File size: 16,477 Bytes
e572f38
1
[{"title": "Tema_Burung_Terbang_Dipipiskan_Lada", "content": "Tema prosa tradisional \u201cBurung Terbang Dipipiskan Lada\u201d ialah kebijaksanaan seorang raja dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam kalangan pembesar negeri. Tun Perak menyuruh orang lelaki dari Kelang membawa isteri dan anak-anak mereka supaya mereka berperang dengan bermati-matian untuk mengalahkan Siam.", "url": "https://karangan.net/burung-terbang-dipipiskan-lada/"}, {"title": "Persoalan_Burung_Terbang_Dipipiskan_Lada", "content": "Kebijaksanaan menggunakan strategi dan akal fikiran untuk menyelesaikan masalah.Peristiwa: Sultan Muzaffar menggunakan strategi mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu untuk mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja. Perpecahan dalam kalangan pembesar akan mengancam kedaulatan negara.Peristiwa: Perbalahan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menyebabkan orang Melayu berpecah dua dan Melaka dalam keadaan bahaya. Kepentingan ilmu dalam kehidupan.Peristiwa: Tun Sidi Arab memiliki ilmu yang tinggi hingga boleh membunuh Cau Pandan di Siam hanya dengan menggunakan panahnya dari Melaka. Keberanian dalam menghadapi cabaran.Peristiwa: Tun Perak tidak takut apabila dipanggil sultan setelah orang Kelang menuduhnya menganiaya sultan sebaliknya beliau berani memberi jawapan yang baik hingga sultan melantiknya sebagai perdana menteri. Taat setia kepada pemimpin dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian negara.Peristiwa: Rakyat Melaka setia dan memberikan daulat kepada sultan Muzaffar hingga menjadikan Melaka sebuah negeri yang kuat dan maju. Bersiap siaga dengan ancaman musuhPeristiwa: Paduka Raja sentiasa bersiap sedia dengan strategi awal yang bijak untuk mengalahkan askar Siam.", "url": "https://karangan.net/burung-terbang-dipipiskan-lada/"}, {"title": "Watak_dan_Perwatakan", "content": "Tun Perak Bijaksana: mengarahkan lelaki Kelang membawa anak isteri ketika menentang Siam Baik hati: menjaga Tun Kudu yang telah diceraikan sultan sebelum Tun Kudu berkahwin semula. Berani: memimpin askar Melaka menentang askar Siam yang hendak menyerang Melaka. Berpengaruh: beliau mempunyai pengikut yang menyokongnya ketika bersengketa dengan Seri Nara diraja. Sultan Muzaffar Syah Sultan Muzaffar Syah memerintah Melaka selama 42 tahun. Tidak terburu-buru dalam bertindak.Baginda tidak menghukum Tun Perak setelah Tun Perak difitnah sebaliknya memanggil Tun Perak untuk menceritakan keadaan yang sebenarnya. mementingkan keharmonian MelakaBaginda berusaha mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja untuk memakmurkan Melaka. prihatinSultan Muzaffar Syah meraikan askarnya yang menang dengan pemberian hadiah pakaian persalinan. bijaksanaBaginda mendamaikan pembesarnya dengan mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu. Raja yang menghargai rakyat.Sultan Muzaffar Syah memberi anugerah dan pujian kepada Tun Sidi Arab yang telah membunuh Cau Pandan. Seri Nara Diraja Sultan Mansur Syah", "url": "https://karangan.net/burung-terbang-dipipiskan-lada/"}, {"title": "Latar_Burung_Terbang_Dipipiskan_Lada", "content": "", "url": "https://karangan.net/burung-terbang-dipipiskan-lada/"}, {"title": "Plot_Burung_Terbang_Dipipiskan_Lada", "content": "", "url": "https://karangan.net/burung-terbang-dipipiskan-lada/"}, {"title": "Gaya_Bahasa_Burung_Terbang_Dipipiskan_Lada", "content": "(a) Bahasa Arab. Contoh: idah; ditalak; keramat. (b) Bahasa istana. Contoh: baginda; titah; tuanku; mangkat. (c) Bahasa Melayu klasik. Contoh: terpermanai lagi; kemakanan matanya. (d) Hiperbola. Contoh: Tun Hamzah namanya, asalnya daripada Muntah Lembu; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya pada zaman itu. (e) Penggunaan lagu. Contoh: Cau Pandan anak Bubunnya, Hendak menyerang ke Melaka; Ada cincin berisi bunga, Bunga berladung si air mata. (f) Repetisi. Contoh: Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang banyak. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu. (g) Simile. Contoh: seperti dewal orang berzikir; dadanya seperti kena panah.", "url": "https://karangan.net/burung-terbang-dipipiskan-lada/"}, {"title": "Nilai_Burung_Terbang_Dipipiskan_Lada", "content": "Nilai kebijaksanaanContohnya, Tun Perak bijaksana dalam menghadapi ancaman Siam ke atas negeri Melaka. Beliau mengarahkan semua pohon kayu bakau, nyirih, dan tumpu api-api dibakar. Tindakan beliau ini telahmenakutkan dan menggerunkan tentera Siam sehingga menyebabkan mereka kembali ke Siam semula. Nilai baik hatiContohnya, Sultan Muzaffar Syah bersikap baik hati dengan menganugerahkan persalinan kepada Tun Perak dan tenteranya selepas mereka berjaya mengusir tentera Siam. Nilai berilmu pengetahuanContohnya, Tuan Sidi Arab mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi sehingga mampu membunuh Cau Pandan yang ingin menyerang Melaka dengan hanya menghalakan panahnya ke Siam. Nilai bersatu paduContohnya, Seri Nara Diraja yang bersepakat dengan Bendahara Paduka Raja telah menjadikan rakyat Melaka bersatu padu dan terus kukuh untuk berhadapan dengan ancaman Siam. Semua lelaki Kelang berkumpul dan bersatu untuk menentang askar Siam. Nilai keikhlasanContohnya, Seri Nara Diraja sepakat menyokong Paduka Raja dengan ikhlas untuk menjadi bendahara supaya rakyat Melaka bersatu padu dan kuat. Nilai keberanianContohnya, Tun Perak bersama-sama dengan tentera Melaka berani menentang tentera Siam yang dipimpin oleh Awi Cakri dan Awi Dicu sehingga kedua-dua gerombolan tentera musuh dapat dikalahkan. Nilai pengorbananContohnya, Sultan Muzaffar Syah sanggup berkorban, iaitu baginda menceraikan isterinya, Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja demi kebaikan negeri Melaka.", "url": "https://karangan.net/burung-terbang-dipipiskan-lada/"}, {"title": "Pengajaran_Burung_Terbang_Dipipiskan_Lada", "content": "Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh negara. Contoh: Tun Perak dan tentera-tenteranya berani menentang tentera Siam. Kita perlu bijak menggunakan strategi untuk menyelesaikan masalah.Contoh: Sultan Muzaffar Syah bijaksana dalam menyelesaikan konflik antara Seri Nara Diraja dengan Padka Raja. Tindakan baginda mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu, iaitu saudara Tun Perak telah berjaya menyelesaikan perbalahan antara dua pembesar dan membawa kepada keharmonian negeri Melaka. Kita hendaklah ikhlas semasa melakukan sesuatu tindakan. Contoh: Seri Nara Diraja ikhlas menyokong pelantikan Paduka Raja sebgai Bendahara Melaka. Kita sepatutnya sanggup berkorban untuk memperoleh kebaikan.Contoh: Sultan Muzaffar sanggup berkorban dengan menceraikan isterinya, Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tindakan tersebut dilakukan supaya Seri Nara Diraja berbaik-baik dengan Tun Perak. Kita haruslah bersatu padu untuk menikmati kehidupan yang harmoni.Contoh: Seri Nara Diraja dan Bendahara Paduka Raja hidup bermuafakat dengan bersatu padu sehingga membolehkan Melaka menghadapi ancaman Siam. Kita hendaklah menggunakan ilmu pengetahuan untuk melakukan tindakan yang betul dan tepat.Contoh: Tuan Sidi Arab menggunakan ilmu pengetahuannya yang tinggi untuk membunuh Cau Pandan yang ingin menyerang Melaka dari jauh demi memastikan keamanan Melaka tidak tergugat. Kita mestilah menghargai jasa dan usaha yang telah dilakukan oleh orang lain kepada kita.Contoh: Sultan Muzaffar memberikan askarnya yang menang peperangan dengan sepasang persalinan.", "url": "https://karangan.net/burung-terbang-dipipiskan-lada/"}, {"title": "Sinopsis_Burung_Terbang_Dipipiskan_Lada", "content": "Kedengaran ke benua Siam bahawa negeri Melaka sebuah negeri yang besar dan tidak ditakluki oleh mana-mana empayar. Raja Siam, iaitu Paduka Bubunnya pun menyuruh utusan ke Melaka untuk meminta surat sembah. Sultan Melaka, iaitu Sultan Muzaffar Syah tidak mahu menyembah raja Siam. Raja Siam berasa amat marah lalu memerintahkan hulubalangnya, iaitu Awi Cakri untuk menyerang Melaka. Apabila Sultan Muzaffir Syah mendengar berita tentang rancangan serangan Siam itu, baginda pun menghimpunkan rakyat Melaka dari segenap pelusuk negeri. Sehubungan dengan itu, semua rakyat lelaki dibawa berhimpun di Melaka. Bagaimanapun, Tun Perak telah menghimpunkan orang lelaki dari Kelang bersama-sama dengan isteri dan anak \u2013 anak mereka. Tujuannya adalah untuk memastikan mereka berperang dengan sungguh-sungguh demi isteri dan anak-anak mereka. Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian Sultan Melaka. Selepas Melaka menang ke atas Siam, Tun Perak diperintahkan agar menetap di Melaka dan dilantik sebagai bentara. Kemudian, ada seorang orang Kelang mengadu kepada Sultan Melaka bahawa Tun Perak telah menganiayai dirinya. Sultan Melaka pun memerintahkan Tun Perak supaya menghadap baginda. Tun Perak menyatakan bahawa dia tahu akan tanggungjawabnya untuk menjaga negeri Melaka. Tun Perak mahu dia dipecat lebih dahulu sekiranya dia ingin dicerca disebabkan orang yang mengadu hal tersebut. Kata-kata Tun Perak itu memikat hati Sultan Melaka. Tun Perak dilantik sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja. Tun Perak duduk setara dengan Seri Nara Diraja di seri balai. Sementara itu, orang Melayu pun terbahagi kepada dua kumpulan. Sebahagiannya mengikut Paduka Raja dan sebahagian lagi mengikut Seri Nara Diraja. Kedua- dua pembesar ini tidak bermuafakat dan sering berselisih faham. Sultan Melaka berasa dukacita kerana sikap kedua- dua pembesar itu akan membinasakan negeri Melaka. Baginda bercadang untuk mendamaikan Tun Perak dengan Seri Nara Diraja. Oleh hal yang demikian, Seri Nara Diraja telah dikahwinkan dengan Tun Kudu, iaitu anak Bendahara Seri Wak Raja yang bersaudara pula dengan Paduka Raja. Tun Kudu ialah isteri Sultan Melaka tetapi telah diceraikan oleh baginda. Tun Kudu dipelihara oleh Paduka Raja. Segala perbelanjaannya ditanggung oleh Sultan Melaka. Setelah Seri Nara Diraja berkahwin dengan Tun Kudu, Seri Nara Diraja telah berbaik-baik dengan Paduka Raja. Malah Seri Nara Diraja memberikan sokongannya terhadap Paduka Raja untuk dilantik sebagai bendahara. Kebijaksanaan Bendahara Paduka Raja setara dengan Patih Aria Gajah Mada di Majapahit dan Orang Kaya Kanayan di Pasai. Seri Nara Diraja pula menjadi penghulu bendahari di Melaka. Setelah beberapa lama kemudian, orang Siam, iaitu di bawah panglima Awi Dicu mahu menyerang Melaka lagi. Sultan Melaka memerintahkan Bendahara Paduka Raja agar bersiap sedia untuk menentang orang Siam. Seri Bija Diraja turut diperintahkan membantu Bendahara Paduka Raja untuk mengusir orang Siam yang telah menghampiri Batu Pahat. Bendahara Paduka Raja telah memerintah Tun Umar supaya menaiki perahu untuk memeriksa perahu Siam. Tun Umar yang berani itu telah melanggar beberapa buah perahu Siam sehingga mereka kalah. Tindakan Tun Umar membuatkan orang Siam berasa sungguh hairan. Setelah hari malam, Bendahara Paduka Raja mengarahkan agar pohon-pohon kayu bakau, nyirih, dan tumpu api-api dibakar. Tindakan tersebut telah dilihat oleh orang Siam. Hulubalangnya berpendapat bahawa kelengkapan Melaka sungguh banyak. Dengan itu, orang Siam menjadi takut dan tidak jadi berperang lalu kembali ke Siam. Di Melaka, Sultan Muzaffar Syah telah meraikan tenteranya dengan memberikan persalinan yang mulia- mulia. Sebaliknya di Siam pula, Paduka Bubunnya berasa terlalu marah. Lantas baginda sendiri ingin menyerang Melaka. Sebaliknya, Cau Pandan, iatu anak Paduka Bubunnya mahu dia diperlengkapkan untuk mengalahkan Melaka. Paduka Bubunnya berasa sangat gembira dan mengarahkan anaknya itu diperlengkapkan dengan Pra Kelong lapan ratus sum dan perahu-perahu kecil yang tidak terbilang banyaknya. Khabar tentang tentera Siam yang dipimpin oleh Cau Pandan akan menyerang telah kedengaran di Melaka. Namun begitu, Tuan Sidi Arab yang menetap di Melaka dan pandai bermain panah lasykar telah menghalakan panahnya ke benua Siam sambil melaungkan kata-kata bahawa Cau Pandan akan mati. Sultan Muzaffar Syah mengatakan bahawa Tuan Sidi Arab itu benar-benar warak sekiranya Cau Pandan betul-betul mati. Walau bagaimanapun, berita kegagalan serangan Siam itu sampai ke pengetahuan Paduka Bubunnya, raja Siam itu amat marah dan diri sendiri membuat keputusan untuk menyerang Melaka tetapi anaknya Cau Pandan menawarkan diri untuk menyerang Melaka. Raja Siam bersetuju lalu menggunakan lapan ratus buah kapal perang besar dan banyak kapal perang kecil di bawah pimpinan Pra Kelong untuk membantu Cau Pandan menyerang Melaka. Apabila berita rancangan Siam untuk menyerang Melaka itu diketahui oleh sultan Melaka, Sidi Arab yang mempunyai kesaktian ilmu memanahnya telah memanah Cau Pandan yang berada di Siam. Akhirnya Cau Pandan yang belum sempat menyerang Melaka itu telah terkena panahan tersebut di dada, telah muntah darah lalu mati. Kesaktian Sidi Arab itu amat dihargai sultan dan diberi ganjaran yang setimpalnya. Setelah empat puluh dua tahun Sultan Muzaffir Syah memerintah Melaka, akhirnya baginda mangkat dan digantikan oleh anaknya Raja Abdullah gelaran Sultan Mansur Syah. Ketika menaiki takhta, Sultan Mansur Syah berusia 27 tahun. Baginda beristerikan anak Seri Nara Diraja iaitu Tun Putih Nur Pualam. Baginda seorang raja yang kacak, adil, dan murah hati yang tiada tolok bandingnya pada masa itu.", "url": "https://karangan.net/burung-terbang-dipipiskan-lada/"}, {"title": "Contoh_Soalan_Burung_Terbang_Dipipiskan_Lada", "content": "Pada pendapat anda, wajar atau tidak tindakan Tun Perak mengarahkan orang-orangnya membawa anak isteri bersama-sama untuk berperang? Wajar: Tidak wajar:", "url": "https://karangan.net/burung-terbang-dipipiskan-lada/"}, {"title": "Latar_Tempat", "content": "", "url": "https://karangan.net/burung-terbang-dipipiskan-lada/"}, {"title": "Latar_Masa", "content": "", "url": "https://karangan.net/burung-terbang-dipipiskan-lada/"}, {"title": "Latar_Masyarakat", "content": "", "url": "https://karangan.net/burung-terbang-dipipiskan-lada/"}, {"title": "Binaan_Plot", "content": "(a) Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin secara kronologi. (b) Pengenalan \u2013 Raja Siam memerintahkan Melaka agar menghantar surat sembah. Namun begitu, Sultan Melaka tidak mahu memberikan surat sembah tersebut. Oleh itu, Raja Siam, iaitu Paduka Bubunnya memerintahkan tenteranya di bawah pimpinan Awi Cakri supaya menyerang Melaka. Sultan Melaka mengarahkan rakyatnya dikumpulkan untuk menghadapi ancaman tentera Siam. Tun Perak mengumpulkan semua lelaki dari Kelang bersama-sama dengan isteri dan anak masing-masing. Akhirnya, Siam berjaya dikalahkan di Muar. (c) Perkembangan \u2013 Tun Perak diperintahkan oleh Sultan Melaka supaya menetap di Melaka dan dijadikan bentara. Kebijaksanaan dan kata-kata Tun Perak sewaktu menyelesaikan dakwaan bahawa dia membuat aniaya telah membuatkan Sultan Muzaffar Syah menaikkan pangkat beliau sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja. (d) Perumitan \u2013 Seri Nara Diraja dan Paduka Raja tidak sefahaman. Orang Melayu terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu sebahagian menjadi pengikut Seri Nara Diraja dan sebahagiannya pengikut Paduka Raja. Sultan Muzaffar Syah bimbang jika perbalahan antara pembesar itu akan memudaratkan negeri Melaka. Sultan Muzaffar Syah telah mengahwinkan Tun Kudu, iaitu saudara kepada Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja untuk menyatukan mereka berdua. Paduka Raja pula dijadikan bendahara. (e) \u00a0Klimaks \u2013 Raja Siam menghantar tenteranya di bawah pimpinan Awi Dicu untuk menyerang Melaka. Sultan Muzaffar Syah mengarahkan Bendahara Paduka Raja dengan dibantu oleh Seri Bija Diraja untuk mengusir tentera Siam. Kebijaksanaan Bendahara Paduka Raja yang mengarahkan semua pohon kayu bakau, nyirih, dan tumpu api-api dibakar menyebabkan tentera Siam tersalah anggap dan kembali ke Siam kerana ketakutan. Selepas itu, anakanda Raja Siam, iaitu Cau Pandan diperlengkapkan untuk menyerang Melaka. Berita Siam ingin menyerang Melaka telah diketahui oleh Raja Melaka. Tuan Sidi Arab yang mempunyai ilmu pengetahuam yang tinggi telah menghalakan panahnya ke benua Siam untuk membunuh Cau Pandan. Cau Pandan berasa dadanya seperti dipanah dan muntah darah lalu mati. (f) \u00a0Peleraian \u2013 Sultan Muzaffar Syah mangkat selepas memerintah Melaka selama 42 tahun. Takhta Melaka digantikan oleh Raja Abdullah, iaitu anakanda Sultan Muzaffar Syah dengan gelaran Sultan Mansur Syah.", "url": "https://karangan.net/burung-terbang-dipipiskan-lada/"}, {"title": "Teknik_Plot", "content": "", "url": "https://karangan.net/burung-terbang-dipipiskan-lada/"}]