File size: 46,802 Bytes
e572f38 |
1 |
[{"title": "Tema_Novel_Jendela_Menghadap_Jalan", "content": "Tema novelJendela Menghadap Jalan ialah kecekalan seorang gadis menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Sepanjang berada di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah menghubungi ibunya di Kuala Lumpur untuk mengadu nasib atau berkongsi masalah. Sebaliknya, dia berusaha sedaya upaya menempuh semua ujian tersebut dengan semangat yang kental. Peristiwa Lili ditahan, dikurung dan diikat oleh Rafiq di sebuah pondok buruk tidak mematahkan semangatnya. Sebaliknya, peristiwa tersebut menguatkan keinginannya untuk mengikuti perkembangan diri Rafiq dan Haziq, sekali gus cuba membantu mereka.", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}, {"title": "Persoalan_Novel_Jendela_Menghadap_Jalan", "content": "Persoalan tentang keganasan rumah tanggaChe Jah dan anak-anaknya sering dimarahi dan dipukul oleh suaminya, Seman yang panas baran, kaki judi dan pemabuk. Anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang baru belasan tahun turut berperangai seperti ayahnya apabila tersalah memilih kawan. Che Jah meminta cerai daripada suaminya kerana sudah tidak tahan dengan perangai suaminya. Persoalan tentang penggunaan ubat tradisionalLetchumi, William Ng, dan Puan Hamimah antara pesakit Haji Abdul Rahman, iaitu datuk Lili yang merupakan pengamal perubatan tradisional. Ada satu ketika datuk tidak pulang ke rumah hingga menyebabkan nenek berasa risau kerana datuk masuk ke hutan mencari akar-akar kayu tanpa pengetahuannya. Persoalan Keprihatinan masyarakat terhadap masalah yang dihadapi.Lili begitu prihatin dengan Che Jah yang mengalami keganasan rumah tangga. Walaupun Haziq dan Rafiq menculiknya tetapi Lili memaafkan tindakan mereka kerana beranggapan keluarga tersebut memerlukan bantuan pemulihan. Lili sering ke rumah Che Jah untuk memberikan motivasi dan akhirnya meminta bantuan Puan Hamimah seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan tentang sikap suaminya yang buruk selama ini. Persoalan tentang masalah sosial penduduk kampungPenduduk kampung didatangi oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk menjual tanah-tanah mereka. Penduduk kampung juga memberontak untuk lebih menyetujui penggantian kubah surau berbanding pembinaan masjid baru. Penduduk kampung juga berhadapan dengan masalah sosial apabila wujudnya keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh Che Jah akan sikap suaminya yang kurang bertanggungjawab diikuti kelakuan anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang tersalah memilih kawan dan terlibat dengan penagihan dadah. Persoalan kepercayaan karut dalam kalangan masyarakatHaji Salihin, iaitu antara perintis Kampung Sentosa berpegang pada kepercayaan bahawa kampung itu hanya boleh menerima pembangunan selepas 100 tahun pembukaannya. Selain itu, sesetengah penduduk kampong mengatakan bahawa mereka melihat hantu penduduk yang telah meninggal dunia marah kerana pembangunan telah dilakukan sebelum sampai masanya. Persoalan keagamaanDalam perjuangan membina kubah surau di kampung dalam menegakkan syiar Islam. Penduduk sanggup menolak peruntukan dari Yang Berhormat untuk membina sebuah balai raya tetapi bersetuju untuk membina kubah surau bagi tujuan keagamaan. Persoalan perpaduan antara kaumPerpaduan kaum menjadi baik seperti adanya hubungan kemesraan yang terjalin antara masyarakat Melayu, Cina dan India. Mereka hidup aman damai tanpa perbalahan, malah hubungan kaum ini begitu rapat antara keluarga Geetha dan Lili. Geetha pernah bermalam di rumah Lili kerana hubungan yang sangat mesra dan rapat. Persoalan menuntut ilmu pengetahuanGeetha merupakan seorang mahasiswa yang rajin menuntut ilmu, juga merupakan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya, begitu juga Lili yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Persoalan golongan muda yang terjebak masalah dadahHaziq dan Rafiq yang terjerumus ke dalam kancah ketagihan dadah akibat masalah keluarga yang dihadapi. Tertekan dengan masalah keluarga kerana ayahnya Seman begitu garang dan sering memukul anak-anaknya sehingga menyebabkan hidup mereka tertekan. Mereka mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam kancah ketagihan dadah. Persoalan hubungan kekeluargaan antara anak dan ibu bapaIbu Lili tidak berminat untuk menghabiskan masanya di kampung, tetapi menghantar Lili ke kampung sepanjang cuti persekolahan. Ibu Lili melanjutkan pelajaran keluar negara, terdedah dengan dunia Barat sehingga menganggap kampung terlalu jumud. Ibu Lili juga terlalu jarang pulang ke kampung untuk menjenguk kedua-dua ibu bapanya, menyebabkan hubungannya menjadi renggang. Persoalan hubungan manusia dengan alam sekitarHubungan antara manusia dengan alam sekitar seperti datuk sangat mengambil berat tentang herba-herba yang banyak memberi jasa kepadanya. Datuk mengenali semua herba yang boleh dijadikan ubat-ubatan. Persoalan suka fitnah memfitnah dalam masyarakatMasyarakat Melayu yang suka membuat fitnah antara satu sama lain, yang menyebabkan keretakan dalam masyarakat akhirnya membawa perpecahan. Cerita kubah dilarikan orang oleh beberapa wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya.", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}, {"title": "Plot_Novel_Jendela_Menghadap_Jalan", "content": "Peristiwa dalam novelJendela Menghadap Jalan disusun secara kronologi. Permulaan Pada peringkat permulaan atau eksposisi, pembaca diperkenalkan dengan watak Lili yang mengalami konflik dalaman apabila berpura-pura gembira kerana terpaksa mengorbankan cuti sekolah yang ingin dimanfaatkan bersama-sama teman-teman sekelasnya dengan pulang ke kampung ibunya di Dungun, Terengganu. Walaupun dia tidak gembira dengan percutiannya pada kali ini, namun dia ikutkan sahaja kehendak ibunya supaya ibunya tidak berasa kecil hati. Perkembangan Peringkat perkembangan bermula apabila Lili berkenalan dengan seorang gadis India bernama Geetha dalamperjalanan dari Kuala Lumpur ke Dungun. Geetha turun di Pekan Sentosa manakala Lili turun di Pekan Sejahtera. Setibanya di rumah nenek, Lili menemui neneknya yang sedang menyemai benih padi di petak semaian. Nenek memberitahu Lili bahawa datuknya ke surau. Lili tekun menunggu datuknya bercerita tentang kepentingan susunan rumah dan jendela menghadap jalan. Datuk Lili juga bercerita tentang cara-cara menyembuhkan penyakit secara tradisional. Datuk Lili juga ghairah bercerita tentang khasiat dan kehebatan ubat-ubatan tradisional yang mampu merawat penyakit. Perumitan Pada peringkat perumitan, datuk menyoroti kisah silam tentang kecuaiannya mendidik ibu Lili dengan sempurna dan sejarah pendidikan ibunya yang lulus cemerlang dalam pelajaran. Datuk mengeluh kerana ibu Lili yang jarang- jarang balik ke kampung. Datuk juga berhadapan dengan kekecohan yang berlaku di surau kerana kehadiran pemaju perumahan dari pekan dan peristiwa seolah-olah Danel mempertikaikan kemampuan ubat-ubatan tradisional sehingga menyebabkannya berasa kecil hati. Dalam suatu peristiwa, Rafiq dan Haziq telah menjadikan Lili sebagai orang tahanan dan mengugut untuk mencederakan Lili sebelum Lili diselamatkan oleh Danel. Klimaks Pada peringkat puncak/klimaks, Che Jah menceritakan kejadian malangnya secara panjang lebar kepada Kak Mimah dan Nadia, dua orang pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dia bersetuju jika suaminya dibawa ke muka pengadilan kerana melarikan kubah. Lili mencadangkan agar Haziq dan Rafiq dihantar ke pusat pemulihan akhlak dan cadangannya itu dipersetujui oleh Kak Mimah. Peleraian Pada peringkat peleraian, Rashid memaklumkan bahawa Sugi tidak terlibat dengan wakil pemaju perumahan yang memujuk orang kampung untuk menjual tanah mereka. Che Jah telah berjaya membuat laporan polis berhubung dengan kes keganasan rumah tangga. Datuk pula bersikap rasional dan tidak melatah dengan semua tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Danel mempertahankan bahawa abang kandungnya, Sugi tidak bersalah dalam pembelian tanah orang kampung. Lili dan Danel berasa amat gembira kerana suara mereka akhirnya didengar oleh orang dewasa di kampung itu. Mereka bersetuju untuk membina masjid. Lili berasa gembira apabila melihat ibunya sedang berbual mesra dengan datuk dan neneknya. Nenek Lili memberitahu sebab jendela dibina menghadap ke jalan. Lili menerima surat daripada Danel dan tidak sabar untuk kembali ke Kampung Sentosa.", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}, {"title": "Konflik_Novel_Jendela_Menghadap_Jalan", "content": "Konflik dengan diri sendiri Datuk berhasrat untuk tidak lagi mencari akar-akar kayu akibat sindiran nenek namun minatnya tetap dengan perubatan tradisional menyebabkan datuk keliru. Konflik dengan orang lain Datuk berasa terkesan apabila nenek selalu menyindir akan sikapnya yang lebih mengutamakan perubatan tradisional berbanding perubatan moden. Che Jah berasa sangat kecewa dengan sikap suaminya Seman yang melakukan keganasan dengan memukul anak-anaknya Haziq dan Rafiq sehingga cedera. Oleh sebab tidak tahan dengan tindakan suaminya yang sering mengecewakan itu Che Jah minta diceraikan. Lili berkonflik terhadap permintaan ibunya supaya dia tinggal di kampung setelah tamat persekolahannya. Namun, Lili tidak gembira dengan permintaan ibunya itu tetapi demi kegembiraan hati ibunya, permintaan ibunya itu dituruti. Cara menyelesaikan konflik yang dihadapi. Konflik dalaman yang dialami oleh Lili yang diminta oleh ibunya supaya menghabiskan cuti persekolahannya di kampung. Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili menurut sahaja cadangan ibunya supaya bercuti di kampung dan berpura-pura gembira walaupun hatinya berat untuk ke sana kerana dia bercadang menghabiskan cuti persekolahan bersama-sama rakannya di Kuala Lumpur.", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}, {"title": "Teknik_Plot_Novel_Jendela_Menghadap_Jalan", "content": "Pemerian Penulis menceritakan keadaan kampung tempat tinggal nenek dan datuk Lili. Penulis menceritakan sebak hati Lili untuk pulang ke kampung nenek dan datuknya kerana tidak bersetuju dengan cadangan ibunya supaya tinggal di kampung selepas tamat persekolahan. Penulis menceritakan sikap Seman iaitu suami Che Jah yang melakukan keganasan rumah tangga dan sering menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah keluarga yang mereka hadapi. Dialog Dialog antara Lili dan datuk tentang ilmu-ilmu agama sebagai menguji pengetahuan Lili terhadap ilmu-ilmu agama. Dialog antara datuk dengan Danel tentang perubatan moden dan tradisional. Danel berbincang dengan datuk secara berhemah menyebabkan datuk tidak tergores hati sedangkan datuk lebih memilih perubatan secara tradisional. Dialog penduduk kampung dengan Sugi tentang penjelasan Sugi bahawa dia tidak terlibat dengan rayuan penjualan tanah kepada orang luar. Dialog antara Lili dengan Kak Hamimah supaya membantu Che Jah menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialaminya sewaktu Kak Hamimah datang berubat dengan datuk. Monolog Datuk bermonolog tentang perubatan tradisional yang sekian lama dipeloporinya di kampung itu. Lili bermonolog dalam perjalanan pulang ke kampung nenek dan datuknya kerana kurang senang dengan permintaan ibunya supaya dia bercuti selepas tamat persekolahan. Imbas kembali Datuk mengimbas kembali terhadap kesilapannya mendidik ibu Lili. Datuk menyesal kerana tidak memberikan pendidikan agama yang secukupnya menyebabkan ibunya kurang mengamalkan ilmu keagamaan. Teknik imbas muka Lili berasa bimbang dan sangat bersimpati akan nasib kedua-dua anak Che Jah, Haziq dan Rafiq. Lili berasa takut dan membuat andaian jika orang kampung terlalu marah, dua beradik itu akan mati dipukul, atau dibunuh oleh ibu bapanya sendiri. Teknik kejutan Peristiwa pemuda Cina yang menyapa dan melemparkan senyuman kepada Lili di perhentian bas, Pekan Sentosa. Pembaca tidak menyangka rupa-rupanya pemuda itu ingin memulangkan buku Lili yang tercicir sewaktu dia turun tergesa-gesa dari bas. Saspens Pembaca saspens tentang orang yang melarikan kubah surau. Semuanya menyangka bahawa kubah surau dilarikan oleh Haziq dan Rafiq sebagaimana penduduk kampung yang mempunyai anggapan yang sama. Pembaca tertanya-tanya tentang nasib Lili setelah disembunyikan oleh Rafiq di dalam pondok. Pembaca tertanya-tanya tentang kehilangan datuk Lili pada suatu malam tanpa sebarang berita.", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}, {"title": "Watak_Perwatakan_Jendela_Menghadap_Jalan", "content": "Watak utama: LiliWatak sampingan: Geetha, Datuk/Haji Abdul Rahman, Danel, nenek/Hajah Aisyah Tan Abdullah, Che Jah, Rafiq, Rashid/Abang Rashid, Puan Hamimah, ibu Lili, dan sebagainya.", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}, {"title": "Latar_Novel_Jendela_Menghadap_Jalan", "content": "", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}, {"title": "Nilai_Novel_Jendela_Menghadap_Jalan", "content": "Nilai Jati DiriContoh: Geetha belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Awam. Nilai TanggungjawabContoh: Danel sanggup mengorbankan nyawanya untuk menyelamatkan Lili yang diculik dan disembunyikan oleh Haziq dan Rafiq demi menunaikan tanggungjawab terhadap rakan yang sedang diancam bahaya. Nilai PrihatinContoh: Lili prihatin terhadap keluarga Che Jah yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh Seman. Dia berusaha untuk membantu Che Jah, Haziq dan Rafiq walaupun ditentang oleh datuk dan neneknya pada permulaan. Nilai KerajinanContoh: Lili dan Geetha rajin membantu nenek memasak di dapur malah Lili juga sering bangun awal untuk membantu nenek menyelesaikan kerja rumah. Nilai ketabahanContoh: Datuk tabah meneruskan pekerjaan dan minatnya sebagai pengamal perubatan tradisional kerana masih ramai penduduk kampung\u00a0 yang percaya akan perubatan tradisional termasuk ibu Geetha. Walau bagaimanapun, dia agak tersinggung apabila Danel memberhentikan rawatan ayahnya William yang merupakan pesakit datuk untuk beralih kepada rawatan moden. Nilai BijaksanaContoh: Danel bijak menggunakan waktu malam sebagai masa yang sesuai untuk menyelamatkan Lili yang dikurung dan diikat oleh Rafiq dan Haziq. Nilai KerjasamaContoh: Danel, Lili dan Geetha mewakili golongan remaja yang berusaha memainkan peranan menyatupadukan orang kampung yang bertelagah tentang isu pembinaan masjid baharu, mereka bertindak sebagai orang tengah untuk meyakinkan orang kampung kepentingan membina masjid. Nilai KesabaranContoh: Datuk dan nenek Lili begitu sabar ketika menangani kerenah dan provokasi sekumpulan penunjuk perasaan yang datang membuat bantahan di hadapan rumahnya. Nilai KeadilanContoh: Seman yang sering memukul isterinya, Che Jah dan anak-anaknya berjaya ditangkap oleh penduduk kampung dan diserahkan kepada pihak polis untuk didakwa di mahkamah. Nilai Kasih sayangContoh: Ibu Lili mencadangkan Lili menghabiskan cuti persekolahannya di kampung neneknya di Dungun, Terengganu. Lili amatmenyayangi ibu dan bapanya dan tidak membantah cadangan ini. Nilai baik hatiContoh: Danel sering datang ke rumah nenek dan membantu nenek memasak. Apatah lagi Danel menganggap masakan nenek memang sedap. \u2013 Datuk menggunakan kepakarannya untuk membantu orang lain dengan memberikan herba dan akar-akar kayu. Usahanya itu Berjaya sebagai cara memberikan alternatif kepada menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden. Nilai KeberanianContoh: Che Jah membuat pengakuan bahawa suaminyalah yang melarikan kubah surau. Selama ini, penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq, namun telahan mereka tersasar. Nilai keyakinanContoh: Keyakinan Datuk terhadap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini merupakan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya iaitu Kak Mimah dan William Ng dan Mak cik Lechutmi. Nilai kegigihanContoh: Datuk gigih mempertahankan perubatan tradisional contohnya beliau sanggup masuk hutan waktu malam ke hutan untuk mencari akar kayu sebagai ramuan perubatan tradisionalnya.", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}, {"title": "Pengajaran_Novel_Jendela_Menghadap_Jalan", "content": "Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang dalam kehidupan.Contoh: Lili amat mengasihi ibu dan bapanya. Dia tidak membantah cadangan ibunya yang mahu menghantarnya bercuti ke kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu walaupun hatinya begitu berat untuk berbuat demikian. Kita hendaklah bersikap jujur dan berterus terangContoh: Che Jah bercerita secara jujur tentang sikap buruk suaminya kepada Kak Mimah dan Nadia yang berusaha untuk menyelesaikan isu kemelut rumah tangganya itu. Kita mestilah bersabar ketika menghadapi cabaran dalam kehidupanContoh: Nenek Lili begitu sabar menangani kerenah dan provokasi sekumpulan penduduk yang datang membuat bantahan di hadapan rumahnya kerana perasaan tidak puas hati mereka tentang pelbagai perkara. Kita mestilah gigih dan tekun ketika mempelajari satu- satu bidangContoh: Lili gigih mempelajari bahasa asing sehingga dia boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dengan fasihnya dan juga tahu berkomunikasi dalam beberapa bahasa asing yang lain, iaitu bahasa Thai, bahasa Jepun, dan bahasa Latin. Kita haruslah taat akan suruhan dan arahan ibu bapaContoh: Lili taat dan akur akan suruhan ibunya yang akan menghantarnya bercuti ke kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu. Kita perlulah prihatin terhadap keperluan orang lainContoh: Lili menawarkan khidmatnya untuk membantu Geetha setelah melihat keadaan Geetha yang kelam-kabut ketika mula-mula duduk bersebelahan tempat duduknya di dalam bas ekspres. Kita perlulah bijak menguasai keadaan cemasContoh: Danel tidak bertindak balas terhadap aksi agresif Rafiq yang menahan Lili dengan sebilah pisau tajam diacukan ke leher Lili demi keselamatan nyawa sahabatnya itu. Kita hendaklah menyelesaikan masalah secara bermusyawarah supaya segala masalah dapat diatasi tanpa menjejaskan hubungan akrab yang telah terbina selama ini.", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}, {"title": "Sinopsis_Novel_Jendela_Menghadap_Jalan", "content": "Pada mulanya Lili berasa berat hati untuk pulang bercuti ke kampung datuk dan nenek kerana mahu memanfaatkan cuti persekolahan terakhir alam persekolahan menengahnya bersama-sama dengan rakan-rakannya. Akan tetapi, demi menjaga hati ibu, Lili akur dan pulang bercuti ke kampung. Semasa dalam perjalanan pulang ke kampung, dia bertemu dengan Geetha dan Danel, dua orang rakan baharu yang menaiki bas yang sama, yang mempunyai destinasi tujuan yang sama. Tanpa disedarinya, kedua-dua teman baharu itu membawanya pergi jauh menelusuri kisah-kisah kehidupan penduduk kampung sepanjang berada di kampung datuk dan neneknya. Sikap datuk yang tidak menjawab pertanyaan Lili berkenaan corak dan binaan jendela serta pintu rumah penduduk di kampung tersebut menyebabkan Lili meneka sendiri-sendiri dan teruja untuk mencari jawapannya. Dia mendapati dirinya mulai tertarik dengan suasana kampung yang amat bertentangan dengan gaya kehidupan masyarakat di bandar. Pekerjaan datuk sebagai pengamal rawatan tradisional telah memanjangkan semula pertemuan antara Lili, Geetha dan Danel. Ini disebabkan ibu Geetha, iaitu Letchumi telah lama menggunakan khidmat datuk Lili untuk merawat penyakit dalam tubuhnya. Begitu juga dengan ayah Danel, iaitu William. Pertemuan semula ini telah membuka lebih banyak peluang buat Lili untuk bertahan lebih lama lagi di kampung datuk dan nenek. Melaui pertemuan semula dengan Danel Lili mengetahui Danel menulis artikel tentang pisang yang terkandung dalam buku Segalanya Tentang Pisang. Kehadiran Lili sejak hari pertama disambut dengan isu memasang kubah surau dan pembinaan masjid, isu itu menarik perhatian Lili dan dia mempunyai pandangannya yang tersendiri tetapi dia tidak berani meluahkannya ekoran sifatnya yang agak pendiam. Disamping itu juga, Lili mendengar dan melihat isu anak-anak Che Jah yang menjadi musuh masyarakat kerana perangai buruk mereka yang terlibat dengan pengambilan najis dadah serta gemar mencuri. Pertemuan semula Lili dengan Geetha serta Danel telah membakar semangat Lili untuk memikirkan setiap satu persoalan yang menjadi masalah besar buat penduduk Kampung Sentosa, namun ia hanya berlegar-legar dalam fikirannya. Setiap kali Lili menyuarakannya kepada nenek, neneknya selalu memintanya agar jangan masuk campur hal-hal orang dewasa. Namun, ia tidak menghalang Lili untuk melontarkan buah fikirannya dan lebih baiknya lagi apabila Geetha dan Danel mempunyai buah fikiran yang serupa. Semasa dalam perjalanan pulang dari pekan, Lili telah diculik oleh Rafik dan Haziq, iaitu dua orang anak lelaki Che Jah. Namun, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel. Lili tidak marah tetapi sebaliknya bersimpati dan memutuskan mahu membantu keluarga Che Jah, yang pada hematnya menjadi mangsa keadaan. Tindakan Lili pada mulanya ditentang oleh datuk dan nenek tetapi lama-kelamaan sikap terbuka Lili ini berjaya mengubah pendirian datuk yang selama ini bersikap tidak ambil peduli dengan keadaan sekeliling. Cuti kali ini amat bermakna kerana pandangannya diterima oleh datuk dan orang dewasa kampung itu, justeru dapat membantu keluarga Che Jah mendapat pengadilan dari segi undang-undang dan menyelesaikah isu pemasangan kubah di surau. Lili, Geetha dan Danel menghabiskan sisa cuti mereka di kampung dengan menikmati suasana matahari terbit. Cuti yang hampir berakhir membuatkan Lili berasa berat untuk pulang kerana dia berasa cutinya di kampung pada kali ini amat bermakna dan menggembirakan ekoran perubahan sikap datuk yang pada mulai bercerita dan meluahkan. Begitu juga dengan neneknya yang mulai bercerita tantang jendela menghadap jalan. Setelah berpisah, Daniel menghantar surat kepada Lili dan menceritakan tentang Geetha dan rencana-rencana tentang pisang yang ditulisnya. SinopsisJendela Menghadap Jalan Bab demi Bab", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}, {"title": "Gaya_Bahasa_Jendela_Menghadap_Jalan", "content": "PersonifikasiContoh: Sehinggalah jam lonceng di tepi katil menjerit dengan kuatnya., \u2026 tapi yang pasti aku dapat merasai, jauh di sudut hatiku terpancar nilai- nilai seni yang sengaja dirumitkan, dan tidak tumpah ke pipinya. SimileContoh: kencang, seperti nafas orang diserang asma, aku gerun melihat tangannya yang kecut macam lobak, kedatangannya dengan mesra, tapi bagaikan kaset rosak, dan kampung ini ibarat seekor ular yang sangat berbisa macam ular tedung. MetaforaContoh: perut bas ekspres, garis kebimbangan, dan basikal tua. PeribahasaContoh: minta diri, buah tangan, menjaga tepi kain orang, dan biar lambat asalkan selamat. InversiContoh: Tidak berapa lama kemudian dia pun terlena (Sepatutnya: Dia pun terlena tidak berapa lama kemudian.), Itulah masalahnya, aku tidak faham (Sepatutnya: Aku tidak faham, itulah masalahnya.)", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}, {"title": "Latihan_Jendela_Menghadap_Jalan", "content": "", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}, {"title": "Konflik_Masyarakat_Novel_Jendela_Menghadap_Jalan", "content": "Konflik remaja yang terlibat dalam keruntuhan akhlak dan najis dadahPeristiwa anak-anak Che Jah iaitu Rafiq dan Haziq terlibat dengan penagihan dadah dan sering mencuri barang-barang di rumah mereka termasuk barang kemas ibu mereka Che Jah untuk membeli dadah sehingga pernah dimasukkan ke penjara dan pusat tahanan juvana atas kesalahan juvana yang pernah dilakukan sebelum ini. Sikap suami yang melakukan keganasan dalam rumahtangga.Peristiwa Suami Che Jah, Seman yang bersifat panas baran, kaki judi dan pemabuk sering mendera dan menjadikan Che Jah mangsa sepak terajangnya sehingga Che Jah hidup menderita dan mengalami tekanan. Sikap seorang bapa yang kejam dan tidak bertanggungjawabPeristiwa Seman sebagai seorang ayah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan menyebabkan anak-anaknya, Haziq dan Rafiq menjadi nakal serta terlibat dalam penagihan dadah jenis syabu. Seman juga sering memarahi dan memukul anak-anaknya, malah sanggup menuduh anak-anaknya yang mencuri kubah masjid, pada hal dia sendiri yang mencuri kubah berkenaan. Konflik masyarakat yang tidak bersepakat dalam menyelesaikan isu-isu penting di kampung.Peristiwa penduduk Kampung Sentosa tidak sepakat dan bertelagah dalam isu pemasangan kubah iaitu sama ada meletakkan kubah pada bumbung surau yang telah using atau pada bumbung masjid yang belum dibina. Konflik masyarakat yang tidak amanahPeristiwa datuk Lili pernah membantu Seman dengan memintanya melakukan kerja di kebun tetapi hasil kebun tersebut tidak diserahkan kepada datuk Lili sebaliknya telah dijual oleh Seman. Konflik masyarakat yang melakukan jenayahPeristiwa suami Che Jah, Seman telah mencuri kubah baharu di kampung itu dan telah ditangkap serta dibawa ke balai polis oleh penduduk kampung. Konflik masyarakat yang membuat tuduhan tanpa usul periksaPeristiwa sekumpulan pemuda datang dengan marah-marah sambil mengarak sepanduk dan melaungkan \u201cHaji Abdul Rahman pengkhianat bangsa!\u201d di halaman rumah datuk Lili kerana menganggap datuk Lili melindungi penjenayah Hafiq dan Raziq. Konflik dalaman yang dialami oleh Lili yang diminta oleh ibunya supaya menghabiskan cuti persekolahannya di kampung. Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili menurut sahaja cadangan ibunya supaya bercuti di kampung dan berpura-pura gembira walaupun hatinya berat untuk ke sana kerana dia bercadang menghabiskan cuti persekolahan bersama-sama rakannya di Kuala Lumpur.", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}, {"title": "Watak_Utama_%E2%80%93_Lili", "content": "Seorang yang belas kasihLili bersimpati terhadap nasib malang Che Jha yang mempunyai dua orang anak lelaki yang terlibat dalam kes kecurian dan masalah penagihan dadah, di samping suaminya yang bersifat panas baran dan kaki pukul. Seorang yang rajin membacaLili rajin membaca buku panduan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan. Seorang yang taat akan ibu bapa Lili akur cakap orang ibu bapanya walaupun agak keberatan untuk pulang ke kampung datuknya. Seorang yang suka berkawan dan peramahDalam masa yang singkat sahaja Lili telah menjadi kawan rapat Geetha dan Danel. Seorang yang cepat bersimpati dengan orang lainWalaupun dikurung oleh Haziq dan Rafiq tetapi Lili cuba membantu mereka. Seorang yang PrihatinLili meminta bantuan Kak Hamimah supaya mengambil tindakan terhadap suami Che Jah yang melakukan jenayah keganasan rumah tangga. Seorang yang mudah mesraLili mesra dengan Danel dan sama-sama berbincang untuk pembinaan masjid baru di kampungnya itu. Seorang yang bertanggungjawabLili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah. Seorang yang mengenang budiLili mengucapkan terima kasih kepada yang telah memulangkan bukunya yang tercicir sewaktu dia turun dari bas. Dia juga mengucapkan terika kasih kepada Danel yang menyelamatkannya daripada menjadi orang tahanan Rafiq dan Haziq. Ketabahan menghadapi kerenah orang tua\u2013 Lili tabah menghadapi kerenah ibunya yang mahu Lili menghabiskan cuti persekolahannya di kampung datuk dan neneknya.\u2013 Lili tabah menghadapi kerenah datuk yang tidak mahu menceritakan sejarah jendela menghadap jalan. Ketabahan menghadapi cabaran ketika diculik\u2013 Lili tabah berhadapan dengan Rafik dan Haziq yang menculiknya.", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}, {"title": "Watak_Sampingan_Datuk_Haji_Abdul_Rahman", "content": "Seorang yang menghormati tetamuDatuk melayani tetamu yang datang ke rumahnya dengan sopan. Seorang yang penyabarDatuk sabar dengan tuduhan orang kampung yang mengaitkannya dengan pemaju yang ingin membeli tanah orang kampung. Seorang yang bertanggungjawabDatuk membantu sedaya upaya pesakit yang datang berubat dengannya menggunakan kaedah perubatan tradisional yang berasaskan akar-akar kayu dan daun-daun herba. Seorang yang bijakDatuk meminta sekumpulan penduduk kampung yang datang membuat kecoh di halaman rumahnya agar bersurai dan berkumpul semula di balai raya pada jam sepuluh pagi untuk satu mesyuarat khas. Seorang yang penyayangDatuk merasai kehilangan ibu Lili tidak lama menetap di Kampung Sentosa lantaran ibu Lili yang banyak menghabiskan masa mudanya belajar di luar negara dan bekerja di ibu kota.", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}, {"title": "Watak_Sampingan_Danel", "content": "Seorang yang pandai berhujahDanel berhujah dengan berhemah supaya datuk tidak berkecil hati. Seorang yang rajinDanel sering membantu nenek memasak Seorang yang beraniDanel berani membantu menyelamatkan Lili daripada diculik. Seorang yang baik hatiDanel sering membawa buah tangan setiap kali bertandang ke rumah datuk. Seorang yang bijakDanel boleh memasak berbagai-bagai resepi masakan yang berasaskan pisang. Seorang yangberterus-terangDanel berterus-terang kepada Datuk tentang hasrat ahli keluarganya yang ingin beralih kaedah rawatan untuk mengubati penyakit kencing manis bapanya, iaitu daripada kaedah rawatan tradisional kepada kaedah rawatan moden.", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}, {"title": "Watak_Sampingan_Geetha", "content": "Seorang yang peramahGeetha bertanyakan pelbagai soalan kepada Lili sewaktu mereka duduk bersebelahan dalam bas ekspres. Seorang yang rajinGeetha memotong sayur dan menyiang ikan yang diberikan oleh Pak Sahak di dapur nenek. Seorang yang jujurGeetha telah meluahkan hal-hal peribadinya kepada Lili walaupun baru berkenalan dalam tempoh yang singkat Seorang yang beraniGeetha berani mengajak Lili mendaki bukit untuk melihat matahari terbenam. Seorang yang bijaksanaGeetha bijak dalam menuntut ilmu dalam bidang kejuruteraan di Universiti Malaya.", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}, {"title": "Watak_Sampingan_Nenek_Hajah_Aisyan_Tan_Abdullah", "content": "Seorang yang mempercayai pantang larangNenek terbalikkan semua cermin untuk terbalikkan mata kilat. Seorang yang taat akan perintah AllahNenek segera bersolat apabila masuk waktu. Seorang yang penyabarNenek sabar dengan kerenah orang kampung yang menuduh datuk melindungi anak-anak Che Jah. Seorang yang pandai memasak dan masakannya sering dipuji oleh Danel.", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}, {"title": "Latar_Masa", "content": "", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}, {"title": "Latar_tempat_Jendela_Menghadap_Jalan", "content": "Di rumah keluarga Lili di Kuala LumpurIbu Lili mengejutkannya daripada tidur untuk mandi dan bersiap-siap kerana Lili akan pulang ke kampung. Di Kampung Sentosa, Dungun, TerengganuTempat tinggal datuk dan nenek Lili. Pekan SentosaBas ekspres dari Kuala Lumpur telah menurunkan Lili di pekan ini sebelum Lili dijemput oleh Rashid untuk ke rumah datuk dan neneknya. Di kedai runcit Letchumi Lili bertemu dengan Geetha buat kali kedua. Di kedai runcit Ah Kwan Lili dan Geetha membeli barang-barang yang dipesan oleh nenek Lili. Daerah Tenom di pedalaman negeri Sabah Petani-petani mengusahakan tanaman untuk kegunaan setempat dan eksport. Di restoran makanan segera di bandar Danel makan dua biji burger dan kentang goreng serta minum segelas besar minuman berkarbonat. Borneo Honeybee Centre Lebih daripada 300 orang usahawan mengusahakan pusat penternakan lebah madu besar-besaran.", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}, {"title": "Latar_Masyarakat_Jendela_Menghadap_Jalan", "content": "Latar masyarakat yang bermasalah istitusi kekeluargaanContoh Peristiwa: Suami Che Jah merupakan seorang yang suka berjudi, berhutang, menipu, minum arak dan anak-anak serta isterinya seraing menjadi mangsa kekejamannya. Haziq anak Che Jah merupakan pelajar yang pintar tetapi tersalah pergaulan dan menyebabkan dia diberhentikan sekolah. Latar masyarakat yang suka mengambil tahu hal keluarga orang lain.Contoh Peristiwa: Nenek memberitahu bahawa orang kampung suka bermuka-muka, suka mengumpat walaupun melalui jendela. Masyarakat yang prihatin terhadap isu keganasan rumah tangga.Contoh Peristiwa: Lili prihatin dengan masalah yang menimpa keluarga Che Jah atas sikap tidak bertanggungjawab Seman suami Che Jah. Lili meminta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memaklumkan sikap Seman. Masyarakat yang kuat berpegang pada didikan agama.Contoh Peristiwa: Haji Abdul Rahman yang sentiasa menjaga solat fardunya. Dia sering menunaikan solat fardu secara berjemaah sama ada di rumah atau di surau kampung. Masyarakat yang prihatinContoh Peristiwa: Danel prihatin terhadap Lili dengan menyelematkan Lili sewaktu diculik, membawanya ke pekan dan banyak perkara mereka bersependapat dengan Lili. Masyarakat yang buruk sangkaContoh Peristiwa: Penduduk kampung buruk sangka terhadap datuk kerana disangkanya datuk yang mencadangkan penjualan tanah orang kampung kepada pemaju perumahan. Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq yang mencuri kubah surau memandangkan kisah silam mereka yang memang nakal. Penduduk kampung juga menuduh Sugi merayu penduduk kampung menjual tanah sedangkan Sugi mencadangkan supaya tanah-tanah dimajukan dengan penanaman agripolitan. Masyarakat kampung yang masih percaya kepada perubatan tradisionalContoh Peristiwa: Datuk Lili, iaitu Haji Abdul Rahman merupakan seorang yang pakar dalam perubatan tradisional dengan menggunakan herba. Datuk Lili mengetahui jenis-jenis penawar yang diperlukan bagi setiap penyakit yang dideritai pesakitnya. Masyarakat yang insaf akan kesilapannyaContoh Peristiwa: Haziq dan Rafik akhirnya insaf akan kesilapan mereka terlibat dalam gejala sosial seperti mencuri harta orang kampung dan menagih dadah. Masyarakat yang berfikiran matang dalam tindakanContoh Peristiwa: Danel tidak bertindak balas terhadap aksi agresif Rafiq yang menahan Lili dengan sebilah pisau tajam diacukan ke leher Lili. Sebaliknya, dia bijak menangani detik-detik cemas dengan berfikir secara rasional.", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}, {"title": "Soalan_tema", "content": "Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan tema dan contoh peristiwa yang terdapat dalam novel tersebut. Novel yang saya pelajari ialah novel Jendela Menghadap Jalan hasil karya Ruhaini Matdarin. Tema novel Jendela Menghadap Jalan ialah ketabahan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai ujian dan rintangan sewaktu menghabiskan cuti persekolahan di kampung datuknya. Buktinya, semasa Lili berada di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah menghubungi ibunya di Kuala Lumpur untuk mengadu mengenai masalah yang dihadapinya. Lili berusaha sedaya upaya menempuh dugaan dengan semangat yang kental. Lili tabah menghadapi karenah datuknya Haji Abdul Rahman yang mempertahankan pengamalan perubatan tradisional yang dikatakan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit walaupun disanggah oleh golongan muda.", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}, {"title": "Soalan_peristiwa_suspens_dan_kejutan", "content": "Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang mengandungi unsur suspens dan kejutan di dalam novel ini. Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu Jendela Menghadap Jalan hasil karya Ruhaini Matdarin, terdapat beberapa peristiwa yang mengandungi unsur suspens dan kejutan di dalam novel ini. Peristiwa yang mengandungi unsur suspens ialah peristiwa kecurian kubah surau. Buktinya, pembaca tertanya-tanya siapakah yang mencuri kubah surau di kampung datuk Lili. Penduduk kampung menuduh Rafiq dan Haziq yang melakukan perbuatan tersebut. Peristiwa yang mengandungi unsur kejutan ialah misteri kehilangan kubah surau terbongkar. Pembaca tidak menyangka bahawa suami Che Jah iaitu Seman yang mencuri kubah surau apabila Che Jah sendiri yang membuat pengakuan kepada penduduk kampung.", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}, {"title": "Watak_utama", "content": "Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan watak utama dan tiga perwatakan. Novel yang saya pelajari ialah novel Jendela Menghadap Jalan hasil karya Ruhaini Matdarin. Watak utama dalam novel ini ialah Lili. Terdapat banyak perwatakan watak utama dalam novel ini. Perwatakan pertama watak utama ialah Lili seorang yang cekal. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa. Selain itu, perwatakan kedua watak utama ialah Lili seorang yang bertanggungjawab. Contohnya, Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah. Akhir sekali, Lili juga seorang yang berani. Contohnya, Lili berani mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat kejadian matahari terbenam.", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}, {"title": "Watak_sampingan", "content": "Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan watak sampingan dan tiga perwatakan. Novel yang saya pelajari ialah novel Jendela Menghadap Jalan hasil karya Ruhaini Matdarin. Watak sampingan dalam novel ini ialah Datuk (Haji Abdul Rahman). Terdapat banyak perwatakan watak sampingan dalam novel ini. Datuk merupakan seorang yang pakar tentang perubatan tradisional. Sebagai contohnya, datuk merawat Puan Letchumi dan Kak Mimah dengan menggunakan herba. Datuk juga seorang yang menghargai pemberian orang lain. Sebagai contohnya, datuk risau apabila bekas kemenyan pemberian Puan Letchumi dan tasbih hilang. Selain itu, datuk seorang yang kuat beribadat. Sebagai contohnya, datuk tidak pernah meninggalkan solat dan pandai dalam hal-hal keagamaan.Datuk selalu menguji Lili dalam hal berkaitan agama. Akhirnya, Datuk seorang yang sangat menghargai nilai sejarah. Sebagai contohnya, datuk menceritakan kehebatan rumah-rumah di Kampung Sentosa yang jendelanya menghadap jalan.", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}, {"title": "Soalan_latar_masyarakat", "content": "Huraikan latar masyarakat dalam novel yang anda pelajari. Novel yang saya kaji di tingkatan empat ialah Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Berdasarkan novel ini, pengarang telah menggunakan pelbagai latar masyarakat yang berjaya menarik minat pembaca. Latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut ialah masyarakat kampung. Masyarakat kampung di dalam novel ini ialah masyarakat yang tinggal di Kampung Sentosa. Antara watak yang menggambarkan latar masyarakat kampung ialah Haji Abdul Rahman, Datuk Lili, Abang Rashid, Seman, Che Jah dan ramai lagi. Selain itu, masyarakat yang saling membantu. Contohnya, Geetha dan Danel membantu Lili menyelesaikan masalah kubah surau di Kampung Sentosa .Datuk Lili juga membantu pesakitnya, Puan Letchumi dan Puan Hamimah mendapatkan rawatan menggunakan perubatan tradisional. Lili dan Kak Mimah membantu menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialami oleh keluarga Che Jah. Di samping itu, masyarakat yang ikhlas dalam membantu orang lain. Contohnya, Datuk Lili ikhlas membantu Che Jah dan anak-anaknya walaupun berdepan dengan pelbagai tohmahan daripada segelintir penduduk kampung. Watak Lili juga digambarkan sebagai masyarakat yang ikhlas membantu Che Jah menyelesaikan masalah keganasan rumah tangganya.", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}, {"title": "Soalan_peristiwa_yang_tidak_wajar_dicontohi", "content": "Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tiga peristiwa yang tidak wajar dicontohi. Novel yang saya kaji di tingkatan empat ialah Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Dalam novel ini, terdapat beberapaperistiwa yang tidak wajar dicontohi. Peristiwa suami Cik Jah iaitu Pak Seman sering memukul Cik Jah tidak wajar kita contohi. Dia juga sering berjudi sehingga melupakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Peristiwa yang berkaitan dengan sikap suami Cik Jah tidak wajar dicontohi oleh pembaca. Seterusnya, peristiwa Haziq dan Rafiq yang merupakan anak-anak Che Jah terlibat dengan masalah sosial akibat tersalah memilih kawan tidak wajar kita contohi. Hal ini menyebabkan mereka diberhentikan sekolah. Sikap negatif ini tidak wajar dicontohi pembaca. Selain itu, peristiwa Rafik dan Haziq yang menculik Lili tidak wajar kita contohi. Sikap buruk mereka ini melanggar undang-undang demi kepentingan diri.", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}, {"title": "Soalan_masalah_kehidupan_dan_cara_mengatasi", "content": "Terdapat pelbagai masalah kehidupan yang ditonjolkan dalam novel yang anda pelajari. Berdasarkan dua masalah kehidupan dalam sebuah novel yang anda kaji, berikan cara masalah tersebut dapat diselesaikan. Novel yang saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Banyak masalah kehidupan yang dikemukakan oleh pengarang dalam novel ini. Antara masalah kehidupan yang terdapat dalam novel ini ialah masalah keganasan rumah tangga. Contohnya, Seman, iaitu suami Che Jah merupakan suami dan ayah yang tidak bertanggungjawab. Seman suka berjudi, berhutang, memukul anak dan minum arak. Masalah ini berjaya diselesaikan apabila Che Jah membuat laporan polis dan Seman berjaya ditangkap oleh pihak polis. Seterusnya, masalah kehidupan yang terdapat dalam novel ini ialah masalah sosial yang menimpa remaja. Contohnya, Haziq dan Rafiq merupakan anak\u00adanak Che Jah yang terlibat dengan masalah sosial akibat tersalah memilih kawan. Hal ini menyebabkan mereka diberhentikan sekolah. Namun, masalah Haziq dan Rafiq ini berjaya diselesaikan apabila mereka berdua kembali ke sekolah untuk menduduki peperiksaan PMR.", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}, {"title": "Peristiwa_Jendela_menghadap_jalan", "content": "Dalam sesebuah novel, terdapat peristiwa-peristiwa yang menarik perhatian pembaca. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, pilih satu peristiwa yang menarik dan nyatakan sebabnya. Peristiwa mengubati pesakitDatuk Lili merawat Kak Mimah yang menghidap penyakit gout dengan menggunakan tumbuh- tumbuhan herba seperti mas cotek, pegaga, daun sirih, daun belimbing dan sebagainya.Sebab:Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana penggunaan herba dalam perubatan tradisional ini dapat membantu menyembuhkan pesakit yang tidak mahu pergi ke hospital kerana kos rawatan yang tinggi. Peristiwa menyelesaikan masalah kubah surauLili , Geetha, Danel mewakili golongan remaja yang bekerjasama untuk menyelesaikan masalah orang- orang kampung yang kurang bersetuju dengan pembinaan masjid baharu, sebaliknya hanya mahu kubah dipasang di surau yang sudah lama usianya.Sebab:Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana walaupun Geetha dan Danel berlainan bangsa dan agama, mereka sanggup membantu Lili yang beragama Islam untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan surau di Kampung Sentosa. Peristiwa mengenai semangat setiakawan yang tinggiLili telah diculik oleh Rafiq dan Haziq. Hal ini telah menggemparkan seluruh penduduk kampung. Dia telah dilarikan dan disembunyikan di sebuah tempat. Namun begitu, dek rasa tanggungjawab terhadap rakan masih utuh dalam diri Danel, dia telah berusaha untuk menjejaki Lili dan dia akhirnya telah berjaya menyelamatkan Lili daripada dua beradik itu.Sebab:Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana Danel telah menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi dan berusaha menyelamatkan Lili yang diculik oleh Rafiq dan Haziq. Peristiwa anak yang patuh akan ibunyaLili tidak mahu pulang ke kampung ibunya kerana masa cutinya telah diaturkan dengan pelbagai aktiviti bersama rakan-rakannya. Akan tetapi, ibunya berkeras mahu menghantarnya ke kampung dengan alasan yang pelbagai. Akhirnya, Lili akur kerana dia percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan dia perlu patuh akan kehendak ibunya.Sebab:Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana sebagai seorang anak yang patuh akan kata ibunya, Lili sanggup mengetepikan kehendak diri sendiri kerana dia percaya perancangan ibunya pasti mempunyai hikmah. Peristiwa memaafkan kesalahan orangLili memaafkan kesalahan Rafik dan Haziq yang telah menculiknya, walaupun tindakan mereka itu tidak baik.Sebab:Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana kesanggupan Lili memaafkan orang yang pernah menculiknya memberikan pengajaran kepada saya supaya kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain walaupun orang tersebut pernah melakukan perkara yang tidak baik kepada kita. Peristiwa menghargai pemberian orang lainNenek Lili berusaha mencari bekas kemenyan yang hilang. Bekas kemenyan ini diberikan oleh pesakit datuk iaitu Puan Lecthumi. Datuk dan nenek amat menghargai pemberian orang lain,oleh sebab itu nenek tetap erusaha mencarinya sehingga berjaya menemukannya.Sebab:Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya kerana kita mestilah menghargai apa-apa sahaja pemberian orang lain kepada kita supaya dapat memupuk hubungan yang baik sesama kita.", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}, {"title": "Kepincangan_masyarakat", "content": "Jelaskan satu bukti kepincangan masyarakat dalam dua buah novel yang telah anda pelajari. Kepincangan masyarakat yang terlibat dalam gejala sosialSebagai contohnya, Rafik dan Haziq suka mencuri harta benda orang kampung. Selain itu, mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Kepincangan masyarakat yang terlibat dalam masalah perjudianSebagai contohnya, Seman,suami Che Jah seorang kaki judi sehingga sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga. Kepincangan masyarakat yang bercanggah pendapatSebagai contohnya, penduduk kampung yang mengalami percanggahan pendapat mengenai perletakan kubah di surau ataupun membina masjid yang baru. Kepincangan masyarakat yang tidak bertanggungjawabSebagai contohnya, suami Cik Jah iaitu Pak Seman sering memukul Cik Jah. Dia juga sering berjudi sehingga melupakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Kepincangan masyarakat yang suka memandang serong terhadap kekurangan orang lainSebagai contohnya, Rafiq dan Haziq sering menjadi hinaan dan kutukan masyarakat kampung secara berterusan kerana suka mencuri, menagih dadah dan pecah rumah. Bagi Lili, mereka ialah manusia biasa yang memerlukan bantuan untuk berubah.", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}, {"title": "Peristiwa_yang_dapat_dijadikan_teladan", "content": "Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang dapat dijadikan teladan. Peristiwa membantu mengubati pesakitDatuk Lili menyembuhkan penyakit Puan Letchumi, ibu Geetha dengan menggunakan rawatan tradisional melalui penggunaan herba. Datuk Lili juga merawat Kak Mimah yang menghidap penyakit gout dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan herba seperti mas cotek, pegaga, daun sirih, daun belimbing dan sebagainya. Peristiwa ini dapat diteladani kerana datuk Lili bersedia membantu sesiapa sahaja yang menghidap penyakit dengan perubatan tradisional.", "url": "https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/"}] |