File size: 18,611 Bytes
e572f38
1
[{"title": "Tema_Cerpen_Kaduk_Ayam_dan_Raja", "content": "Tema cerpenKaduk, Ayam dan Raja ialah kesungguhan seorang anak muda menceburi bidangpertanian dan keusahawanan. Sebagai contoh, Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan projekpenternakan ayam. Namun, banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh Hakim yang berpunca daripada sikap orang tengah yang banyak menindas dan mengaut keuntungan.", "url": "https://karangan.net/kaduk-ayam-dan-raja/"}, {"title": "Persoalan_Cerpen_Kaduk_Ayam_dan_Raja", "content": "Tuntutan pemilikan hak yang telah diambil oleh orang lainContoh: Hakim berani menuntuthak tanah pusaka milik arwah datuknya dengan memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam. Persoalan memahami selok belok bidang keusahawanan Contoh: Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya. Persoalan ketaatan terhadap pemerintah Contoh: Kaduk mentaati perintah raja dengan menukarkan ayam Kunani dengan ayam raja atas perintah baginda semasa bersabung ayam. Persoalan penindasan golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lemah Contoh: Syarikat RAJA mengambil kesempatan dengan menentukan harga dedak dan ubat ayam ternakan sehingga menyebabkan Hakim menanggung beban hutang. Kegigihan seorang anak muda dalam bidang pertanianContoh: Hakim menjadikan tanah datuknya yang seluas empat ekar itu sebagai tanah pertanian. Cabaran yang perlu ditempuhi dalam dunia perniagaan.Contoh: Hakim berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan pinjaman bank, rasa tidak puas hati penduduk kampung, dan monopoli syarikat besar semasa mengusahakan bidang pertanian. Pembersihan nama dan maruah keluarga.Contoh: Hakim berusaha membersihkan nama datuknya yang menyerahkan ayamnya kepada raja tanpa kerelaan.", "url": "https://karangan.net/kaduk-ayam-dan-raja/"}, {"title": "Sinopsis_Cerpen_Kaduk_Ayam_dan_Raja", "content": "Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja dimulakan dengan penulis mengimbau kembali kisah Kaduk. Pada zaman dahulu, raja memiliki kuasa mutlak. Raja yang zalim akan merampas dan menipu rakyat. Sikap tamak sesetengah raja membuatkan kehidupan rakyat jelata semakin susah dan dihimpit kemiskinan. Hal inilah yang terjadi kepada Kaduk apabila tanahnya yang seluas empat ekar telah dirampas oleh raja. Hakim, iaitu cucu Kaduk merupakan seorang yang terpelajar dan berkelulusan sebuah universiti. Hakim berusaha untuk mendapatkan hak datuknya semula yang telah dirampas secara tidak sah oleh raja melalui bantuan sahabatnya, Azam, peguam berkelulusan jurusan undang-undang. Dalam proses perbicaraan di mahkamah, Azam bijak berhujah sehingga akhirnya Tuan Hakim memutuskan bahawa tanah Kaduk berkeluasan empat ekar yang telah dirampas oleh raja pada suatu ketika dahulu dikembalikan kepada warisnya, iaitu Hakim. Setelah Hakim berjaya menebus tanah pusaka milik datuknya itu semula, dia bercadang untuk menjalankan projek penternakan ayam secara pertanian kontrak di kawasan tanah tersebut daripada terbiar. Projek penternakan ayam secara pertanian kontrak itu telah dibuat dengan sebuah syarikat besar, iaitu Global Chicken. Cawangannya di Malaysia menggunakan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau nama singkatannya RAJA. Hakim menceburi bidang penternakan bertujuan untuk menyahut seruan kerajaan yang mahu rakyat di negara ini aktif dalam bidang pertanian. Menurutnya, banyak faedah akan disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat melalui Dasar Ekonomi Baru. Bagi memastikan projek penternakan ayamnya berjaya direalisasikan, Hakim membina reban ayam tertutup yang dilengkapi sistem penyaman udara dan peralatan memberikan makanan semiautomatik. Kos tersebut menelan belanja dua ratus ribu ringgit. Hakim sukar mendapatkan pinjaman bank. Hasil bantuan seorang Yang Berhormat, akhirnya bank meluluskan pinjamannya. Kontrak membekalkan ayam ditandatangani dengan syarikat RAJA. Selama setahun, Hakim berjaya menjual ayam-ayamnya sebanyak enam kali pusingan. Namun demikian, Hakim banyak menghadapi masalah. Masalah pertama ialah jalan masuk ke kawasan penternakan itu tidak diturap menyebabkan lori- lori tersangkut dalam selut lumpur ketika hujan. Penduduk kampung pula merungut dan membuat bantahan kerana jalan mereka rosak. Dia juga masih berhutang dengan pihak bank yang telah memberinya pinjaman modal. Seperkara lagi, Hakim banyak berhutang dengan syarikat RAJA yang membekalkan anak ayam, dedak, ubat- ubatan serta keperluan lain. Syarikat RAJA menentukan harga barangan tersebut dan membuat potongan hasil jualan ayam kepadanya menyebabkan sebahagian besar keuntungan hasil jualan ayam Hakim dikaut oleh oleh Syarikat RAJA. Baki keuntungan jualan itu tidak dapat menampung kos keseluruhan penternakannya untuk membayar gaji pembantu, bil air dan elektrik, dan kos penyelenggaraan yang lain. Akibatnya, hutang Hakim semakin meningkat, sebaliknya Syarikat RAJA terus mengaut keuntungan. Azam menasihati Hakim agar berurusan secara langsung dengan Jabatan Haiwan supaya penternak kecil seperti Hakim tidak menjadi mangsa orang tengah. Azam bersimpati dengan nasib yang menimpa Hakim. Hakim tiada pilihan selain meneruskan usaha menternak ayam kerana kegagalannya melunaskan hutang bank akan menyebabkan tanah pusakanya itu dirampas. Tindakan bank merampas tanah pusaka itu disamakan dengan tindakan raja merampas tanah datuknya dahulu. Hakim mula sedar bahawa dia senasib dengan datuknya. Satu perkara yang membezakan mereka hanyalah nama dan masa peristiwa itu berlaku. Pada zaman ini, raja ialah orang yang memegang kuasa ekonomi. Orang-orang bawahan terpaksa mengikut telunjuk mereka.", "url": "https://karangan.net/kaduk-ayam-dan-raja/"}, {"title": "Watak_Perwatakan_Cerpen", "content": "Watak UtamaKaduk, Ayam dan Raja: Hakim Seorang pemuda yang berpandangan jauhContoh:Hakim berpandangan jauh dengan menceburi bidang penternakan ayam bagi memastikan pengeluaran makanan negara berterusan dan tidak bergantung pada makanan import semata-mata. Seorang pemuda yang berani memperjuangkan hakContoh: Hakim berani dan berpendirian tegas untuk mendapatkan tanah pusaka datuknya yang dirampas oleh raja pada suatu ketika dahulu dengan memfailkan kesnya di mahkamah. Seorang yang bercita-cita tinggiContoh: Hakim berazam menjadi usahawan yang berjaya dengan cara menyahut seruan kerajaan melalui projek penternakan ayam secara moden yang telah diusahakannya. Seorang yang gigih menceburi bidang keusahawananContoh: Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya. Seorang pemuda yang tabah menghadapi masalahContoh: Hakim tabahmeneruskan projek ternakan ayam dan mengharungi cabaran akibat kegagalannya dalam bidang keusahawanan. Seorang yang rajin menuntut ilmuContoh: Hakim berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Watak Sampingan: Azam Seorang pemuda yang suka membantu orang lainContoh: Azam membantu Hakim dengan menjadi peguamnya dalam kes tuntutan tanah milik datuknya. Seorang yang rajin menuntut ilmuContoh: Walaupun Azam sudah memiliki ijazah dalam bidang undang-undang namun dia sanggup menghadiri kursus selama setahun di luar negara untuk menambah pengetahuannya. Seorang yang prihatinterhadap sahabatContoh: Azam sanggup mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh Hakim dalam usaha penternakan ayamnya kerana dia prihatin terhadap sahabatnya itu. Watak Sampingan: Pak Kaduk Seorang yang suka bersabung ayamContoh: Kaduk bersabung ayam dengan raja. Watak Sampingan: Raja Seorang yang suka bersabung ayamContoh: Raja bersabung ayam dengan Kaduk Seorang yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lainContoh: Raja telah menukarkan ayamnya dengan ayam kunani Kaduk untuk memenangi pertandingan itu. Seorang yang suka menganiaya haiwan Contoh: Raja bersabung ayam dengan Kaduk", "url": "https://karangan.net/kaduk-ayam-dan-raja/"}, {"title": "Binaan_Plot_Cerpen_Kaduk_Ayam_dan_Raja", "content": "Peristiwa-peristiwa dalam plot cerpen ini disusun secara kronologi. Permulaan Plot permulaan atau eksposisi cerpenKaduk, Ayam dan Raja dimulai dengan penulis mengimbas kembali kisah Kaduk. Pada zaman dahulu, raja memiliki kuasa mutlak. Raja yang zalim akan merampas dan menipu rakyat. Mereka yang menentang raja dianggap penderhaka dan dijatuhi hukuman berat. Sikap tamak sesetengah raja membuatkan kehidupan rakyat jelata semakin susah dan dihimpit kemiskinan. Hal inilah yang terjadi kepada Pak Kaduk apabila tanahnya dirampas oleh raja. Perkembangan Pada tahap perkembangan, penulis menjelaskan bahawa Hakim yang merupakan cucu Kaduk berusaha untuk mendapatkan hak datuknya yang telah dirampas semula secara tidak sah oleh raja melalui sistem perundangan di mahkamah. Hakim telah mendapatkan bantuan sahabatnya, Azam yang bekerja sebagai peguam. Di mahkamah, Azam bijak berhujah sehingga akhirnya tanah Kaduk yang telah dirampas oleh raja pada suatu masa dahulu dikembalikan kepada warisnya, iaitu Hakim. Perumitan Tahap perumitan cerita apabila Hakim banyak menghadapi masalah ketika mengurus projek penternakan ayam secara kontrak. Masalah pertama ialah jalan masuk ke kawasan penternakan itu tidak diturap menyebabkan lori-lori tersangkut dalam selut lumpur ketika hujan. Rungutan orang kampung yang tidak berpuas hati akibat jalan di kampung itu rosak juga antara penyebabnya. Selain itu, Hakim banyak berhutang dengan syarikat RAJA yang membekalkan anak ayam, makanan dedak, ubat- ubatan serta keperluan lain. Syarikat RAJA berkuasa untuk menentukan harga barangan tersebut dan membuat potongan hasil jualan ayam. Baki keuntungan jualan itu tidak dapat menampung kos keseluruhan penternakan. Akibatnya, hutang Hakim semakin meningkat dari sehari ke sehari. Klimaks Klimaks cerpenKaduk, Ayam dan Raja adalah apabila Hakim tiada pilihan selain meneruskan usaha menternak ayam. Dengan apa-apa cara sekalipun, dia perlu membayar hutangnya kepada pihak bank kerana kegagalannya melunaskan hutang bank kelak akan menyebabkan tanah pusakanya itu dirampas. Peleraian Peleraian cerpen ini adalah apabila Hakim menganggap tindakan bank merampas tanah pusaka itu disamakan dengan tindakan raja merampas tanah datuknya dahulu. Hakim mula sedar bahawa dia senasib dengan datuknya. Satu perkara yang membezakan mereka hanyalah nama dan masa peristiwa itu berlaku. Pada zaman ini raja ialah orang yang memegang kuasa ekonomi. Orang-orang bawahan terpaksa mengikut telunjuk mereka.", "url": "https://karangan.net/kaduk-ayam-dan-raja/"}, {"title": "Teknik_Plot_Kaduk_Ayam_dan_Raja", "content": "Teknik pemerianContoh: Penulis memerihalkan bahawa Hakim merupakan cucu daripada keturunan Kaduk yang berusaha untuk mendapatkan hak datuknya yang telah dirampas secara tidak sah oleh raja semula. Teknik dialogContoh: \u201cDah berapa kali kau menjual ayam?\u201d tanya Azam. \u201cSudah enam kali. Ayam-ayam kecil yang kita lihat di dalam reban tadi ialah pusingan yang ketujuh.\u201d Teknik imbas kembaliContoh: Penulis menceritakan kembali kisah Pak Kaduk yang menukar ayamnya, Si Kunani dengan ayam raja. Sebagai taruhan dalam pertandingan sabung ayam tersebut, dia menggadaikan tanahnya kepada raja. Oleh sebab dia kalah menyabung, tanah Pak Kaduk itu dirampas oleh raja. Teknik imbas mukaContoh: Hakim membayangkan niatnya untuk mendirikan sebuah memorial yang akan dinamakan \u2018Memorial Pak Kaduk\u2019 sekiranya dia berjaya menebus tanah milik datuknya seluas empat ekar itu kembali. Teknik KejutanContoh: Nilai jualan dari rebanku ialah lapan puluh lima ribu ringgit. Tetapi akhirnya hanya tiga belas ribu sahaja yang masuk ke kantungku. Tujuh puluh dua ribu adalah untuk RAJA kerana membayar harga anak-anak ayam, harga dedak dan ubat-ubatan. Dari tiga belas ribu itulah aku membayar hutang bank, gaji pembantu, upah penangkap ayam, membayar bil elektrik dan bil air yang cukup tinggi dan segala kos penyelenggaraan yang lain.", "url": "https://karangan.net/kaduk-ayam-dan-raja/"}, {"title": "Latar_Cerpen_Kaduk_Ayam_dan_Raja", "content": "", "url": "https://karangan.net/kaduk-ayam-dan-raja/"}, {"title": "Gaya_Bahasa_Cerpen_Kaduk_Ayam_dan_Raja", "content": "Aspek diksi atau pemilihan kataContoh: Pengarang telah menggunakan perkataan sehari-hari yang mudah difahami oleh pembaca. Dari segi pembinaan ayatContoh: Pengarang menggunakan ayat pendek, ayat sederhana panjang, dan ayat panjang. PersonifikasiContoh: Hakim meluahkan segala yang telah bersarang di dadanya. MetaforaContoh: kamar pengadilan. HiperbolaContoh: Kini, hidupku bergelumang dengan hutang. SimileContoh: Bank akan merampas tanahku tidak ubah seperti raja merampas tanah datukku dahulu. SinkopeContoh: kau, ku Pengulangan kataContoh: Kami sama-sama membela ayam dan kami sama-sama menggadai tanah. Kami sama-sama berada di bawah cengkaman orang berkuasa. Kata gandaContoh: bangunan-bangunan, sama-sama dan tanah-tanah Bahasa ArabContoh: Assalamualaikum, Alhamdulillah Bahasa InggerisContoh: Global Chicken", "url": "https://karangan.net/kaduk-ayam-dan-raja/"}, {"title": "Nilai_Cerpen_Kaduk_Ayam_dan_Raja", "content": "Nilai KebijaksanaanContoh: Sebagai peguam, Azam menggunakan kepakarannya dalam bidang guaman untuk membantu Hakim mendapatkan hak milik tanah datuknya yang telah dirampas oleh raja kembali. Nilai BerdikariContoh: Hakim mengusahakan penternakan ayam secara moden dengan membuat pinjaman bank tanpa memohon bantuan daripada pihak kerajaan. Nilai KetaatanContoh: Kaduk mentaati perintah raja dengan menukarkan ayamnya, Si Kunani dengan ayam raja atas perintah baginda semasa bersabung ayam. Nilai KeadilanContoh: Tuan Hakim di mahkamah telah mengadili kes perbicaraan tuntutan tanah milik Kaduk oleh cucunya, Hakim secara telus dan akhirnya Hakim berjaya mendapatkan kembali hak milik tanah datuknya itu. Nilai KesyukuranContoh: Hakim bersyukur kerana dapat menebus tanah dan maruah datuknya semula yang sudah bertahun-tahun menjadi ejekan bangsa. Nilai KegigihanContoh: Hakim gigih berusaha dengan beberapa kali berulang-alik ke bank untuk mendapatkan pinjaman bank bagi menjayakan projek ternakan ayamnya. Nilai keberanianContoh: Hakim berani menceburi bidang keusahawanan yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini. Nilai keprihatinanContoh: Azam sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh hakim dengan memberi semangat kepadanya untuk terus berjaya menjadi penternak moden sebelum dia berangkat ke luar negara untuk berkursus. Nilai tolong-menolong Contoh: Azam sanggup menjadi peguam Hakim untuk menolongnya mendapatkan hak tanah seluas empat ekar milik datuk Hakim", "url": "https://karangan.net/kaduk-ayam-dan-raja/"}, {"title": "Pengajaran_Cerpen_Kaduk_Ayam_dan_Raja", "content": "Kita perlulah bersikap rasional dengan menggunakan saluran yang betul bagi menuntut hak-hak kita kembali.Contoh: Hakim menuntut hak milik tanah datuknya yang diambil raja di mahkamah. Kita hendaklah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaanContoh: Hakim gigih berusaha untuk mendapatkan kelulusan bank bagi menjayakan projek penternakan ayam walaupun terpaksa meminda kertas projeknya beberapa kali sebelum bank meluluskan permohonannya dengan bantuan Yang Berhormat. Kita hendaklah berani menceburi bidang perniagaanContoh: Hakim berani mengusahakan tanah peninggalan datuknya dengan menjalankan penternakan ayam untuk dijual. Kita hendaklah menolong golongan yang memerlukan bantuan kitaContoh: Azam membantu sahabatnya dengan menjadi peguam bagi mendapatkan hak milik tanah datuk Hakim. Kita janganlah mengambil kesempatan terhadap golongan yang lemahContoh: Syarikat RAJA mengenakan bayaran yang tinggi terhadap makanan dan ubat ayam yang dibeli oleh Hakim untuk mengaut keuntungan yang lebih.", "url": "https://karangan.net/kaduk-ayam-dan-raja/"}, {"title": "Soalan_Cerpen_Kaduk_Ayam_dan_Raja", "content": "Apakah kebaikan menternak ayam secara kontrak seperti yang terdapat dalam petikan? Kebaikan menternak ayam secara kontrak ialah penternak mudah memperoleh bekalan anak ayam dan makanannya. Selain itu, kemudahan pengangkutan disediakan oleh pihak syarikat penternakan. Sebagai seorang rakan, apakah kaedah yang boleh anda dilakukan untuk meringankan beban hutang yang ditanggung oleh Hakim? Cara yang dilakukan unuk meringankan beban hutang yang ditanggung oleh rakan saya melalui bantuan kewangan daripada pihak kerajaan dan memperoleh sumbangan daripada tokoh korporat. Selain itu, saya akan menggalakkan rakan saya untuk membeli anak ayam serta makanannya secara tunai. Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai lain daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. Nilai yang terdapat dalam petikan ialah simpati. Sebagai contoh, Azam bersimpati dengan nasib Hakim yang terpaksa menanggung beban hutang yang apabila menjalankan penternakan ayam berskala besar. Manakala nilai yang terdapat dalam cerpen ialah kegigihan, contohnya kegigihan Hakim, seorang lepasan universiti mengusahakan penternakan ayam secara moden.", "url": "https://karangan.net/kaduk-ayam-dan-raja/"}, {"title": "Latar_Tempat", "content": "MahkamahContoh: Kes tuntutan Hakim terhadap tanah milik datuknya dijalankan di mahkamah. Tanah KadukContoh: Hakim menjalankan projek ternakan ayamnya di tanah Kaduk. KampungContoh: Penduduk kampung mendakwa lori-lori Hakim telah merosakkan jalan kampung mereka. UniversitiContoh: Hakim dan Azam melanjutkan pelajaran di universiti\u00a0 yang sama.", "url": "https://karangan.net/kaduk-ayam-dan-raja/"}, {"title": "Latar_Masa", "content": "Zaman lampauContoh: Kaduk pernah bersabung ayam dengan ayam raja. Zaman selepas merdekaContoh: Hakim didedahkan oleh kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru terhadap projek penternakan ayam secara kontrak dengan syarikat RAJA. Dalam masa setahunContoh: Hakim mengalami kerugian dalam masa setahun dia menjalankan penternakan ayamnya.", "url": "https://karangan.net/kaduk-ayam-dan-raja/"}, {"title": "Latar_Masyarakat", "content": "Masyarakat yang mementingkan bidang keusahawananContoh: Para menteri menyeru rakyat menceburi bidang keusahawanan melalui pertanian yang mengeluarkan lebih banyak makanan. Masyarakat yang sensitif terhadap keadaan sekelilingContoh: Penduduk kampung merungut apabila mendapati jalan di kampung mereka rosak akibat dilalui oleh lori-lori Hakim. Masyarakat yang bekerja untuk mencari rezekiContoh: Hakim mengambil pekerja-pekerja untuk bekerja di projek penternakan ayamnya. Masyarakat yang mengamalkan sistem feudalContoh: Wujud dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat semasa hayat Kaduk. Masyarakat yang gigih dan tabah berusaha untuk mengubah nasib diri Contoh: Hakim berusaha dengan gigih untuk mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya.", "url": "https://karangan.net/kaduk-ayam-dan-raja/"}]