berusaha dengan gigih untuk memajukan dan membangunkan kedai koperasi sekolah Menengah Teknik Seri Kayangan. Mereka telah mendapat sokongan penuh daripada guru-guru koperasi iaitu cikgu Zukifli dan Puan Robeah. Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan bersetuju untuk menyertai pertandingan koperasi maju, berjaya dan baik pentadbirannya. Ahli Lembaga Pengarah Koperasi dan guru-guru bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk merealisasikan hasrat mereka. Akhirnya sekolah mereka telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah anjuran ANGKASA.", "url": "https://karangan.net/novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Persoalan_Novel_Sejambak_Bakti", "content": "Persoalan kasih sayang seorang ibuContoh: Kasih sayang seorang ibu kepada anak dapat dikesan melalui watak Mak Sopiah. Mak Sopiah sentiasa menjaga kebajikan Razali. Mak Sopiah sentiasa menghantar minuman petang ke tempat Razali belajar dan mempertahan Razali daripada kemarahan bapa tirinya. Perbuatan yang jahat akan mendapat balasan yang setimpal.Contoh: Perbuatan Munir yang menceroboh masuk ke dalam koperasi dan mencuri duit koperasi sebanyak RM200.00 telah berjaya dikesan. Mengikut mesyuarat guru disiplin sekolah, Munir akan menerima hukuman iaitu dirotan sebanyak tiga kali di hadapan murid-murid di tapak perhimpunan dan digantung sekolah selama seminggu. Persoalan hubungan persahabatan yang positifContoh: Ramlah, Rozita dan Saridevi pernah ke rumah Razali untuk belajar. Razali berserta sahabatnya yang lain juga turut bersama-sama bergotong royong bagi menjayakan koperasi sekolah. Sifat pemaaf yang merupakan sikap terpuji.Contoh: Razali mempunyai sikap pemaaf kerana sanggup memaafkan Munir walaupun Munir pernah memfitnahnya mencuri duit koperasi sekolah. Malah Razali telah bersetuju memabantu Munir dalam pelajarannya untuk menghadapi SPM. Persoalan semangat kerjasamaContoh: Semangat kerjasama antara pengetua, guru-guru, pelajar, Encik Aik Hong dan Encik Aziz untuk menjayakan koperasi sekolah. Persoalan ketabahanContoh: Ketabahan Razali menghadapi gangguan Munir, Leong dan Silvam. Contoh: Ketabahan Razali berdepan dengan bapa tirinya yang menghalaunya dari rumah tanpa kesalahan yang nyata.Contoh: Ketabahan pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Seri Kayangan untuk menjayakan koperasi sekolah. Persoalan kekeluargaanContoh: Hubungan kekeluargaan yang positif antara Mak Sopiah dan Razali. Usaha yang baik biasanya mendapat cabaran yang hebat.Contoh: Razali yang menjadi penolong setiausaha lembaga pengarah koperasi sekolah telah berusaha untuk memajukan koperasi sekolah. Namun Razali telah mendapat tentangan dan cabaran hebat daripada Munir, Leong dan Selvam yang berasa cemburu akan kejayaannya. Persoalan kepimpinanContoh: Pengetua sekolah sentiasa memberi sokongan kepada guru dan pelajar. dalam menjayakan koperasi sekolah. Persoalan gejala SosialContoh: Pergaduhan dalam kalangan pelajar sekolah sehingga membawa kepada kecederaan. Pengaruh rakan sebaya yang boleh merosakkan hidup remajaContoh: Silvam dan Leong mengikut sahaja kata-kata Munir supaya membelasah Razali menyebabkan mereka berdua dijatuhi hukuman rotan oleh pengetua. Amalan bermuafakat dan berkerjasama akan membuahkan kejayaan.Cikgu Syamsudin dan semua ahli lembaga pengarah telah bekerjasama memajukan koperasi sekolah dan projek ternakan ayam. Akhirnya sekolah mereka telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah. Sifat cemburu akhirnya memakan diri sendiriContoh: Munir sangat cemburu akan Razali yang dapat memenangi hati Ramlah dan sanggup memfitnah dan memburuk-burukkan nama Razali. Akhirnya, dia menerima hukuman sebatan di khalayak ramai. Setia kawan dalam menjalani kehidupan remajaContoh: Ramlah tetap menyokong dan memberi semangat ketika Razali menghadapi dugaan seperti dituduh menceroboh kedai koperasi.", "url": "https://karangan.net/novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Binaan_Plot_Novel_Sejambak_Bakti", "content": "Permulaan Pengarang memaparkan suasana pagi di Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan. Harun, Swee Lan, dan Saridevi sedang bertugas di koperasi. Kehadiran Cikgu Zulkifli membawa surat untuk mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah untuk kali pertama pada tahun tersebut. Perkembangan Mesyuarat Lembaga Pengarah untuk kali pertama diadakan pada petang di bilik mesyuarat. Sebelas orang murid dan empat orang guru telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah koperasi. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh pegawai daripada Jabatan Pembangunan Koperasi. Razali telah terpilih sebagai penolong setiausaha. Perumitan Konflik bermula apabila Munir berasa cemburu dengan pelantikan Razali sebagai penolong setiausaha. Mulai saat itu Munir, Leong dan Selvam sering tidak hadir bertugas dan sentiasa cuba untuk rapat dengan Ramlah. Sikap Munir yang sering mengganggu pelajar perempuan dan tidak hadir bertugas telah dilaporkan kepada guru kaunseling sekolah iaitu Cikgu Muniam. Munir berdendam dengan Razali. Munir telah menumbuk Razali sehingga berdarah. Perbuatan tersebut menyebabkan Munir dihukum rotan oleh pengetua. Klimaks Seluruh warga Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan dikejutkan dengan berita koperasi sekolah mereka telah diceroboh. Wang koperasi sebanyak RM 200.00 turut dicuri. Pihak polis telah dipanggil untuk melakukan siasatan. Razali telah dibawa ke balai polis untuk membantu siasatan. Hal ini demikian kerana tiada sebarang tanda-tanda bilik tersebut dipecahkan dan hanya Razali seorang sahaja yang memiliki kunci tersebut. Kejadian tersebut menyebabkan ayah tiri Razali berasa malu sehingga sanggup menghalaunya keluar dari rumah. Peleraian Penjenayah tersebut berjaya dikesan setelah pencerohan berlaku buat kali kedua. Munir terperangkap kerana memiliki wang kertas RM10.00 yang bertanda \u2018K\u2019. Dia dihukum tiga kali sebatan di hadapan tapak perhimpunan dan digantung sekolah selama seminggu. Koperasi sekolah turut diumumkan sebagai Johan dalam pertandingan yang dianjurkan oleh pihak ANGKASA. Persoalan tentang ayah Razali yang sebenar turut terungkai semasa majlis penerimaan piala kemenangan tersebut. Razali dan Munir, akhirnya menjadi sahabat baik.", "url": "https://karangan.net/novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Teknik_Plot_Novel_Sejambak_Bakti", "content": "Imbas kembaliContoh: Pak Razali menceritakan hubungannya dengan Mak Sopiah di hadapan Cikgu Syamsudin, Encik Ali, dan Pak Zakaria ketika berada di bilik Cikgu Syamsudin. Imbas mukaContoh: Tujuan kursus koperasi tersebut diadakan adalah untuk mendedahkan generasi muda yang bakal memimpin koperasi negara kita tentang kepentingan penubuhan koperasi. PemerianContoh: Penulis menyatakan keadaan ketika berlangsungnya Mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi buat kali pertama diadakan pada tahun tersebut. Monolog dalamanContoh: Razali mengeluh di dalam hati tentang nasibnya yang begitu malang. KejutanContoh: Warga sekolah dikejutkan dengan kejadian kes pencerobohan koperasi sekolah. SaspensContoh: Pembaca dan pelajar-pelajar tertanya-tanya tentang lembaga berwarna hitam yang kelihatan memanjat pintu pagar dan menuju ke arah kedai koperasi.", "url": "https://karangan.net/novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Watak_Perwatakan_Novel_Sejambak_Bakti", "content": "Watak Utama: Razali Seorang yang baik hatiContoh: Razali seorang yang baik hati kerana dia sedia membantu rakan-rakannya dalam pelajaran Seorang yang pemaafContoh: Razali memafkan kesalahan Munir meskipun Munir banyak melakukan kesalahan kepadanya. Seorang yang hormat kepada ibunyaContoh: Walaupun sangat ingin mengetahui keadaan ayah kandungnya, Razali tidak sanggup menyakiti hati ibunya semasa ibunya enggan memberitahukan ayahnya. Seorang yang suka menolongContoh: Dia telah membantu Munif yang ketinggalan dalam pelajarannya untuk menghadapi peperiksaan SPM. Seorang yang tabah menghadapi cabaranContoh: Razali seorang yang tabah menghadapi cabaran dalam hidup. Dia bukan sahaja diperli, dihina malah dipukul oleh Munir dan rakan-rakannya tetapi dia masih tabah mengharungi dugaan tersebut. Watak Sampingan: Munir Seorang yang pendendamMunir berdendam terhadap Razali yang telah menewaskannya dalam pemilihan jawatan Penolong Setiausaha Koperasi Sekolah. Seorang yang suka menimbulkan masalahSebagai seorang ahli lembaga koperasi sekolah, Munir sering menimbulkan masalah seperti cuai dan tidak menjalankan tugasnya. Seorang yang tidak bertanggungjawabContoh: Dia sanggup ponteng dalam tugas di kedai koperasi sekolah dan bermain bola di padang. Seorang yang insafContoh: Munir telah insaf akan kesalahan dirinya setelah dirotan di depan perhimpunan. Dia telah meminta maaf kepada Razali dan keluarga Razali. Watak Sampingan: Cikgu Zulkifli Seorang yang bertanggungjawabCikgu Zulkifli bertanggungjawab menasihati Munir yang mengabaikan tugasnya sebagai ahli lembaga koperasi. Seorang yang bijak bertindakCikgu Zulkifli bertindak bijak dengan menulis huruf \u201cK\u201d pada wang kertas koperasi sekolah bagi memerangkap penceroboh koperasi. Seorang guru yang mengambil berat terhadap pelajaran dan tingkah laku pelajarContoh: Dia sentiasa memberikan nasihat kepada Munir supaya bersikap positif terhadap pelajar dan tugas dalam koperasi sekolah. Watak Sampingan: Mak Sopiah Seorang yang penyayangMak Sopiah sangat menyayangi Razali. Beliau sentiasa mempertahankan Razali daripada cemuhan suaminya, Pak Zakaria, iaitu ayah tiri Razali. Seorang yang taat akan perintah agamaMak Sopiah sentiasa solat pada awal waktu. Dia akan terus solat apabila masuk sahaja waktu solat. Seorang yang mesraContoh: Dia melayani kawan-kawan Razali dengan ramah-tamah dan menghilangkan minuman dan pisang goreng untuk mereka. Watak Sampingan:Pak Zakaria Seorang yang bersikap prejudisContoh: Dia sering menganggap bahawa anak tirinya bersikap sombong dan angkuh. Semasa melihat keadaan Razali yang telah dipukul, dia terus mendakwa bahawa Razali suka bergaduh dengan orang lain. Watak Sampingan: Ramlah Seorang yang suka membantu orangContoh: Dia telah membantu Razali untuk membuat minit mesyuarat lembaga pengarah koperasi sekolah. Selain itu, Ramlah seorang pelajar yang tekun dalam pelajaran. Oleh itu, dia dan Swee Lan serta Saridevi meminta Razali supaya dapat berulang kaji tentang pelajaran yang tidak difahami. Seorang yang bersikap setia kawanContoh: Dia percaya sepenuhnya terhadap Razali bahawa Razali tidak terlibat dalam kes kecurian dalam kedai koperasi sekolah.", "url": "https://karangan.net/novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Gaya_Bahasa_Novel_Sejambak_Bakti", "content": "PersonifikasiContoh: Angin membelai-belai tubuhnya, akan tetapi jiwanya tidak sesegar angin yang membelai tubuhnya. SimileContoh: Kakinya seperti terpaku di tanah, Dia rasa dirinya seperti sehelai daun kering yang melayang-layang ke sana ke mari tanpa berharga. RepitisiContoh: Cita-cita dan harapan seseorang itu terpendam di lubuk hatinya. Dia akan berusaha dengan pelbagai cara untuk mencapai cita-citanya itu. PeribahasaContoh: \u201cDi mana ada gula, tentulah di situ ada semut!\u201d sindir Leong pula. Bahasa ArabContoh: Assalamualaikum, Waalaikumussalam. MetaforaContoh: Sedikit sahaja bara kebenciannya dihembus maka cepatlah marak api kebenciannya itu. InversiContoh: Setelah menemukan catatan tentang tujuan penubuhan koperasi itu, Cikgu Syamsudin meneruskan ucapannya. HiperbolaContoh: Matanya menjunam ke arah sawah\u2026 SinkopeContoh: \u201cYalah! Barang-barang tu hak orang ramai. Hak bagi ahli-ahli koperasi tau!\u201d sindir Silvam pula.", "url": "https://karangan.net/novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Latar_Novel_Sejambak_Bakti", "content": "", "url": "https://karangan.net/novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Nilai_Novel_Sejambak_Bakti", "content": "Nilai amanahContoh Peristiwa: Ahli-ahli lembaga pengarah Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan dapat menjalankan tugas masing-masing dengan penuh bertanggungjawab. Mereka sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk meningkatkan pendapatan kedai koperasi dan berusaha untuk memberikan sumbangan kepada pembangunan sekolah, seperti membina bilik bacaan. Nilai tolong-menolongContoh Peristiwa: Razali mempunyai nilai tolong-menolong. Ketika kawan-kawan menghadapi masalah dalam pelajaran, dia tidak keberatan untuk memberikan bantuan. Contohnya dia membantu Ramlah, Swee Lan, Saridevi dan Munir yang menghadapi masalah dalam pelajaran. Ramlah juga mengamalkan nilai tolong-menolong. Contohnya dia membantu Razali untuk melengkapkan minit mesyuarat. Nilai kerjasamaContoh Peristiwa: Ahli lembaga pengarah koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan sentiasa mengamalkan nilai kerjasama. Contohnya, mereka bekerjasama dan bergotong-royong untuk membersihkan reban ayam, bilik bacaan dan kedai koperasi mereka sebagai persediaan untuk menyertai Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah. Nilai kasih sayangContoh Peristiwa: Mak Sopiah mengamalkan nilai kasih sayang. Dia bersikap penyayang. Dia sayang akan anak tunggalnya dan mengambil berat akan pelajaran dan perasaanya. Dia sanggup keluar dari rumah ketika suaminya hendak menghalau Razali dari rumah. Dia juga enggan memberitahu Razali tentang bapa kandungnya kerana tidak sanggup berpisah dengan Razali . Selain itu, Razali juga berpegang teguh terhadap nilai kasih sayang. Dia sayang akan emak dan tidak mahu menyakiti hati ibunya. Walaupun sangat ingin mengetahui bapa kandungnya, tetapi dia tidak mahu memaksa ibunya untuk memberitahu keadaan bapa kandungnya. Nilai jujur dan ikhlasContoh Peristiwa: Razali mengamalkan nilai jujur dan ikhlas. Dia ikhlas menerima Munir sebagai kawan setelah Munir insaf akan kesalahannya walaupun Munir pernah membulinya malah membuat fitnah terhadapnya. Dia juga bersikap jujur dan ikhlas untuk membantu pelajar lain yang menghadapi masalah dalam pelajaran. Nilai TabahContoh Peristiwa: Sebagai anak tiri, Razali tabah menghadapi layanan Pak Zakaria yang agak teruk. Dia sentiasa sabar walaupun ditegur oleh Pak Zakaria sebagai pencuri, sombong dan suka berlagak. Dia sentiasa tabah walaupun rindu akan bapa kandungnya. Setelah balik dari balai polis, Razali tetap tabah untuk berhadapan dengan khabar angin yang mendakwa dia sebagai pencerobah kedai koperasi dan pencuri. Selain itu, Mak Sopiah juga mengamalkan nilai tabah. Dia tabah menghadapi pengalaman yang pahit, iatu dia diceraikan oleh bekas suaminya Ramli pada 16 tahun yang lalu. Nilai Baik HatiContoh Peristiwa: Razali tidak berdendam terhadap Munir walaupun Munir telah mengfitnahnya menceroboh kedai koperasi. Sebaliknya,Razali sanggup membantu Munir untuk meningkatkan prestasi dalam pelajaran sepanjang dia digantung persekolahan selama seminggu. Nilai tanggungjawabContoh Peristiwa: Sebagai pengetua, Cikgu Syamsudin mengamalkan nilai tanggungjawab. Beliau menjalankan tugasnya sebagai pengetua dengan penuh tanggungjawab. Beliau sentiasa menjaga disiplin sekolah itu dan menggalakkan pelajar menyertai pertandingan untuk mengharumkan nama sekolah. Selain itu, ahli-ahli lembaga pengarah juga menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab, seperti Razali, Cikgu Zulkifli, Ramlah, Swee Lan dan Saridevi. Nilai RasionalContoh Peristiwa: Pihak sekolah tidak menuduh mana-mana pihak yang menceroboh kedai koperasi sekolah,sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan seterusnya membuat pemeriksaan mengejut untuk mengetahui pelaku penceroboh yang sebenarnya.", "url": "https://karangan.net/novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Pengajaran_Novel_Sejambak_Bakti", "content": "Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran hidup.Razali tabah menghadapi cabaran dan dugaan hidup apabila dia sering dimarahi dan dihina oleh ayah tirinya.Dia juga sering difitnah dan diejek oleh Munir yang berdendam dengannya. Kita mestilah bijak bertindak untuk menyelesaikan sesuatu masalah.Cikgu Zulkifli bertindak dengan bijak untuk memerangkap penceroboh kedai koperasi dengan menandakan huruf \u2018K\u2019 pada wang kertas di koperasi sekolah. Kita perlulah bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada kita.Semua ahli lembaga pengarah koperasi sekolah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Contohnya, Ramlah, Harun dan Saridevi melayani pembeli di kedai koperasi dengan baik. Kita mestilah bekerjasama untuk memajukan sesebuah organisasi.Semua ahli lembaga koperasi sekolah bekerjasama untuk memajukan koperasi sekolah sehingga koperasi sekolah mereka telah mendapat johan dalam pertandingan koperasikoperasi sekolah seluruh Malaysia. Kita hendaklah menginsafi kesalahan yang telah dilakukan.Munir berasa insaf akan kesalahan yang dilakukannya terhadap Razali seperti menumbuk dan memfitnah Razali. Kita perlulah memaafkan kesalahan orang lain demi kebaikan bersama.Razali memafkan segala kesalahan yang dilakukan oleh Munir terhadapnya dan sanggup membantu Munir dalam pembelajaran.", "url": "https://karangan.net/novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Soalan_dan_Jawapan_Novel_Sejambak_Bakti", "content": "Huraikan perwatakan watak utama dala novel yang anda kaji. Novel yang saya kaji di tingkatan 1 ialah novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I. Watak utama novel ini ialah Razali. Razali merupakan anak kepada Mak Sopiah dan anak tiri kepada Pak Zakaria. Sebagai penolong setiausaha lembaga pengarah Koperasi sekolah, Razali sentiasa menjalankan tugasnya dengan amanah. Sebagai pelajar, Razali sangat rajin dan belajar bersungguh-sungguh. Dia sering mengulang di pondok yang terletak di tengah sawah. Dia juga bersikap suka membantu. Contohnya dia telah membantu Ramlah, Swee Lan, dan Saridevi dalam pelajaran. Selain itu, Razali juga sayang dan hormat kepada ibunya. Contohnya walaupun sangat ingin mengetahui keadaan ayah kandungnya, Razali tidak sanggup menyakiti hati ibunya semasa ibunya enggan memberitahukan ayahnya. Razali juga bersikap sedia memaafkan. Misalnya ketika Munir meminta maaf kepadanya, Razali segera bersalam dengannya dan memeluk badan Munir sebagai tanda memaafkan segala kesalahan Munir terhadapnya. Razali juga bersikap ikhlas. Dia sanggup menerima Munir sebagai sahabat walaupun Munir pernah memukulnya dan membuat fitnah terhadapnya, malahan sanggup membantu Munir dalam pelajaran setelah Munir insaf akan kesalahannya. Huraikan tema novel Sejambak Bakti dengan contoh yang sesuai. Novel yang telah saya kaji dalam ialah novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I. Novel ini bertemakan kegigihan murid dan guru koperasi sekolah untuk memajukan koperasi sekolah mereka. Contohnya, Razali dan ahli-ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang lain seperti Ramlah dan Saridevi telah berusaha dengan gigih untuk memajukan dan membangunkan kedai koperasi sekolah Menengah Teknik Seri Kayangan. Mereka telah mendapat sokongan penuh daripada guru-guru koperasi iaitu cikgu Zukifli dan Puan Robeah. Akhirnya sekolah mereka telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah anjuran ANGKASA. Jelaskan 5 persoalan penting yang terdapat dalam novel yang anda kaji. Novel yang telah saya kaji dalam ialah novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I. Terdapat banyak persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dalam novel ini. Antara persoalannya ialah persoalan usaha yang baik biasanya mendapat cabaran yang hebat. Contohnya, Razali yang menjadi penolong setiausaha lembaga pengarah koperasi sekolah telah berusaha untuk memajukan koperasi sekolah. Namun Razali telah mendapat tentangan dan cabaran hebat daripada Munir, Leong dan Selvam yang berasa cemburu akan kejayaannya. Selain itu, terdapat juga persoalan sifat pemaaf yang merupakan sikap terpuji. Contohnya, Razali mempunyai sikap pemaaf kerana sanggup memaafkan Munir walaupun Munir pernah memfitnahnya mencuri duit koperasi sekolah. Malah Razali telah bersetuju memabantu Munir dalam pelajarannya untuk menghadapi SPM. Seterusnya ialah persoalan kasih ibu yang tiada batasannya. Contohnya, Mak Sopiah ibu razali sanggup merahsiakan siapakah ayah kandung Razali kerana bimbang Razali akan meninggalkannya. Mak Sopiah juga sangat menyayangi Razali kerana sanggup mengikut Razali ke mana-mana sahaja sewaktu Razali dihalau oleh Pak Zakaria dari rumah mereka. Tambahan pula, terdapat persoalan amalan bermuafakat dan berkerjasama akan membuahkan kejayaan. Contohnya, Cikgu Syamsudin dan semua ahli lembaga pengarah telah bekerjasama memajukan koperasi sekolah dan projek ternakan ayam. Akhirnya sekolah mereka telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah. Akhir sekali ialah persoalan perbuatan yang jahat akan mendapat balasan yang setimpal. Contohnya, perbuatan Munir yang menceroboh masuk ke dalam koperasi dan mencuri duit koperasi sebanyak RM200.00 telah berjaya dikesan. Mengikut mesyuarat guru disiplin sekolah, Munir akan menerima hukuman iaitu dirotan sebanyak tiga kali di hadapan murid-murid di tapak perhimpunan dan digantung sekolah selama seminggu. Usaha membangunkan koperasi sekolah merupakan tema dalam novel ini. Berikan tiga contoh peristiwa yang menunjukkan usaha yang dilakukan untuk memajukan koperasi. Berdasarkan novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I yang saya kaji sewaktu di tingkatan 1, memaparkan beberapa peristiwa yang menunjukkan usaha untuk memajukan koperasi. Antara usaha untuk memajukan koperasi ialah memelihara atau mmenternak ayam telur. Peristiwa ini dapat dibuktikan melalui tindakan ahli lembaga pengarah yang membersihkan tempat ternakan ayam telur yang berjumlah 250 ekor dan menghasilkan 200 biji telur sehari serta mendatangkan pendapatan hitung panjang berjumlah RM 25.00 sehari. Selain itu, usaha memajukan koperasi ialah menjual barang-barang makanan dan keperluan. Contoh peristwa berdasarkan novel ini ialah ahli lembaga pengarah yang bertugas pada setiap hari akan memastikan tiada berlaku kecurian semasa jual beli. Akhir sekali, usaha yang dilakukan untuk memajukan koperasi ialah menubuhkan sebuah bilik bacaan. Contohnya , ahli lembaga pengarah bergilir-gilir mengawas bilik bacaan . Sebelum dijadikan bilik bacaan, ahli lembaga pengarah perlu mengemas dan membersihkan bilik bacaan, membersihkan habuk-habuk, menceriakan bilik bacaan dengan meletakkan pasu bunga supaya bilik tersebut teratur, kemas dan bersih. Persoalan bertanggungjawab menjalankan tugas begitu menonjol dalam novel ini. Kemukakan tiga peristiwa yang menunjukkan wujudnya persoalan ini dalam novel. Berdasarkan novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I yang saya kaji sewaktu di tingkatan 1, memaparkan beberapa persoalan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Antara persoalan bertanggungjawab menjalankan tugas dalam novel ini ialah persoalan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai penolong setiausaha koperasi. Buktinya, Razali menjalankan tugas dengan penuh dedikasi sebagai penolong setiausaha. Dia memastikan pintu koperasi dibuka pada setiap hari kerana dia sahaja yang memegang kedai kunci koperasi. Seterusnya, persoalan tentang tanggungjawab menjalankan tugas sebagai seorang ibu kepada anak. Buktinya, Mak Sopiah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibu apabila menghalang anaknya, Razali daripada dihalau oleh suaminya. Hal ini kerana, dia amat menyayangi Razali yang merupakan satu-satunya anaknya. Akhir sekali, persoalan tentang tanggungjawab guru kepada murid. Contohnya, Cikgu Zulkifli yakin bahawa Razali tidak bersalah dalam kes pencerobohan koperasi. Cikgu Zulkifli bekerjasama dengan beberapa orang guru untuk menangkap penceroboh itu. Dengan kebijaksanaan Cikgu Razali yang menulis huruf \u201cK\u201d pada duit RM 10.00 di dalam laci mejanya di koperasi, maka dia dapat menangkap penceroboh tersebut sekali gus membersihkan nama Razali.", "url": "https://karangan.net/novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Latar_Tempat_Novel_Sejambak_Bakti", "content": "Koperasi SekolahTempat ahli lembaga pengarah koperasi sekolah sibuk menjalankan tugas mereka. Bilik MesyuaratTempat ahli lembaga pengarah koperasi sekolah mengadakan mesyuarat kali pertama pada tahun itu. Bandar KangarTempat terletaknya kedai ayah Swee Lan. Bilik PengetuaTempat Munir, Leong, Silvam dirotan oleh pengetua kerana memukul Razali. Disinilah juga Razali dipertemukan dengan ayah kandungnya, Pak Ramli. Rumah RazaliTempat tinggal Razali, ibunya Mak Sopiah dan ayah tirinya, Pak Zakaria.", "url": "https://karangan.net/novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Latar_Masa_Novel_Sejambak_Bakti", "content": "Waktu PagiContoh Peristiwa: Murid-murid mengisi masa untuk memebeli keperluan persekolah di koperasi sekolah. Waktu PetangContoh Peristiwa: Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan diadakan. Waktu MalamContoh Peristiwa: Lembaga hitam kelihatan memanjat pintu pagar Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan lalu berlari menuju ke arah kedai koperasi.", "url": "https://karangan.net/novel-sejambak-bakti/"}, {"title": "Latar_Masyarakat_Novel_Sejambak_Bakti", "content": "Masyarakat yang cemburu akan kejayaan orang lain.Contoh: Munir, Leong dan Silvam cemburu akan Razali yang dilantik sebagai penolong setiausaha koperasi sekolah. Masyarakat yang pendendam.Contoh: Munir, Leong dan Silvam sanggup menyerang Razali semata-mata kerana mahu membalas dendam terhadapnya. Masyarakat yang penyabar.Contoh: Razali amat sabar menghadapi kerenah Munir, Leong dan Silvam yang tidak henti-henti cuba menjatuhkannya. Masyarakat yang gigih berusaha.Contoh: Razali dan Ahli Lembaga Koperasi sekolah mereka gigih berusaha meluaskan kegiatan koperasi dengan menternak ayam telur dan mewujudkan bilik bacaan. Masyarakat yang mementingkan ikatan persahabatan.Contoh: Ramlah dan Saridevi memujuk Razali yang difitnah oleh Munir kerana mempercayai fitnah yang dilakukan oleh Munir. Masyarakat yang mengenang budiContoh: Razali sangat terhutang budi kepada Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia yang memilihnya untuk berkursus.", "url": "https://karangan.net/novel-sejambak-bakti/"}]