File size: 4,027 Bytes
e572f38 |
1 |
[{"title": "Tema_Gurindam_Dua_Belas", "content": "Nasihat memelihara anggota diri. Gurindam ini memberikan nasihat kepada pelajar supaya sentiasa memelihara anggota diri dan berbudi pekerti dalam kehidupan seharian. Penyair menyeru murid agar amalan memelihara diri dan berbudi pekerti diamalkan sepanjang masa.", "url": "https://karangan.net/gurindam-dua-belas/"}, {"title": "Persoalan_Gurindam_Dua_Belas", "content": "Persoalan manfaat memelihara penglihatan dalam kehidupan.Contoh : Mata haruslah dipelihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu perkara yang dilarang oleh Tuhan. (Rangkap 1) Persoalan kebaikan memelihara tutur kata. Contoh : Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaat. (Rangkap 3) Persoalan kepentingan memelihara pendengaran. Contoh : Telinga perlu dijauhkan daripada mendengar segala hasutan dan kejian. (Rangkap 2) Persoalan semangat penting dalam kehidupan. Contoh : Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat. (Rangkap 6)", "url": "https://karangan.net/gurindam-dua-belas/"}, {"title": "Gaya_Bahasa_Gurindam_Dua_Belas", "content": "Kata gandaContoh : cita-cita (rangkap 1; baris 2) AsonansiContoh : Pengulangan bunyi vokal a \u2013 Apabila terpelihara mata, ( rangkap 1; baris 1) AliterasiContoh : Pengulangan bunyi konsonan g \u2013 Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan (rangkap 4 baris 1) Bahasa kiasan Contoh : Apabila perut terlalu penuh, keluarlah fiil yang tiada senonoh (rangkap 5) Pemilihan kata yang indah.Contoh: Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. Penggunaan bahasa Arab. Contoh: fiil. Penggunaan inversi. Contoh: Nescaya dapat daripadanya faedah. Ayat sepatutnya: Nescaya dapat faedah daripadanya.", "url": "https://karangan.net/gurindam-dua-belas/"}, {"title": "Bentuk_Gurindam_Dua_Belas", "content": "", "url": "https://karangan.net/gurindam-dua-belas/"}, {"title": "Pengajaran_Gurindam_Dua_Belas", "content": "Kita hendaklah menjaga penglihatan kita agar tidak menimbulkan keinginan yang tidak baik. Kita mestilah memelihara pendengaran kita agar tidak mendengar berita yang tidak sahih. Kita haruslah menjaga anggota kaki agar tidak menjejaki tempat yang tidak berfaedah. Kita hendaklah bijak menggunakan anggota pancaindera untuk melakukan kebaikan dan perkara-perkara yang positif. Kita hendaklah tidak terlalu menurut kehendak nafsu dan hati yang berkemungkinan mendorong kita untuk melakukan perkara yang buruk. Kita haruslah bijak mengawal anggota tubuh badan agar terhindar daripada perkara yang tidak baik.", "url": "https://karangan.net/gurindam-dua-belas/"}, {"title": "Nilai_Gurindam_Dua_Belas", "content": "1. KebijaksanaanContoh : Kita harus mengamalkan kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata. 2. KesederhananContoh: Kita wajarlah menunjukkan kesederhanaan ketika menghadap rezeki. 3. KesabaranContoh: Kita haruslah bersikap sabar untuk memelihara mata daripada melihat perkara negatif. 4. Berbudi bahasaContoh : Seseorang perlu menjaga tutur kata agar mendapat banyak faedahnya.", "url": "https://karangan.net/gurindam-dua-belas/"}, {"title": "Soalan_Gurindam_Dua_Belas", "content": "Berikan maksud rangkap kedua Gurindam Dua Belas (Fasal yang ketiga) Maksud rangkap kedua Gurindam Dua Belas (Fasal yang ketiga) ialah apabila seseorang menjaga pendengarannya dengan baik maka berita-berita yang tidak baik dapat dihindari. Pada pendapat anda, apakah kesan negatif kepada orang yang makan secara berlebihan? Kesan negatif apabila seseorang makan berlebihan adalah akan meningkatkan berat badan dan boleh mengundang pelbagai penyakit kronik. Selain itu, orang yang makan berlebihan juga akan bersikap malas. Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam gurindam tersebut. Nilai yang terdapat dalam gurindam tersebut ialah berhati-hati. Sebagai contoh, kita dinasihati agar berhati-hati mengawal pancaindera agar tidak mendatangkan dosa. Manakala nilai lain pula ialah rasional. Sebagai contoh, kita dinasihati supaya tidak menurut nafsu makan.", "url": "https://karangan.net/gurindam-dua-belas/"}] |